-->

Tuesday, 12 January 2021

Sejarah Asal Usul Pancake & 5 Jenis Pancake Malaysia Yang Unik Dan Sedap!

Sejarah Asal Usul Pancake & 5 Jenis Pancake Malaysia Yang Unik Dan Sedap! |  Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata. Jauh sebelum menjadi menu sarapan umum di Amerika, pancake telah ada sejak bertahun-tahun lalu.

Sejarah Pancake : Asal Usul Lempeng 

Menurut info dari hasil carian Google Serach, jejak sejarah pancake sudah ada sejak ribu tahun dulu. Pancake dikatakan menjadi makanan diet yang umum sejak sekitar 5.300 tahun lalu. Lama betul ni! 

Sejarah Asal Usul Pancake

Pancake di waktu ini dikenali sebagai makanan ringan untuk sarapan para keluarga modern. Hakikatnya, pancakes adalah resipi untuk makanan yang telah lama wujud, asal pancake bermula pada masa masyarakat Rom kuno lagi. Pancakes pada mulanya dikenali sebagai Alita Dolcia. 

Apa itu Alita Dorcia? Alita Dorcia adalah makanan manis hasil kombinasi dari susu, tepung, dan bahan perasa. Bahan-bahan tersebut kemudiannya dipanggang menggunakan kuali dengan permukaan rata, lalu ditambahkan dengan sirap buah dan madu. Manis semanis manisnya gitu. 

Sejarah Asal Usul Pancake

Nama pancake semakin popular di daerah negara-negara Eropah sejak tahun 1430-an. Pancake di sanggap sebagai makanan khas untuk orang Eropah Timur. Di sana, pancake sering digunakan sebagai menu khas yang dikenali sebagai Pancake Tuesday. Uniknya Pancake Tuesday ini ia disajikan sehari sebelum Paskah. Sepanjang zaman, pancake telah digunakan di pelbagai negara. 

Di Perancis, penkek-nya ada yang nipis dan rangup dikenali sebagai crepes dan galettes. Pancake jenis ini lebih tebal dan lebih lebar seperti bentuk roti. Sementara itu, di Jerman pula, pancake mempunyai bentuk yang lebih padat dan dibuat dari kentang (pfannkuchen) sebagai bahan asasnya. 

Sejarah Asal Usul Pancake

Untuk negara Ireland, pancake mempunyai tekstur yang padat dan diperbuat daripada kentang. Pancake ini dikenali sebagai boxtry. Scotland juga tidak ketinggalan dengan pancake jenis drop scones. Di Amerika, pancakenya dikenali sebagai nokehick yang dibuat dari adunan lembut daripada jagung. 

Penkek ini boleh disajikan dengan pelbagai gaya persembahan dan rasa. Untuk Malaysia sendiri, kita ada 'pancake' special yang di sebut sebagai lempeng. Walaupun penyampaiannya berbeza di setiap negara, tetapi pancake masih mempunyai peminat sendiri dan perkembangan resipi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bila sebut begini, terus teringat pada waffle. waffle vs pancake, hmmm susah nak buat pilihan tu!


Resipi Cara Membuat Pancake Mudah Yang Sedap, Senangnya!

Jom abang kongsikan resepi pancake yang mudah, sedap dan gebu untuk kita cuba sama-sama. Kalau nak senang faham cara membuat pancake yang mudah ni, boleh follow step di bawah selangkah demi selangkah.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sdb gula halus / kastor
  • 3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred A, dikocok
  • 2 sdb butter, dicairkan
  • 1 sdt esen vanila
  • Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi saya tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa. Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.

Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

Malaysia Ada Menu Pancake Unik Tersendiri Yang Best

#1 - Apam Balik

Sejarah Asal Usul Pancake


Apam balik (juga dikenali sebagai ban chien kuih) dibuat dari tepung, telur, gula, baking soda, santan dan air. Pancake dengan nama Apam Balik ini di masak di atas kuali yang panas dengan marjerin atau mentega. Kemudian diletakkan pula kacang tanah dan gula hancur. Apabila sudah masak, pancake dilipat dan dipotong. Proses memasak inilah yang dinamakan sebagai 'apam balik'. 

