-->

Tuesday, 29 June 2021

Cadangan Destinasi Cuti Untuk Hilangkan Stress Lepas PKP

Cadangan Destinasi Cuti Untuk Hilangkan Stress Lepas PKP | Berada di rumah sepanjang masa dan sepanjang hari untuk suatu tempoh yang lama pastinya akan menyebabkan stress yang agak melampau. Makin teruk tekanan tersebut dikalangan mereka yang sebelum ini suka travel melancong ke sana sini. Normal lah tu, mana ada kaki jalan suka duduk rumah lama-lama. Jadi tak mustahil jika keadaan berkurung akibat Covid-19 ini boleh menyebabkan ramai orang berasa tertekan.

Aku sendiri rasakan yang sama, lagi-lagi pada anak-anak yang asyik kena belajar dan duduk rumah tanpa boleh keluar ke mana-mana. Jika dulu boleh bermain dengan rakan tapi kini semua itu sudah tinggal kenangan. Mujurlah anak-anak ku ramai maka bolehlah mereka bermain sesama sendiri di laman. 


Bercerita tentang tekanan atau stress ini, aku sering membayangkan perkara yang akan aku lakukan selepas PKP nanti. Yang pertama, sudah tentulah untuk pulang ke kampung bertemu ibu dan ayah. Seterusnya, aku nak ambil keputusan untuk bercuti.

Tapi, bila aku fikir-fikir semula secara logik tentang bercuti ini, kenapa mesti nak pergi jauh-jauh? Jika berada di sekitar negeri Melaka contohnya, kenapa mesti nak bercuti ke negeri lain sedangkan dalam negeri sendiri ada tempat percutian yang best.

Jika mahukan percutian dalam bentuk yang lebih eksklusif seperti sedang bercuti di luar negara, boleh tempah hotel dan bermalam di sana untuk keluar dari kehidupan seharian sebelum ini. Hotel di Kuala Lumpur dan Selangor contohnya, ada banyak Staycation KL yang boleh dijadikan destinasi percutian singkat. 


Untuk warga Melaka pula, boleh pilih untuk bercuti di The Pines Melaka dan untuk warga Port Dickson boleh cuba-cuba luangkan masa untuk bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Sekali lagi diulangi, untuk mereka yang ada di Kuala Lumpur, boleh lah mencuba Staycation KL. Walaupun hotel ini agak berdekatan dengan kediaman tapi apalah salahnya untuk keluar dan lepaskan tekanan di hotel berdekatan seperti Staycation KL ini.

Untuk orang Melaka pula boleh check in di The Pines Melaka, lagi-lagi sekarang ini ada promosi menarik yang sangat menarik. Sedang berada Port Dickson? Jangan lupa check out Lexis Hibiscus Port Dickson kerana di sana ada private pool. Bolehlah mandi dan rehat relaks sambil bersantai dalam bilik hotel tanpa sebarang gangguan.



5 Kelebihan Utama Bercuti Di Hotel-Hotel Ini 

#1 - Tidak perlu susah payah pergi bercuti ke lokasi yang jauh 

#2 - Menawarkan bilik yang selesa dengan mood percutian sebenar 

#3 - Ada private pool untuk bersantai dalam bilik bersama yang tersayang 

#4 - Layanan bagus tahap VVIP

#5 - Menawarkan promosi menarik yang tak patut dilepaskan 

Nak Cuti Lepas PKP? Pastikan Isu Keselamatan Turut Di Ambil Kira

Dalam urusan rancangan percutian selepas PKP di hotel selepas selesai segala lockdown dan sebagainya ini, pastikan sentiasa mengikut SOP sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan ingat sudah habis PKP, PKPD dan Lockdown nanti kita boleh lupakan segalanya.

Hotel in KL, Melaka dan Port Dickson ini pastinya akan terus mengikut syarat yang ditetapkan untuk hotel-hotel berurusniaga jadi kita sebagai si pelanggan hendaklah memahami segala syarat yang ditetapkan. Barulah percutian di hotel pilihan yang berdekatan ini dapat menjadi sebuah tempat untuk melepaskan tekanan dengan jayanya. 

Nak buat tempahan tidak susah, boleh survey harga dan tempah selepas PKP berakhir nanti dengan menggunakan apps Traveloka. Di website Traveloka ini, ada banyak pilihan hotel menarik dengan harga berpatutan dan kebanyakan hotel-hotel ini sangat selesa dan luas.

Destinasi bercuti selepas PKP ini bukan bererti untuk engkar arahan kerajaan sebaliknya ia untuk memberi cadangan tentang destinasi cuti di Kuala Lmpur, Melaka dan Port Dickson apabila masanya benar-benar sesuai.


Apa salahnya mencari hotel untuk Staycation KL, Melaka dan Port Dickson sebagai rujukan awal apabila benar-benar mahu menginap di hotel-hotel ini nanti. Tak perlu cari hotel di Turki atau sebagainya kerana dalam negara kita sendiri ada banyak hotel yang bagus bertaraf eksklusif. 

Itulah dia serba sedikit info dan pendapat berkaitan cadangan destinasi cuti untuk hilangkan stress selepas PKP nanti. Sebagaimana yang dimaklumkan tadi, kita tidak perlu travel jauh. Jika berada di Melaka, boleh bercuti di Melaka dengan menginap di hotel-hotel tadi. Begitu juga dengan korang yang berada di KL atau Port Dickson. 

Destinasi terbaik di Negeri Melaka, Kuala Lumpur dan Port Dickson ada banyak jadi kenapa kita nak bercuti ke luar negara atau negeri lain. Covid belum tentu bila akan berakhir tetapi setidaknya kita berusahalah jaga diri supaya dapat hilangkan stress lepas PKP nanti.  


0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100