-->

Wednesday, 3 November 2021

Isteri Hamil, Suami Yang Alahan dan Mengidam

Isteri Hamil, Suami Yang Alahan dan Mengidam | Kenapa isteri mengandung suami alahan? Kalau korang nak tahu, Abang dah pernah lalui perkara ni waktu isteri Abang mengandung. Bayangkan, isteri yang hamil tapi Abang yang rasa nak demam-demam. Abang juga yang uwek uwek muntah-muntah. Tapi, mungkin juga disebabkan oleh sakit gastrik Abang. 

Apapun, sepanjang isteri mengandung Abang nampak dia tetap kurang makan asam-asam melainkan Abang ni yang pantang nampak benda masam. Mungkin bergantung pada pembawaan baby dalam perut juga kot.

isteri hamil suami alahan mengidam
sekadar gambar hiasan


Rupanya, jika isteri hamil tapi suami yang alahan dan mengidam bukan semata-mata hanya satu kebetulan. Pernah tak korang dengar tentang Sindrom Kehamilan Simpatik? Ia adalah ciri-ciri suami mengidam yang sama seperti isteri yang sedang hamil. 

Kehamilan simpatik atau disebut juga sindrom Couvade terjadi ketika suami ikut merasakan tanda-tanda kehamilan yang dialami oleh sang isteri. Tapi ternyata hal itu juga banyak dialami lelaki, yang isterinya sedang mengandung, tapi yang mengidamnya para ayah. 

Apa Itu Sindrom Kehamilan Simpatik atau Caudave Syndrome?

Dalam dunia perubatan,  Sindrom Kehamilan Simpatik ini disebut sebagai caudave syndrome di mana ia bukan saja boleh 'menjangkiti' pada si suami tetapi juga pada sahabat baik dan ahli keluarga lain yang sangat rapat dengan si ibu yang sedang hamil itu.

Menurut pembacaan, sindrom ini berlaku disebabkan rasa risau. Dalam erti kata lain, kehamilan simpatik terjadi ketika seorang suami merasakan apa yang sedang dialami oleh si isteri. 

Nasib baiknya, sindrom ini hanya berlaku sementara saja dan akan hilang sepenuhnya sebaik saja si isteri selamat melahirkan nanti.

Ciri-Ciri Suami Yang Sedang Menghadapi Sindrom Kehamilan Simpatik 

Gejala-gejala atau contoh alahan pada suami ini termasuklah mual, mulas, sakit perut, kembung, perubahan nafsu makan, masalah pernafasan, sakit gigi, kram kaki, sakit punggung dan banyak lagi tanda lain seperti di bawah ini : 
  • muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sakit pada bahagian bawah perut dan pinggang
  • cepat penat
  • mudah stress
  • gangguan hormon
  • mood berubah-ubah
  • mengidam makanan dan lain-lain

Suami Muntah Tanda Isteri Hamil

Ada juga kes di mana isteri masih diperingkat awal kehamilan tanpa sedar yang dirinya sedang hamil, sedangkan si suami sudah mula merasi tanda-tandanya. Ini yang selalu 'orang -orang lama' nampak bila suami yang muntah dan mual-mual rasa nak demam, orang tua-tua terus berkata "orang umah ada isi kot ni".

isteri hamil suami alahan mengidam
gambar sekadar hiasan

Perubahan suami saat istri hamil ini boleh berlaku pada sesiapa saja dan sama-samalah hadapinya sebagai salah satu tanda berkasih sayang. Ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu memori kenangan terindah. 

Paling penting, kita sebagai sang suami kena selalu ingat, isteri sedang melakukan pengorbanan yang besar dalam hidupnya demi untuk memberi kita zuriat maka jagalah perasaan isteri sedaya terbaik yang boleh. 


0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100