Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa

Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa | Setiap manusia ada melakukan dosa. Bezanya ada dosa yang disedari dan sering diulangi dan ada dosa yang tidak disedari. Bagi membersihkan diri, bolehlah lakukan Solat Sunat Taubat bagi memohon kepada Allah SWT dosa atau kesalahan itu diampunkan.

Cara untuk melakukan solat sunat taubat ini tidak susah sebenarnya. Cuma, sebelum hendak melakukan solat sunat taubat ini, si empunya diri perlu lepasi beberapa syarat taubat ini dulu. 



Syarat syarat taubat tersebut adalah ;

  • Ikhlas ingin bertaubat atas kehendak diri sendiri 
  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu itu
  • Meninggalkan segera perbuatan dosa itu serta merta
  • Berazam untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi
Walaubagaimanapun, jika dosa itu ada melibatkan seseorang yang lain (tidak hanya melibatkan Allah SWT), seperti mencuri dan sebagainya. Maka si pendosa ini hendaklah juga memulangkan barang yang di curti, mengakui kesalahan dan memohon ampun dari orang tersebut. 

Kelebihan Jika Melakukan Solat Sunat Taubat 


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah. Kita juga kena faham yang Sembahyang sunat Taubat ini bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT.

Maka, jika melakukan solat sunat taubat ini, seseorang itu boleh 

1. diampunkan Allah SWT. 
2. dimudahkan segala urusan. 
3. menceriakan kehidupan seharian. 
4. menghilangkan perasaan yang menekan. 
5. mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Ensiklopedia Solat Sunat Taubat 


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).




Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)


Jumlah Rakaat Solat Sunat Taubat 


Solat Taubat boleh dilakukan sebanyak dua, empat atau enam rakaat 

Waktu Solat Sunat Taubat 


Solat sunat taubat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Itu terpulang pada diri masing-masing. Cuma adalah lebih afdal jika dilakukan pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang. Saat itu boleh rasa lebih dekat dengan Allah SWT tanpa sebarang gangguan berbanding di siang hari.

Panduan Mudah Untuk Melakukan Solat Sunat Taubat Berserta Doa 


1.  Mulakan dengan membaca Niat Solat Sunat Taubat, boleh baca dalam Rumi saja juga


 Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala 
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala
2.  Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama:
Ketika rakaat pertama, membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya baca surah Al-Kafirun.


Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Rakaat Kedua:
Ketika rakat kedua, membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan surah Al-Ikhlas.



Maksudnya: Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) , bacalah ayat di bawah ini sebanyak 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).


4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.


b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.




c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :


“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


5.  Baca Doa Taubat

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!


Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita sama-sama belajar bagaimana untuk melakukan solat taubat dengan betul. 

Solat sunat Taubat ini elok juga jika dilakukan setiap hari. Tak perlu tunggu terasa ada dosa besar. Jadikan solat sembahyang sunat taubat ini sebagai rutin untuk mendapatkan kehidupan yang lebih aman dan tenteram. 

Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat ini cuma atas diri masing-masing sama ada benar-benar menyesal di atas segala kesilapan sendiri ataupun tidak. Doa dan harapan moga kita berjaya mendapat taubat nasuha di atas kesalahan dosa masing-masing. 

Aamiin. 




1 comment for "Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa "