Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan
- Prosedur berkahwin
- Prosedur berpoligami
- Pendaftaran perkahwinan dalam dan luar Negara
- Penalti bagi yang melanggar peruntukan berkenaan
Isu Status Anak Luar Nikah Lelaki & Perempuan Di Malaysia
#1 - Bin atau Binti Anak Luar Nikah
Dari segi nasab dan penentuan bin atau binti anak, hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja (rejam). (HR Bukhari dan Muslim)
Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh dibin atau binti dengan nama bapanya.
Namun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1981 memutuskan anak zina atau anak di luar nikah sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua-dua ibu bapa atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah atau kepada nama Allah (Asma ul-Husna) yang lain.
[ Artikel Berkaitan : Panduan Lengkap Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah ]
#2 - Hak Bapak Terhadap Anak Luar Nikah Untuk Urusan Nikah Kahwin Si Anak
Amalan di Malaysia, anak tidak sah taraf perlu memohon kebenaran mahkamah untuk bernikah dengan menggunakan wali hakim. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri ada memperuntukkannya di bawah Seksyen 18.
Perkahwinan anak tak sah taraf perempuan mesti diwalikan oleh wali hakim. Bapa tidak layak menjadi wali kepada anak tak sah tarafnya. Anak tak sah taraf (lelaki) tidak boleh menjadi wali sepertimana susunan wali dalam pernikahan. Pemohonan wali hakim perlu dirujuk ke Jabatan Agama Islam Negeri atau Pejabat Agama Islam Daerah.
Dalam permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim, mahkamah akan menyiasat latar belakang anak serta mengambil keterangan ibu atau bapanya. Seandainya ada pengakuan daripada ibu dan bapanya bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan anak itu akan diperintahkan berwalikan hakim.
Sekiranya bapa itu yakin dengan status anak adalah anaknya tetapi berasa malu untuk bertindak sebagai wali, beliau boleh mewakilkan perwalian kepada jurunikah bertauliah.
#3 - Isu Harta Pusaka Untuk Anak Luar Nikah Di Malaysia
Ibu dan anak tak sah taraf boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris sebelah ibunya dan sebaliknya.
Anak tak sah taraf tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya dan keluarga sebelah bapanya dan begitu juga sebaliknya.
#4 - Agama Untuk Anak Tak Sah Taraf
Kematian anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, dia diuruskan dengan cara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan Islam, dia diurus dengan cara bukan Islam walaupun lelaki yang menyetubuhi ibunya beragama Islam.
#5 - Status Hubungan Hubungan Anak Luar Nikah Dengan Bapak Kandung
Sekiranya anak tersebut lahir selepas enam bulan dari tempoh perkahwinan, maka dia adalah dianggap sebagai anak sah taraf kepada bapa kandungnya. Maka ibu dan adik beradik perempuan kepada bapanya itu adalah mahram buat dirinya. Implikasinya, haram untuk mereka berkahwin serta boleh untuk bersalaman sesama mereka.
Namun jika anak tersebut lahir kurang dari enam bulan setelah perkahwinan, maka ia dianggap sebagai anak tidak sah taraf kepada bapa kandungnya. Oleh itu, ibu dan adik beradik perempuan kepada pemilik air mani tersebut adalah bukan mahram bagi anak ini. Wallahu A’lam.
Jangan Tahu Nak Seronok Kerana Nafsu, Tolong Fikir Kesan!!
Nasihat abang pada adik adik lelaki di luar sana. Masa belajar, kita belajar. Nak cinta tak salah, abang dulu umur 18 tahun dah terjatuh hati pada orang rumah. Tapi, janganlah sampai tahap begini. Belajar dulu hingga tahap yang dirasakan boleh kemudian start cari kerja.
Bila dah kerja kumpul duit sikit-sikit, jumpa mana-mana perempuan yang dirasakan suka dan layak untuk buat isteri, haaa terus ajak nikah! Lepas tu terpulanglah nak buat apa pun. Mungkin ada yang akan cakap, apa barang nikah ni! Buatnya dah kahwin kena control lepas tu rasa tak sesuai dah sampai tahap bercerai.
Untuk perkara begini, cuba adik fikir jauh sikit dengan mata yang lebih luas.
- usia tu makin pendek dan bermakna akan makin tua
- bila dah tua, nak tinggal dengan siapa? Bukan dengan anak bini?
- bila dah berkeluarga ada anak bini, ada pula anak lelaki dan perempuan
- bila dah ada anak perempuan, apa rasa kalau anak kita orang lelaki buat perkara yang sama
Hidup di dunia ni kita semua akan mati bila tiba masa sebab ada Tuhan kat atas yang memerhati. Ada karma juga jadi jangan nak jadi bodoh sampai terpaksa tanggung akibat yang lebih dasyat di kemudian hari. Cepat-cepatlah bawa bawa bertaubat selagi ada masa bro!
Yang perempuan abang tak mau cakap banyak cuma yang abang tau kata, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik jadi cepat-cepatlah insaf jika mahu mendapat jodoh dengan lelaki yang baik dari Allah SWT. Ada je artis yang dulu seksi sekarang dipinang oleh lelaki baik agamanya lepas mereka bertaubat jadi jangan terus cop atas dahi bahawa sekali dah terjebak maka akan terus kekal jadi jahat.
Kesan Psikologi Terhadap Anak Tidak Sah Taraf
- Anak berasa rendah diri terhadap status dirinya
- Cenderung untuk membenci ibu bapa
- Berasa terpinggir dalam kalangan ahli keluar dan masyarakat
- Cenderung terpengaruh dengan gejala negatif
- Mengalami kemurungan setelah mengetahui status dirinya
Dah Mengandung Anak Luar Nikah, Apa Perlu Saya Buat?
Itulah serba sedikit info mengenai status anak luar nikah atau tidak sah taraf di Malaysia dari aspek perundangan. Terus terang abang tak rasa anak luar taraf ini perlu kita ejek, pulau atau sebagainya kerana mereka sama sekali tak salah apa-apa!
Dan kepada si ibu ayah yang bersalah hingga terjadinya kelahiran anak di luar nikah ini, segeralah mencari info-info sebagaimana yang abang kongsikan di sini bagi mengelak masalah yang tak sepatutnya.
Bukan sekadar cari info tentang prosedur lahir anak luar nikah di hospital tetapi kena tahu juga tentang hak bapak terhadap anak luar nikah ini, kesan psikologi terhadap si anak, hubungan si anak dengan adik beradiknya yang bakal lahir kelak dan lain-lain lagi.
Bukannya apa, kelahiran anak di luar nikah ini ada kaitan dengan undang-undang di Malaysia dan juga agama Islam. Jadinya, kita tak boleh buat-buat pandai dan perlu faham dan hadam perkara-perkara yang berkaitan supaya bila anak sudah besar nanti, kita sudah ada jawapan dan pengetahuan bagi mengelak perkara yang tak sepatutnya berlaku.
Sumber :
Post a Comment for "Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan "