Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Full Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) TV3 | Cinta Sekali Lagi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Cinta Sekali Lagi merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 yang semakin mendapat perhatian pengemar drama melayu dari Malaysia.
Penonton drama Cinta Sekali Lagi ini tidak hanya dari kalangan warga Malaysia malah termasuk juga dari Indonesia dan Brunei. Rata-rata menonton drama Cinta Sekali Lagi ini di tv3 (slot Akasia) pada setiap isnin hingga jumaat, jam 7 malam atau strim di IQIYI untuk tonton secara online.
Drama bersiri 'Cinta Sekali Lagi' bakal mengisi slot Akasia TV3 mempunyai 28 episode secara keseluruhannya dan dengan adanya perkongsian tonton secara online melalui IQIYI, para penonton boleh menyaksikan drama ini pada bila-bila masa selepas tayangan secara full dari episode 1 hingga akhir.
Info Drama Cinta Sekali Lagi TV3
JUDUL : CINTA SEKALI LAGI
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON
: Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty
Abdullah, Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd,
Luqman Hafidz, Elnisa Ryun, Mustaqim Bahadon, Iman Zulkarnain, Isaac
Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa
Senarai Pelakon Dan Watak Drama Cinta Sekali Lagi
Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Ungku Mukhlis
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Haziq Fadhullah sebagai Amar
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Haleeda Mazlin sebagai Puan Nazir
aIman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha Dania
Alessandra Alyssa sebagai Daniya
Sinopsis Cinta Sekali Lagi Secara Penuh
Cinta Sekali Lagi ini mengisahkan tentang kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani
(Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana
menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada
kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala
hal.
Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery
designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman
(Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla
Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu
mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin
dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi
impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar
Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda) mengenakan syarat iaitu
Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga
menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai
penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis
dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.
Hubungan
Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain),
rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan
menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari
kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz
tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda
menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.
Amani
mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila
keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya
untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah
lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda
dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis
sering dilanda masalah.
Selepas tujuh tahun,
Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah
baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila
Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang
Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan
Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka,
Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda
Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas
kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan
terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani
akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA
SEKALI LAGI’ daripada Amanda?
Kredit : myinfotaip.com
Watch Cinta Sekali Lagi Full Episode
Cinta Sekali Lagi Episode 4 - 28 (Coming Soon)
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 4
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 5
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 6
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 7
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 8
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 9
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 10
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 11
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 12
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 13
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 14
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 15
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 16
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 17
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 18
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 19
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 20
Watch Cinta Sekali Lagi Episod 21