Maksud Mimpi Seseorang Dalam Islam, Betulkah Ada Yang Rindu? | Ramai yang percaya apabila kita bermimpi mengenai seseorang, itu tandanya ada orang yang rindu. Apakah benar maksud mimpi seseorang dalam Islam ini ada kaitan dengan seseorang yang benar-benar sedang merindukan kita?
Untuk tahu jawapannya, di sini akan dikongsikan beberapa maksud mimpikan seseorang. Adakah ia sekadar mainan tidur atau benar-benar ada kaitan dengan seseorang, sama-sama kita tahu dengan membaca artikel ini.
Maksud Mimpi Seseorang Menurut Psikologi
Tapi banyak juga orang yang percaya jika kita memimpikan seseorang yang tidak dikenali, mimpikan seseorang yang kita sayang atau mimpikan seseorang yang tidak kita fikirkan, ia turut ada kaitan dengan perasaan dan hati. Lagi-lagi jika kita mimpikan seseorang itu secara berterusan.
Kata orang, mimpi ini boleh membawa pesanan atau pertanda dan mimpi seseorang ini juga dikhabarkan ada sesuatu maksud yang tersembunyi di dalamnya. Dan makna atau maksud di sebalik mimpikan seseorang secara berulang kali ini boleh melambangkan rasa rindu, ada hajat atau mungkin juga ada sesuatu perkara lain yang masih belum selesai di antara orang itu dengan diri kita.
Maksud Mimpi Seseorang Dalam Islam
#1 - Maksud Mimpi Seorang Lelaki Yang Dikenali (Mungkin Bekas Kekasih)
#2 - Maksud Mimpi Seseorang Yang Kita Sayang
#3 - Maksud Mimpi Seseorang Yang Kita Rindu Dalam Islam
#4 - Maksud Mimpi Seseorang Yang Telah Meninggal Dunia Menurut Islam
- seseorang yang sedang bermimpi itu sangat-sangat merindukan seseorang yang telah meninggal dunia itu.
- mungkin arwah ingin menyampaikan sesuatu kepada orang yang sedang bermimpi itu.
- boleh jadi membawa pesanan dari arwah yang mengharapkan kiriman doa untuknya di alam sana.
Q & A : Maksud Mimpi Seseorang Mengikut Pemahamahan Moden
- Apa artinya jika seseorang muncul dalam mimpi kita?
Menurut pakar kesihatan berkaitan tidur yang bernama Alesandra Woolley, munculnya seseorang dalam mimpi kita ini boleh membawa maksud bahawa kita telah banyak menghabiskan waktu dengan dia. Keakraban itu yang membuatkan dia muncul dalam mimpi kita.
- Apa arti mimpikan seseorang yang juga merupakan teman?
Mimpi ini menunjukkan teman yang kita kenali itu datang memberikan kunjungan dan secara tidak langsung ia boleh membawa maksud masa depan yang menjanjikan.
- Kenapa kita selalu memimpikan orang yang sama?
Menurut Dr Mayer, jika kita bermimpi melihat seseorang yang sama dan berulang kali dalam mimpi kita, itu adalah sebuah tanda tekanan. Orang yang muncul dalam mimpi kita melambangkan suatu kegelisahan tertentu yang sedang kita alami pada waktu tersebut.
Itulah dia serba sedikit info mengenai maksud mimpi seseorang dalam Islam dan dari segi psikologi juga. Nampaknya maksud mimpi seseorang ini memang ada kaitan dengan perasaan dan boleh membawa kepada maksud sebuah kerinduan.
Yang pasti, jika sudah berkahwin dan tiba-tiba mimpi bekas kekasih, jangan pula anggap maksud mimpi itu untuk kita kembali kepada si kekasih lama. Begitu juga jika mimpikan seorang lelaki yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, jangan pula anggap telah tersalah membuat pilihan hidup.
Mimpi ini anggaplah sekadar mainan tidur dan janganlah terlalu memikirkannya. Jika mimpi seseorang berulang kali tanpa henti, ya itu mungkin perlu diberi perhatian bagi menghilangkan rasa tanda tanya yang ada.
Mimpi ni kebanyakkannya mainan tidur, contohnya dalam sebulan, aku mimpi beberapa kali boss pompuan aku, kekadang mimpi Dia datang rumah, kekadang Dia ajak pergi makan. Tapi realitinya tak macam tu, kena sergah hamun kalau tak kena pada Dia. Takkanlah Dia syok ataupun Ingat Kat aku, jangan perasan.
ReplyDeletebanyak sgt ingat kat boss ni.. bawa sampai balik umah =D
Delete