Cara Guna Minyak Lintah Macam Mana? Eh Apa Punya Soalan Ni?
Cara Guna Minyak Lintah Macam Mana? Eh Apa Punya Soalan Ni? | Pergh, rasa nak melompat dari kerusi bila ditanya cara guna minyak lintah. Terus terang, pada mulanya aku kurang berminat untuk menjawab soalan 'cara guna minyak lintah' ni tapi.. bila aku fikir balik, why not kalau abang cari info dan kongsikan di sini tentang kesan dan bahaya minyak lintah ni pada lelaki.
Sejujur hati, abang memang tak pernah ada pengalaman menggunakan minyak lintah. Tapi, sebagai lelaki sudah tentulah aku pernah dengar tentang minyak lintah dan apa fungsinya. Tak perlulah abang beritahu jelas kat sini fungsi minyak lintah kerana abang tahu para lelaki sudah sedia maklum. Untuk wanita, kalau nak tahu juga kalian boleh search sendiri sajalah.
Jangan kalian search sampai jumpa video cara menggunakan minyak lintah sudahlah, kan mau terpengsan koma sebulan. Pendek kata, ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja. Untuk si teruna dan anak dara, tok sah nak memandai ambil tahu bab minyak lintah ni. Buang karen je bro!
Kesan Dan Bahaya Minyak Lintah
Ini yang abang nak fokus kat sini. Dari cerita tentang cara urut guna minyak lintah, baik abang kongsi akan kesan dan bahaya minyak lintah ni. Ini berdasarkan info bacaan abang di Google juga, jadi sama sekali bukan berdasarkan pengalaman menggunakan minyak lintah sama sekali.
Bahaya atau tidak Guna Minyak Lintah, soalan ini telahpun dijawab oleh Dr Nur Syuhada binti Zulkifli.
Info Lain Yang Berkaitan
Lain Orang Lain Pendapat, Kita Saling Hormat!
Abang akui, lain orang lain caranya. Jadi kita sama-sama respect! Cuma macam abang cakap tadi, jika ada masalah lemah tenaga ada baiknya cuba dulu kaedah natural yang lebih selamat seperti jaga kesihatan dengan bersenam dan makan makanan yang berkhasiat untuk bantu tambahkan tenaga.
Jika sudah lama berusaha tapi tetap tak berjaya, barulah fikirkan soal menggunakan minyak lintah belacak atau sebagainya ini. Jika tak ada sebarang penyakit dan hanya sekadar nak suka-suka, abang sarankan tak payahlah buat.
Akhir kata, jika ada yang terasa abang minta maaf dan sesungguhnya ini hanyalah sekadar nasihat dan pandangan peribadi abang sendiri semata-mata. :)
dah lama x guna minyak lintah ni. hmmm....kena gi cari ni.
ReplyDelete