#2 - Appam

Sejarah Asal Usul Pancake


Dimasak dalam kuali kecil yang disebut appam chatti, appam yang hadir di dalam kalangan kaum India ini, mempunyai bentuk seperti kuali sebagai acuannya. Appam ini mempunyai tesktur tebal dan lembut pada bahagian tengah dan tipis seperti renda dengan rasa yang rangup pada bahagian tepi. Secara tradisinya, appam dibuat dengan merendam beras semalaman dan mengisarnya menjadi adunan halus dengan bahan-bahan lain seperti nasi dan santan. Cara penapaian yang lama adalah dengan menggunakan toddy (sejenis alkohol), tetapi kini ia telah digantikan dengan ragi. 

#3 - Ketayap

Sejarah Asal Usul Pancake


Makanan ringan waktu minum peyang yang popular ini sangat menggoda dengan aroma kelapa dan gula melaka. Pada dasarnya, ketayap ini seperti crepe yang digulung dengan isi gula melaka dan kelapa parut. Adunannya dibuat dengan mengadun tepung gandum bersama telur, santan, jus pandan dan secubit garam.

#4 - Lempeng Melayu

Sejarah Asal Usul Pancake


Lempeng Melayu diperbuat daripada tepung gandum, air, telur, gula dan garam. Bahan-bahannya dicampurkan dan digoreng. Penjelmaan moden lempeng termasuk versi sekarang juga ada seperti lempeng pisang (campur dengan pisang), lempeng gula Melaka (dengan gula melaka) dan lempeng kelapa (dengan kelapa). Lempeng mungkin merupakan saudara tempatan penkek Barat, dari segi bentuk dan rasa. 


#5 - Roti Jala

Sejarah Asal Usul Pancake


Roti jala ni favourite abang. Makin best bila isteri buat kuah kari ayam yang agak pekat. Sesekali bila isteri buat roti jala, ada juga abang tolong 'jalakan' roti ni di atas pan panas. Orang dulu menggunakan acuan khas untuk buat roti jala tetapi sekarang dah makin senang kerana ada dalam bentuk botol seperti botol sos tapi punya lubang kecil yang banyak. Tekstur dan rasa roti jala sangat sedap dan lembut. Walau nampak kecil, tapi makan beberapa keping pun dah boleh kenyang. 

Manfaat lempeng atau pancake ini sudah tentulah dapat memberi nikmat makan yang best. Rasanya sedap! Teksturnya pelbagai! Jika buat sendiri di rumah boleh eratkan juga hubungan. Masak sama-sama dan olah sendiri rasa mengikut citarasa masing-masing. 

Jika teringin dengan menu-menu di atas tapi rasa malas nak buat sendiri, apa susah.... ambil phone dan 
order food yang diinginkan melalui website Foodpanda. Nak lagi senang, download aplikasi Foodpanda tu dan buat pesanan makanan bila-bila masa yang nak. 

Tak dinafikan, biasanya breakfast orang Malaysia ni mesti makanan berat seperti nasi dan abang sendiri seorang yang suka makan nasi waktu pagi. Tapi bila tiba hujung minggu atau diwaktu minum petang, tak salah untuk cuba resepi pancake yang mudah, sedap dan gebu macam kat atas tu. Cara buat pancake tak la nampak susah sangat pun. Lagipun rakyat Malaysia ni kan suka makan. 

Itulah serba sedikit info mengenai sejarah pancake atau asal usul lempeng yang biasa disajikan untuk menu sarapan dan sememangnya pancake ini termasuk dalam menu sarapan yang mudah dibuat.


Sumber : The Star

This post have 2 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100

  1. malaysia punya version pancake terbaik hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete