Resepi Roti Puri Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat

Wednesday, 11 March 2020

Resepi Roti Puri Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat

Resepi Roti Puri Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat | Pernah dengar nama roti puri? Kalau belum pernah dengar, Puri bermaksud roti dalam bahasa Georgia. Roti puri juga dikenali sebagai roti arab. Menurut pembacaan, roti puri turut menjadi salah satu menu makanan favourite masyarakat India sebagai hidangan sarapan pagi atau makan malam. 

Roti puri ni boleh dikatakan semua orang akan suka. Sebabnya roti puri ni teksturnya agak ringan dan tidak terlalu padat. Nak makan dengan apa jua hidangan lain pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing. Dan rasa roti puri ni memang best! Sedikit rangup di luar dan lembut di dalam, makan boleh dengan kuah kari yang pekat... memang mabeles! 



Aku turut panggil roti puri ni sebagai roti belon sebab ada angin dan nampak bulat seperti belon. Nak makan roti puri ni tak payah bertaraf masterchef selebriti kerana resepi dan cara nak buatnya tu memang amat mudah. 

Cuma ada resepi yang guna mauripan. guna baking powder dan ada juga resepi roti puri yang ikut sukatan cawan tanpa yis. Tak kisahlah dengan yis atau tanpa yis yang penting cari resepi mudah supaya betul-betul menjadi. Itu lebih penting. 

Di sini akan dikongsikan salah satu daripada resepi roti puri yang mudah untuk di buat. Nanti bolehlah pakat sama-sama cuba masak roti puri homemade untuk dinikmati seisi keluarga. Aku sendiri dah lama tak makan roti puri ni jadi bolehlah minta isteri tolong buatkan. InshaAllah.

Resepi Dan Cara Untuk Buat Roti Puri Yang Simple Dan Sedap 

#1 - Bahan & Cara Buat Resepi Roti Puri Sedap Ada Yis

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis mauripan / baking soda
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar marjerin planta
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • 3/4 cawan air suam

Cara untuk membuatnya : 

#1 - Campurkan semua bahan kecuali air suam ke dalam sebuah bekas yang agak besar. Gaul kering hingga sekata dan berderai-derai.

#2 - Masukkan air suam dan uli semuanya hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan

#3 - Bulatkan kecil-kecil, letakkan dalam bekas yang bertutup kemudian biarkan selama lebih kurang 30 minit. 

#4 - Setelah di perap, uli adunan hingga menjadi nipis dan bolehlah di goreng. Masa goreng tu jangan lupa untuk simbah-simbahkan minyak dalam kuali tu di atas roti, barulah ia menjadi kembung dan mengembang.


#2 - Bahan & Cara Buat Resepi Roti Puri Sedap Tiada Yis

  • 500 gram tepung gandum
  • 270 milimeter (ml) air suam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan garam

#1 - Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang licin di tangan. Bulatkan kecil-kecil dan canai sehingga menjadi nipis.

#2 - Goreng dengan api yang sederhana dan semasa di goreng simbah-simbahkan api di dalam kuali ke atasnya supaya roti mengembang dan kembung. Balikkan dan setelah nampak kekuningan, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Kalau betul-betul rasa malas nak buat, apa susah! Beli je roti puri frozen.. selesai masalah




1 Comments:


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100