Kang Gary Dedahkan Kehidupan Bersama Anak Isteri Pada Umum -->

Saturday, 1 February 2020

Kang Gary Dedahkan Kehidupan Bersama Anak Isteri Pada Umum

Akhirnya, Kang Gary Dedahkan Kehidupan Bersama Anak Isteri Pada Umum | Jika anda peminat setia kepada rancangan RuningMan dari Korea, anda pasti akan kenal dengan Kang Gary. Ya, Kang Gary. Hingga ke hari ini, walaupun Kang Gary sudah keluar dari rancangan RunningMan itu namun masih ada peminat yang masih berharap untuk beliau kembali. Mujur juga RunningMan sudah ada dua ahli baru iaitu So Min dan Se Chan.

Apa yang lebih membuatkan nama Kang Gary di sebut-sebut adalah kerana kehidupan peribadinya sendiri. Rata-rata peminat menjadi terkejut apabila Kang Gary membuat keputusan untuk keluar secara tiba-tiba dari rancangan RunningMan yang amat popular itu. Apabila di tanya, alasan yang diberikan adalah untuk menumpukan perhatian pada dunia muzik rap dan pengubahan lagu.

Akan tetapi, kisah peribadi Kang Gary terus di buru dan akhirnya ternyata Kang Gary telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya. Bukan dengan Song Jihyo yang sering digandingkan bersamanya sebagai Monday Couple tetapi dengan salah seorang pekerja di syarikatnya sendiri.

Sebaik saja berkahwin, Kang Gary banyak memberitahu melalui Instagram tanpa mendedahkan wajah isterinya sama sekali. Tidak lama selepas itu, Kang Gary selamat menerima seorang bayi lelaki. 



Bermula dari detik itu, bekas anggota Running Man Kang Gary ini sering di buru untuk mengetahui wajah dan identiti anak isterinya. Hinggalah satu masa akhirnya Gary berkongsi beberapa foto anaknya itu untuk tatapan umum terutama para peminatnya. Namun pada detik itu gambar isteri Kang Gary masih disembunyikan lagi. 


2020 - Kini Kang Gary Sedia Dedahkan Kehidupan Bersama Anak Isteri


Setelah berdiam diri selama beberapa tahun, akhirnya pada tahun 2020, Kang Gary sendiri telah setuju untuk mendedahkan kehidupan bersama anak isterinya pada umum secara ekslusif melalui satu rancangan realiti TV. Rancangan ini di beri nama The Return Of Superman yang menampilkan 'kehidupan' anak bersama bapa kesayangan. 

Kini identiti isteri kepada bekas anggota Running Man, Kang Gary ini turut didedahkan juga. 


Ramai yang tidak sabar untuk melihat Kang Gary, isteri dan anak sulungnya itu. Siapa sangka setelah lama tertanya-tanya, kini Kang Gary sendiri tampil dengan penampilan yang sangat boom demi untuk menebus segalanya kepada peminat. 

Jika dulu Kang Gary mengejutkan peminat dengan menarik diri dari RunningMan, kali ini Kang Gary sekali lagi mengejutkan peminat dengan penampilannya dalam rancangan tersebut. 

Nak lihat Kang Gary bersama anaknya? Nak lihat juga wajah isteri Kang Gary? Nak lihat bagaimana rupa rumah kediaman Kang Gary serta gaya kehidupannya yang baru sebagai seorang suami dan ayah? 



Jangan lupa untuk menonton  'The Return of Superman' dengan kemunculan Kang Gary sebagai penyertaan terbaru. Rancangan ini akan bersiaran lebih awal di Korea dan akan dimuatnaik secara menyeluruh untuk tontonan seluruh dunia pada hari Ahad (Suday) sekitar jam 6pm ke atas. Untuk Kang Gary, episode untuknya akan bermula pada 02.02.2020 (Episode 323)

Bagaimana nak tonton? Boleh klik DI SINI 





0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100