Senarai Kuih Yang Boleh Dimakan Semasa Dalam Pantang Bersalin (Normal / Czer) -->

Saturday, 1 February 2020

Senarai Kuih Yang Boleh Dimakan Semasa Dalam Pantang Bersalin (Normal / Czer)

Senarai Kuih Yang Boleh Dimakan Semasa Dalam Pantang Bersalin (Normal / Czer)Nak tahu apakah jenis kuih yang boleh dimakan ketika dalam pantang? Nak makan tapi risau sebab tak pasti kuih apa boleh dimakan ketika dalam pantang?Apakah kuih yang boleh dimakan ketika berpantang selepas bersalin normal, czer atau keguguran? Inilah dia senarai kuih muih untuk ibu dalam pantang selepas bersalin yang boleh dinikmati. 

Sebelum tu, ramai yang cakap calam pantang segalanya kena pantang sampaikan menu untuk tempoh berpantang ni seakan sangat terhad. Hanya boleh makan ini saja itu tak boleh! 




Bukan begitu. Isteri ketika dalam pantang tak bererti hanya boleh menghadap biskut kering saja hari-hari. Lagi-lagi untuk isteri kita yang lebih cenderung kepada menu pantang cara moden. Mungkin masih ada ibu yang berpantang dengan ikut cara menu tradisional seperti nasi putih dan ikan kering. Itu tak salah. Manakan salah kalau kita sendiri lihat bagaimana solid dan sihatnya orang dulu dengan pantang tradisional.

Cuma wanita zamam ini lebih memikirkan topik kesihatan dari sudut pandangan yang sedikit berbeza, itu saja. Untuk isteri saya sendiri bab menu makanan ada yang diikut cara tradisional sedikit dan selebihnya mengikut cara moden dengan pemakanan makanan yang seimbang. Ini termasuklah juga dengan kuih yang boleh dimakan ketika pantang.

  • Soalan Tentang Makanan Boleh Makan Dalam Pantang
  • Jenis Kuih Boleh Makan Dalam Pantang
  • Kuih Yang Sesuai Untuk Orang Berpantang Czer
  • Resepi Lempeng Untuk Ibu Berpantang
  • Apa Jadi Jika Salah Makan Dalam Pantang

Soalan Tentang Makanan Boleh Makan Dalam Pantang

Saya bukan doktor dan saya juga bukannya seseorang yang pandai untuk makanan dalam tempoh berpantang. Cuma saya adalah seorang suami yang sering jaga isteri selama dia berada dalam pantang. Alhamdulillah sudah 6 orang anak dan isteri juga pernah lalui czer semasa melahirkan anak ke dua kami dulu.

Maka berdasarkan pemerhatian dan pengalaman selama menjaga isteri dalam pantang, inilah serba sedikit yang saya tahu tentang makanan dalam pantang.

Dalam pantang boleh makan kek? 

Tengok keadaan kek yang bagaimana. Jika sekadar kek biasa yang dikukus seperti apam tanpa sebarang serbuk penaik, telur, ovalette dan sebagainya, InshaAllah. Tapi untuk elakkan dari sebarang masalah elok elakkan.

Dalam pantang boleh makan coklat? 

Berdasarkan apa yang saya nampak dengan pengalaman selama menjaga isteri dalam tempoh berpantang, coklat sama sekali tidak disentuh. Tak kira coklat atas apa jua jenama dan jenis sekalipun. Risau kalau ada sebarang bahan yang tidak sesuai dalam tempoh penyembuhan semasa berpantang katanya.

Dalam pantang boleh makan telur tak?

Untuk isu ini, ada doktor yang mengatakan bahawa telur ini kaya dengan protein dan protein elok untuk bantu penyembuhan luka. Namun tak dinafikan yang telur memang boleh beri rasa gatal pada mereka yang punya alergik. Jika makan tetiba rasa gatal maka jangan di buat main. Hal inilah yang menyebabkan ramai ibu-ibu tidak berani untuk makan telur semasa di dalam pantang.

Boleh makan KFC dalam pantang? 

Amboi! Nak makan KFC ke dalam pantang ni? Tak usahlah lagi. Cukuplah dulu sekadar makan ayam dengan menu resepi yang lain. Boleh lihat cadangan menu sedap untuk ibu berpantang DI SINI. 

Dalam pantang boleh makan nasi ayam?

Untuk menu nasi ayam ada yang berkata boleh dan ada yang berkata tidak. Isteri sama sekali tak sentuh nasi ayam semasa dalam tempohnya berpantang. Apa yang saya nampak dia makan lebih kepada sup, singgang, bakar dan stim.


Dalam pantang boleh minum air kelapa?

Pelik bila difikirkan tapi memang orang-orang tua kita tidak disyorkan minum air kepala dalam tempoh berpantang walaupun boleh makan santan yang ada dalam makanan. Sebab apa itu kurang pasti. Untuk nak selamatkan keadaan jika dapat elak maka elakkanlah.

