Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Koleksi Ayat Jiwang Sedih Untuk Lelaki Dan Perempuan

Koleksi Ayat Jiwang Sedih Untuk Pujuk Si Dia Yang Merajuk | Korang sedang mencari ayat jiwang sedih untuk memujuk hati si dia yang sedang merajuk? Tak perlu lagi nak pening kepala. Di sini akan dikongsikan beberapa senarai koleksi ayat jiwang sedih tahap cinta sweet giler untuk digunakan.

Ayat ini juga boleh digunakan sebagai ayat cinta sedih untuk lelaki dan perempuan. Nak guna ayat yang mana terpulanglah pada situasi dan kesesuaian. 

Jangan ingat ayat jiwang hanya bersifat sweet giler saja. Malah ayat jiwang sedih juga ada. Dan ayat jiwang sedih ini tak sama seperti ayat jiwang deep atau ayat jiwang broken ytang sering digunakan sebagai ayat sedih putus cinta tu.




Antara contoh ayat jiwang sedih yang ada dalam koleksi saya ini adalah ;


AYAT JIWANG CINTA SEDIH UNTUK LELAKI 


Saya tahu awak cukup perfect! Sebab itu saya boleh jatuh cinta dengan awak.... 
Tapi janganlah dera perasaan cinta saya begini.. 
Saya tak minta lebih, jika awak dapat call sehari sekali pun saya dah cukup suka. 

Hari ni, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan.... dan bila-bila.
Tak ada siapa yang saya rindu melainkan awak. 
Jadi tolonglah jangan buat saya tertunggu-tunggu rombongan meminang dari awak tu.

Cincin berlian saya suka! Cinta emas pun saya suka!
Tapi jika awa beri cincin perak sekalipun saya terima. 
Sebabnya, segala pengorbanan awak selama ni jauh lebih baik dari semua tu.

Jodoh bukannya kerja kita sebab tu hari-hari saya sedih. 
Saya sedih kalau-kalau ada orang lain yang lebih dulu masuk meminang saya dari awak!

Saya menangis bukan sebab saya tak suka awak tapi saya menangis sebab terlalu excited kerana berjaya membuka pintu hati awak. 

Saya tahu ramai perempuan sukakan awak. Saya sedar siapa saya. Apapun saya akan tetap bertahan demi cinta kasih dan sayang saya pada awak. 

Jika awak rasa awak tak ada siapa-siapa, awak silap! Awak tetap ada saya walau apa jua yang berlaku. Saya akan sentiasa ada di sini selagi awak tak buang saya dari hidup awak.

Saya hanyalah seorang perempuan. Saya tak ada kuasa untuk pujuk ibu ayah saya masuk meminang awak. Kerana itu, jika benar awak rasa saya adalah yang terbaik untuk awak. Apa kata awak mulakan langkah untuk kita cepat-cepat dapat hidup bersama. 

Seribu kali awak rindu pada saya, sejuta kali saya rindu pada awak. Jadi janganlah awak tanya kenapa saya nampak muram setiap kali bertemu dengan awak. Saya muram bukan kerana saya benci tapi saya muram kerana bersedih sebab terpaksa menanggung rindu dari hari ke hari. 

Maafkan saya! Saya tak dapat nak dengar cakap awak! Walau awak dah kata yang saya ini terlalu sempurna untuk awak tetapi hati saya tetap degil untuk terus jatuh cinta pada awak juga. 




AYAT JIWANG CINTA SWEET + SEDIH UNTUK PEREMPUAN 


Saya tak ada harta. Saya hanya ada cinta. Kalau awak rasa saya layak, terimalah cincin tanda jadi dari saya ni.

Saya tak reti nak bermadah pujangga macam penyair. Saya juga tak reti nak gubah lagu tangkap leleh untuk cairkan hati awak tu. Apa yang saya reti hanya beri kasih sayang yang tak berbelah bagi dari dulu, kini dan selamanya. 

Cinta selalunya akan ada bahagia, namun disebalik kebahagiaan itu memang ada kesedihan juga. Jadi biarlah saya menjadi pemberi bahagia dan penghapus airmata di kala awak berduka.

Saya tak cukup sempurna tetapi awak adalah perempuan yang sudah cukup sempurna di mata saya. Maafkan saya kerana tak mampu memberi yang lebih baik dari ini untuk awak. 

Janggut saya saja yang sejemput tapi hati saya tak sejemput ni. Cinta saya besar sampaikan awak tak dapat nak bayangkan macamana. Sebab tu saya cukup sedih bila awak cakap saya tak sayangkan awak. 

Awak bahagia saya bahagia. Awak sedih saya ikut sedih. Awak menangis saya akan ikut sama berduka. Jadi tolonglah jangan bersedih kerana saya tak sanggup nak lihat airmata awak tu menitis. 

Tubuh saya mungkin di sini tapi hati saya dah hilang di bawa pergi oleh awak. Saya sedih bukan kerana sakit hilangnya hati tu tapi saya sedih sebab tak dapat nak berdiri di sisi awak selalu macam dulu. 

Tangan saya kasar tak apa asalkan tangan awak tetap halus. Hati saya robek tak apa asalkan hati awak sentiasa happy selalu. Cinta saya terpinggir tak apa asalkan cinta awak mekar selalu. Jika awak rasa rindu tolehlah pada saya walaupun hati awak masih belum tahu adakah saya yang benar-benar awak tunggu. 

Hari ini saya di sini kat sisi awak. Esok lusa belum tentu lagi. Hari ini hati awak ada pada saya tapi esok lusa belum tentu jua lagi. Tapi, yang pasti hati saya akan tetap menyebut nama awak kerana awak adalah kekasih yang boleh membuat saya bahagia. 

Jika ayah awak cakap tidak janganlah awak juga cakap tidak. Tolonglah pertahankan saya di mata ayah awak kerana cinta saya pada awak memang dah tak dapat dibendung lagi. Andai saya tetap nampak tiada nilai di mata ayah awak tapi tolonglah pertahankan saya demi cinta kita berdua. 

Saya mengaku! Saya dah jumpa 10 perempuan. Tak, saya dah jumpa 100 perempuan. Eh, rasanya dah saya dah jumpa 1000 perempuan. Maafkan saya! Tapi ketahuilah dalam 1000 perempuan ini, hanya awak 'seorang', 1 saja... yang bertakhta di hati saya. 

Awak cakaplah awak benci saya sampai berjuta kali sekalipun! Sekali saya dah cinta awak, selamanya saya akan terus cintakan awak! Awak memang takkan berjaya untuk tipu saya kerana airmata awak tu adalah bukti nyata betapa awak sangat sayang dan cintakan saya. 




Itulah dia antara koleksi ayat-ayat jiwang dengan nada sedih tapi tetap sweet giler untuk lelaki dan perempuan. Ayat jiwang sedih begini boleh luahkan rasa hati yang tengah sedih, rindu, risau dan sebagainya.

Jika rasa tak mampu nak digunakan secara berdepan, bolehlah digunakan dalam bentuk SMS, whatsapp, voice mail dan sebagainya.


1 comment for "Koleksi Ayat Jiwang Sedih Untuk Lelaki Dan Perempuan "