Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Drama Astro Ria : Episode 1 - 16 (Akhir)

Wednesday, 5 February 2020

Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Drama Astro Ria : Episode 1 - 16 (Akhir)

Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Drama Astro Ria - Episode 1 Hingga Akhir | Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami hasil dari novel karya Syamnuriezmil nampaknya semakin mendapat tempat di hati para peminat drama melayu genre cinta dan famili. 

Tolong Sempurnakan Cerita Mami yang telah ditayangkan melalui Astro Ria ni ramai yang tonton dari satu episode ke satu episode. Mungkin kerana drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini diangkat dari novel yang ramai membacanya juga, maka secara tidak langsung ramai penonton menjadi pengikut setia drama ini setiap kali ia ditayangkan. 




Bagi yang belum mula menonton drama Tolong Sempurnakan Cinta Mami ini, ia ditayangkan melalui Astro Ria slot MegaDrama. Ia telah mula ditayangkan  pada 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.  Drama ini merupakan arahan Eyra Rahman terbitan Dear Creative Media. 


JUDUL : TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Dear Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar



BARISAN PELAKON DAN WATAK

Fatimah Noryyah sebagai Deena
Isyariana sebagai Razean Safiya
Fizz Fairuz sebagai Aun Adwa
Alvin Chong sebagai Harez 
Umairah sebagai Mikaela
Ken Ridzuan sebagai Mirza
Nasz Sally sebagai Hani
Azizah Mahzan sebagai Auni
Eleena Sui sebagai Bella

LAGU TEMA / OST 

Aizat Amdan - Waktu 

SINOPSIS TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Adeena Aurell (Addie). Kanak-kanak ini berusia sepuluh tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. 

Suatu masa, penceraian kedua ibubapanya telah menyebabkan kehidupan Addie menjadi terganggu. Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Akhirnya, Addie nekad dan mula membuat rancangan untuk menyatukan kembali mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie yang dibuat semuanya gagal!

Suatu harti, muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku. Cikgu Ku mengetahui banyak perkara tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku adalah kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.




Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu boleh terputus? Persoalan itu telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku. Apakah yang akan terjadi? Dengan siapa Mami Addie ini akan disatukan sebenarnya? 

Untuk tahu jalan cerita yang dari awal hingga akhir boleh terus baca kisah drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini di Astro Ria. Jika terlepas boleh tonton secara online melalui perkongsian link di bawah.


TONTON ONLINE DRAMA EPISODE 1 - 16 (AKHIR)

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI - EPISODE 13
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI - EPISODE 14
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI - EPISODE 15
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI - EPISODE 16


Kesimpulan :


Cerita ini menarik dan membuatkan kita ikut rasa sedih dan terhibur dalam satu masa. Telatah pelakon kanak-kanak yang ada dalam drama ini juga seronok dan berbakat. 


1 Comments:


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100