Boleh makan roti dalam pantang?

Isteri saya tak makan roti selama tempoh 1 minggu awal berpantang. Masuk minggu ke dua baru saya nampak dia makan roti. Itupun roti keping Gardenia yang warna putih biasa tu saja. Lain-lain roti dia tak sentuh sama sekali.

Makan biskut dalam pantang bolehkan?

Ya, boleh makan biskut dalam pantang tetapi pastikan hanya makan biskut empat segi biasa saja.


Kalau makan kuih raya dalam pantang ok ke tidak?

Kuih raya dalam pantang adalah tidak digalakkan kerana susah nak jangka apakah ramuan yang ada dalam kuih raya tu.

Boleh ke tak makan cakoi semasa dalam berpantang?

Cakoi adalah sejenis kuih yang selalunya mengandungi serbuk penaik (kalau tak silap) dan ia di masak dengan minyak yang banyak. Ada yang berkata cakoi ini boleh di makan semasa dalam berpantang dan ada yang cakap tidak. Untuk isteri saya dia tak makan kerana was-was dengan kandungan serbuk penaik yang mungkin ada di dalamnya. Takut kalau-kalau bahan tersebut boleh beri kesan pada bayi yang akan disusukan dengan susu ibu.

Boleh tak makan kuih ketayap dalam pantang?

Setahu saya kuih ketayap ini luarnya sama saja seperti lempeng adunan nya tu. Cuma ia lebih nipis dan di dalamnya diletakkan inti kelapa parut yang dicampur dengan gula merah. Ketayap boleh di makan semasa dalam tempoh berpantang asalkan adunan tepung tersebut hanya menggunakan bahan asas seperti tepung gandum, air perahan daun pandan (bagi gantikan pewarna), gula dan garam saja.


Itu Tak Boleh, Ini Tak Boleh! Habis Kuih Apa Yang Boleh Makan Dalam Pantang Ni?


Jangan susah hati, masih ada banyak jenis kuih yang boleh di makan semasa dalam pantang ni. Antaranya adalah ;

#1 - Kuih Ladu
#2 - Apam Nasi
#3 - Peneram
#4 - Kuih Kaswi
#5 - Bingka Tepung Beras
#6 - Lempeng Biasa (gandum)
#7 - Lempeng Kelapa
#8 -Lempeng Susu
#9 - Kuih Qasidah Utara
#10 - Jemput / Cekodok Kosong
#11 - Cucur Jawa
#12 - Apam Lenggang

Kuih Manakah Yang Sesuai Untuk Orang Berpantang Czer


Antara kuih yang sesuai untuk orang berpantang czer adalah ;

  • apam nasi
  • kuih kaswi
  • bingka tepung beras
  • kuih qasidah utara

Resepi Lempeng Untuk Ibu Berpantang 

Untuk ibu dan orang berpantang, bagi yang nakkan resepi kuih yang boleh dimakan ketika berpantang, apa kata kalau cuba lempeng untuk berpantang, boleh rujuk pada resepi Resepi Lempeng Untuk Berpantang macam kat bawah ni.





BAHAN-BAHAN:
  • 3 senduk tepung gandum
  • 2-3 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 2-3 cawan air
    (adunan tak cair & tak pekat sangat)

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
3. Angkat dan enak dinikmati bersama kelapa parut atau susu pekat manis.
resepi credit to : www.rasa.my

Apa Jadi Jika Salah Makan Dalam Pantang?

Selalunya jika salah makan dalam pantang ini boleh menyebabkan si ibu berasa tidak sihat seperti demam. Si ibu juga boleh mendapat ruam dan gatal jika didapati makanan tersebut boleh mendatangkan alergik. 
Seperkara lagi, makanan yang di makan akan turut menjadi sebahagian daripada susu ibu dan risau kalau-kalau ianya boleh mendatangkan rasa tidak sesuai terhadap bayi setelah disusukan dengan susu ibu nanti. 

Kesimpulan

Itulah dia senarai makanan dalam bentuk kuih yang boleh makan semasa dalam pantang. Si ibu perlu lebih teliti dalam soal pemakanan ketika berpantang kerana ia boleh beri kesan. Tidak hanya untuk kuih saja, si ibu kena tahu makanan mana yang boleh dan tidak boleh diamalkan ketika berpantang untuk menu yang lain juga. 
Makanan yang boleh dan tak boleh dimakan ini jika rasa tidak yakin dan was-was maka elakkan. Nanti dah habis tempoh berpantang boleh makan puas-puas. Apa ada hal. 

1 Comments:


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100

  1. Aien dalam pantang makan roti gardenia butterscotch lagi. HAHA tapi bersalin kedua sebarang roti takbuleh. ^^

    ReplyDelete