Himpunan Doa Memulakan Kerja, Elok Di Baca Waktu Awal Pagi

Wednesday, 11 March 2020

Himpunan Doa Memulakan Kerja, Elok Di Baca Waktu Awal Pagi

Himpunan Doa Memulakan Kerja, Elok Di Baca Waktu Awal Pagi | Setiap orang mahu kerja yang berkah, barulah rezeki yang dapat terasa dekat di hati. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan doa sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Tak kisahlah kerja di office ataupun sebagai petani sekalipun, yang penting kerja itu halal untuk kita berkerja agar mendapat rezeki yang berkah.

Jangan ingat nak makan je kena makan doa, nak start buat kerja pun kena baca doa juga sebelum mulakan tugas tu. Ala baca doa sekejap je, bukannya lama pun! Lagipun Islam ini mudah hinggakan dengan niat nak ke tempat kerja bagi mencari rezeki yang halal untuk anak isteripun dah dikira ganjaran pahalanya.

Di sini akan aku kongsikan doa sebelum memulakan sesuatu kerja dan semoga kita sama-sama dapat mengamalkan bacaan doa ini dalam urusan hidup kita masing-masing.

Himpunan Doa Sebelum Memulakan Kerja (Awal Pagi)






"Ya Allah ! Ya Tuhan kami. Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini."


Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.


Ya Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami. Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami.


Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.

Jangan Lupa Berdoa Dan Semoga Segalanya Dipermudahkan

Itulah sedikit sharing untuk doa sebelum memulakan kerja. Semoga sharing untuk doa sebelum memulakan tugas ini bermanfaat dan semoga kita sama-saling terus berusaha dalam bidang kerja masing-masing. Aamiin





                                                                    

0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100