Helikopter Terhempas Taman Melawati, Ada Saksi Melihat Kemalangan Di Udara -->

Sunday, 8 November 2020

Helikopter Terhempas Taman Melawati, Ada Saksi Melihat Kemalangan Di Udara

 Helikopter Terhempas Taman Melawati, Ada Saksi Melihat Kemalangan Di Udara | 08 November 2020, sebuah helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang. Memang agak terkejut juga saat melihat berita tentang kemalangan helikopter terhempas di Taman Melawati Kuala Lumpur yang membabitkan dua buah helikopter ini. 
 
Dua buah helikopter tersebut (berwarna biru dan merah) dikatakan telah bertembung di udara sehingga mengakibatkan salah sebuah daripada helikopter tersebut terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang. 
 
Helikopter Terhempas Taman Melawati

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan kejadian helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor ini. 

Dua maut dalam nahas helikopter di Taman Melawati ini dan punca terhempas itu, dilihat oleh saksi dengan mengatakan bahawa helikopter berwarna merah telah melanggar bahagian belakang helikopter yang berwarna biru.

"Saya nampak helikopter merah melanggar belakang helikopter biru menyebabkan ekor helikopter biru itu patah," kata Puteri Nur Elani Ismail, 25, saksi tragedi helikopter terhempas di Taman Melawati, di sini, hari ini.

Katnya lagi, ketika kejadian jam 11.30 pagi, dia sedang mengambil daun senduduk berhampiran Bulatan Bukit Emas yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Elaini mengakui sebelum kejadian dia turut mendengar bunyi di udara dan menyangka helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan tinjauan. 

"Apabila saya lihat, nampak ada dua helikopter sedang terbang iaitu biru di depan dan merah di belakang. Secara tiba-tiba (helikopter) yang merah melanggar belakang (helikopter) biru.
"Akibat pelanggaran itu, bahagian belakang helikopter biru patah dan merah pula berhenti. Kemudian helikopter biru menjunam ke bawah dan saya mendengar bunyi dentuman kuat.

"Manakala, helikopter merah meneruskan perjalanan dan mendarat di kawasan sekolah yang terletak berhampiran," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini.

Helikopter Terhempas Taman Melawati

Nur Elaini berkata, dia turut ke lokasi helikopter itu terhempas dan melihat orang ramai dengan anggota polis mengawal lalu lintas.

Sementara itu, pengawal keselamatan Apartment Taman Melawati Hillside, Chan Chee Hoy berkata, dia mendengar bunyi dentuman kuat seakan bom.

"Sebelum itu, saya dengar bunyi bising dan menyangka ada lori sedang mengangkat barang kerana laluan di sini memang kerap dilalui kenderaan berat.

"Saya keluar pondok pengawal dan terkejut melihat sebuah helikopter berwarna biru terhempas di kawasan belukar di hadapan apartmen ini," katanya.

Setahu daku, helikopter memang ada kaitan dengan bahagian belakang (ekor) bagi melancarkan penerbangan, maka jika sudah dilanggar sebegitu tak mustahil ianya sukar dikawal dan terhempas.

Kejadian Helikopter Terhempas di Taman Melawati Sempat Dirakam Nitizen 

Video kejadian yang dikongsi netizen di media sosial (Buletin Utama TV3)

Mangsa Yang Terlibat Telahpun Dikenal Pasti

Mangsa yang terbabit untuk helikopter biru dikenali sebagai bekas tentera laut, Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56 bersama Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41 manakala untuk helikopter merah adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 56.

Mangsa yang menaiki helikopter biru pada mulanya dikatakan tidak sedarkan diri, namun akhirnya disahkan meninggal dunia, Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) . Bagaimanapun, dua lagi mangsa untuk helikopter merah dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. 

Siasatan awal mendapati dua buah helikopter yang dipandu Mohd Sabri dan Ahmad Johari itu berlepas dari Subang ke Genting Sempah dan kedua-dua helikopter berkenaan merupakan milik daripada syarikat yang sama iaitu My Heli Club

Gurauan Terakhir Juruterbang Sebelum Terhempas

Komen yang dimuat naik di Facebook mungkin menjadi gurauan terakhir arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi. Menerusi komen yang ditinggalkan arwah di Facebook sahabatnya malam tadi, arwah sempat berseloroh dengan berharap agar dron milik sahabatnya tidak bertembung dengan helikopter milik arwah. 
”Harap-harap tak bertembung dengan saya,” kata arwah yang turut disambut dengan gurauan balas dari sahabatnya. Namun, siapa menyangka, itu menjadi gurauan terakhir dari seorang sahabat sebelum dijemput Ilahi, beberapa jam kemudian.
Helikopter Terhempas Taman Melawati

Takziah Untuk Seluruh Keluarga Arwah - Al Fatihah

Sudah tentunya keluarga mangsa-mangsa yang terlibat sangat cemas dan terkejut sebagaimana kita sendiri terkejut dengan kejadian ini. Walaubagaimanapun abang mangsa kelihatan sangat tenang dan ketika didekati oleh pihak media semasa bertanyakan tentang peristiwa yang telah berlaku ini. 
Allahyarham Saudara Mohd Irfan merupakan anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang isteri yang bertugas sebagai guru dan lima orang anak berusia tiga hingga 15 tahun. 
"Saya lihat gambar yang tular di aplikasi WhatsApp dan nampak tangan arwah. Kami kenal jam yang arwah pakai." Demikian menurut abang sulung kepada Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, salah seorang mangsa nahas helikopter di Taman Melawati ini. 

Al-Fatihah untuk ke dua-dua mangsa dan semoga Allah SWT tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sebagai salah seorang warga Malaysia yang turut rasa sedih atas kejadian ini, semestinya daku turut bersimpati atas apa yang berlaku. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan sama-sama kita doakan semoga apa yang berlaku diketahui sebab musababnya. Aamiin. 

Sumber :  

0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100