Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Ada Baik Buruk

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Ada Baik Buruk | Sejak dari dulu, kita selalu dengar orang tua cakap yang maksud mimpi dipatuk ular tu ada orang nak masuk meminang. Jika masih bujang, mungkin tafsiran mimpi dipatuk ular akan membuat rasa teruja. Tapi bagaimana jika sudah berkahwin? 

Secara umum, arti mimpi dipatuk atau digigit ular ini selalunya dikatakan membawa maksud baik. Walaupun ular binatang berbisa tetapi ternyata mimpi dipatuk atau mimpi digigit ular ini sering dikaitkan dengan keberanian. 

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Ada Baik Buruk

Dan adakah benar mimpi dipatuk ular menurut Islam begitu? Atau mungkinkah ada maksud buruk disebaliknya?

Bagi anda yang berminat untuk tahu apakah maksud mimpi dipatuk ular menurut Islam dan kepercayaan masyarakat, di sini abang kongsikan beberapa maksud yang berjaya abang perolehi hasil dari pembacaan secara online. 

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Ada Baik Buruk 

Arti Mimpi Dipatuk Ular Untuk Mereka Yang Masih Bujang 
Pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelit ular kemungkinan adalah petanda bahawa si pemimpi akan bertemu jodoh atau memperolehi isteri/suami tidak lama lagi. 

Arti Mimpi Dikejar Oleh Ular Untuk Mereka Yang Masih Bujang
Seorang gadis yang bermimpi dikejar ular, mimpi itu kemungkinan memberi alamat si gadis akan segera dipinang orang. Manakala jika seorang lelaki yang bermimpi dikejar ular, kemungkinan itu tandanya bahwa dia diminati oleh ramai wanita.

Arti Mimpi Lihat Kekasih Pegang Ular (Mimpi Bermain Dengan Ular) 
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, bagi seseorang yang masih bujang yang bermimpi melihat kekasih hatinya memegang ular, kemungkinan ia membawa erti si pemimpi akan mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang berani sifatnya.

Arti Mimpi Kekasih Hati Kena Patuk Dengan Ular (Kekasih Dipatuk Ular)
Sekiranya di dalam mimpinya itu dia mendapati kekasihnya dipatuk ular, kemungkinan ia memberi alamat bahawa si pemimpi akan menghadapi kejelikan.

Arti Mimpi Dipatuk / Dibelit Ular Bagi Mereka Yang Telah Berkahwin
Menurut salah satu tafsiran yang ditemui, dikatakan bahawa sekiranya si pemimpi itu telah pun berkahwin, tetapi bermimpi dipatuk atau dibelit ular, kemungkinan itu membawa erti beliau akan beroleh kemakmuran dalam hidupnya.

Arti Mimpi Lihat Ular Bertukar Jadi Naga 
Manakala jika bermimpi melihat ular dan tidak semena-mena ular itu bertukar menjadi naga tandanya akan ada orang besar (berpengaruh atau berpangkat) yang akan menolong anda.

Arti Mimpi Dipatuk Ular Warna-Warni
Jika mimpi melihat seekor atau beberapa ekor ular yang berwarna-warni, dikatakan makna tersirat di sebaliknya ialah si pemimpi akan beroleh kebahagiaan.

Arti Mimpi Lihat Ular Yang Banyak
Sekiranya bermimpi melihat ular yang banyak, maknanya akan panjang umur.

Arti Mimpi Dikepung Oleh Ular Yang Banyak
Mimpi dikelilingi oleh ular yang banyak, dikatakan suatu petanda bahawa si pemimpi akan mempunyai ramai musuh.

Arti Mimpi Membunuh Ular
Ular sering dikaitkan dengan dengan masalah atau bahaya. Bermimpi membunuh ular begini boleh melambangkan akan kekuatan peribadi dan kemampuan kita dalam mengatasi masalah dalam hidup.


Arti Mimpi Menangkap Ular (Ular Hitam, Ular Tedung, Ular Sawa dan sebagainya)
Bermimpi menangkap ular memiliki tafsir mimpi yang hampir sama dengan membunuh ular. Bermimpi dapat menangkap ular boleh membawa maksud yang kita akan memperoleh kemakmuran hidup dan kekayaan dalam jumlah yang agak banyak.

Arti Mimpi Ular Masuk Ke Dalam Rumah
Ular melambangkan hal-hal yang jahat dan rumah pula melambangkan kehidupan sehari-hari. Maka bermimpi ular masuk ke dalam rumah begini boleh membawa maksud bahawa akan ada orang jahat yang akan ganggu kehidupan kita. Ia mungkin gangguan untuk kerjaya, rumahtangga dan juga persahabatan. 

Soalan dan Jawapan Untuk Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Masyarakat 

Apa arti mimpi di gigit ular Menurut Islam? Benarkan akan dipinang orang?
Arti mimpi digigit ular menurut Islam dipercayai memberikan pertanda bila yang single atau masih sendiri akan mendapatkan pasangan. Namun jika kalian sudah memiliki pasangan, arti mimpi digigit ular ini memberikan pertanda bahwa kalian akan mendapatkan kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup.

Sudah menikah tapi mimpi digigit ular?
Bagi orang yang sudah menikah, mimpi digigit ular ini boleh menandakan sesuatu yang buruk akan terjadi dalam hidup .

Apa arti mimpi digigit ular di kaki? 
Untuk maksud bagi mimpi digigit ular di kaki ini, dikatakan jika mimpi digigit ular yang pertama adalah mimpi digigit ular di kaki, menurut kepercayaan masyarakat, mimpi digigit ular ini memiliki arti kalau kisah cinta itu terhambat oleh keluarga, teman atau lain sebagainya.

Mimpi di gigit ular di tangan pertanda apa? 
Untuk mimpi digigit ular besar di tangan ini pula, disebabkan mimpi digigit ular besar itu adalah pada bahagian tangan maka ia dikatakan akan memberi peningkatan ekonomi (rezeki) dalam kehidupan orang yang mengalami mimpi tersebut. 

Apa arti mimpi di gigit ular di tangan kanan?
Mimpi digigit ular di tangan kanan artinya akan ada pengeluaran wang yang tak terduga. Biasanya disebabkan oleh musibah yang tak terduga dan jumlahnya agak banyak.

Apa arti mimpi digigit ular ditangan kiri?
Arti mimpi digigit ular besar di tangan dikatakan pula membawa pertanda baik. Jika bermimpi digigit ular di tangan kiri, maka dikatakan akan memperoleh rezeki yang tak terduga.

Pertanda apa mimpi digigit ular hitam?
Ular hitam di dalam mimpi diartikan sebagai peristiwa yang menyusahkan di dalam hidup. Apabila ular hitam tersebut mengigit kita, tandanya akan ada masalah berat yang akan datang dalam waktu dekat. Akan tetapi, berbeza artinya jika ular tersebut hanya berdiam diri.

Benarkah Mimpi Dipatuk Ular Ada Kaitan Dengan Sihir?

Untuk kupasan lanjut berkenan tafsiran mimpi ular ini, penjelasan ustaz Azhar Idrus dalam slot video Youtube ini dapat merungkai persoalan tersebut.

Ust Azhar Idrus- Mimpi Ular & Sihir

Bolehkah Dipercayai Maksud Dipatuk Ular Ini?

Seperti cerita dongeng dan itulah kepercayaan lazim orang Melayu, iaitu apabila bermimpi dipatuk ular, bermakna mereka akan dipinang orang tapi sebagai orang Islam janganlah terlalu mempercayainya. 

Makna dari mimpi sendiri adakalanya hanyalah sekadar cerita atau gambaran yang dibuat oleh fikiran saat sedang tidur. Mimpi ini boleh hadir dalam bentuk berisi sesuatu yang menghibur, seram dan sebagainya. 

Tak dinafikan, bila sudah mengalami mimpi maka ia akan terngiang kembali di dalam fikiran, hingga akhirnya sebahagian orang akan mencari makna tentang mimpi yang dia alami saat tidur. Untuk itu, sekadar untuk membaca tidak mengapa tetapi janganlah terlalu obses hingga terlalu mempercayai segalanya 100%.

Andai ada persamaan selepas itu, benar-benar berlaku sesuatu maka anggaplah ianya sekadar sebuah kebetulan semata-mata. Yang pasti, solat dan berdoalah agar hati lebih tenteram dan mohonlah supaya Allah SWT menjauhi kita dari segala mara bahaya. 


Post a Comment for "Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Ada Baik Buruk"