Jenis Perempuan Yang Lelaki Respect Penuh Hormat
Jenis Perempuan Yang Lelaki Respect Penuh Hormat | Orang lelaki ni, senakal manapun mereka, memang ada sesuatu yang boleh bikin mereka terdiam! Begitu juga dengan perempuan. Bagi pandangan lelaki, perempuan ini ada banyak jenis. Jangan risau dengan bentuk badan kerana lelaki ada pendapat tersendiri dan tidak semua hanya memandang pada zahir semata-mata. Ada saja lelaki yang sukakan perempuan yang bertubuh lebih berisi berbanding bentuk tubuh yang kurus melidi.
Jenis Perempuan Yang Lelaki Respect Penuh Hormat
Wanita yang ayu, lemah lembut da sopan antara kriteria-kriteria yang menjadi dambaan lelaki. Namun, tak semua gadis menepati citarasanya. Jadi, buat gadis-gadis di luar sana jangan terkilan jika tak punya sifat perempuan yang paling dihomati oleh kaum lelaki ini.
Masih Belum Jumpa Jodoh? Jangan Risau!
Jodoh itu ditangan Tuhan. Tiba masanya akan datang juga. Walau semua orang nak partner yang perfect, tapi tak semua yang kita nak tu kita boleh dapat. Walau rata-rata lelaki menyukai wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang menawan dan mempunyai rupa paras cantik tapi jika tak tahu nak menghormati orang tua, apa gunanya.
Jangan risau dengan bentuk badan kerana setiap lelaki ada pendapat mereka masing-masing. Tidak semua lelaki terlalu mementingkan kecantikan hingga sanggup terima perempuan yang tak tahu apa itu hormat. Lelaki baik-baik selalunya lebih suka perempuan yang tahu menjaga batas dan pergaulan.
Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Ramai perempuan hari ini yang risau dengan bentuk tubuh sedangkan setelah menjadi isteri dan ibu, ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak adalah perkara yang paling terbaik sekali.
Ciri Ciri Lelaki Baik Yang Perempuan Patut Hormati
Untuk perempuan pula, antara ciri ciri lelaki yang baik, boleh dihormati dan bagus untuk dijadikan suami adalah :
- Dia tidak ambil kesempatan
- Orangnya penyabar
- Tahu hormat wanita
- Yang melindungi perempuan
- Boleh dijadikan contoh pemimpin yang baik pada anak-anak kelak
Itulah serba sedikit info dan pandangan abang tentang jenis perempuan yang lelaki respect penuh hormat dan ciri-ciri lelaki baik yang perempuan boleh pertimbangkan sebagai suami. Paling penting, bersikap seperti biasa dan buang perangai yang tidak baik kerana lelaki tidak suka perempuan yang plastik atau sengaja buat-buat.
Jika ada sikap yang kurang baik, ubah dan andainya punya ciri-ciri yang telah dikongsikan tadi, tak mustahil... confirm lelaki terus 'cair' dan tak pelik jika ada yang terus berangan nak buat perempuan itu jadi calon isteri!
Segelintir wanita tidak tahu ciri-ciri yang perlu ada pada mereka dan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang jenis perempuan yang lelaki respect penuh hormat hingga tahap rasa teringin nak buat bini.
Baik kalian seorang lelaki atau perempuan, calon jodoh kalian tersebut haruslah seseorang yang kalian hormati kerana hormat itu adalah salah satu kunci besar untuk mempunyai sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia.
InshaAllah.
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete