Benarkah Sajat Kena Tangkap Hingga Dibawa Keluar Dari Makkah

Monday, 3 February 2020

Benarkah Sajat Kena Tangkap Hingga Dibawa Keluar Dari Makkah

Benarkah Sajat Kena Tangkap Hingga Dibawa Keluar Dari MakkahDalam Malaysia dok pening kepala isu corona virus, sekarang ni timbul pula isu Sajat. Jika korona virus cuba untuk dikeluarkan dari Malaysia manakala Sajat pula 'dibawa keluar dari bumi Makkah'. 

NUR SAJAT, sebut nama Sajat saja satu Malaysia dah kenal. Siapa yang tak kenal Sajat yang penuh dengan kontrovesi melibatkan isu 'jantina antara lelaki dan perempuan'. Saya selaku seorang lelaki sememangnya tak ada kaitan dengan isu sebegini tapi dalam masa yang sama saya sendiri naik pelik campur hairan. Persoalan siapa Sajat sebenarnya masih lagi bermain kat fikiran. 




Dari pembacaan, isu Sajat berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah baru-baru ini telah hangat dikecam oleh netizen.  Masih belum reda lagi isu Sajat menunaikan umrah dan berpakaian seperti wanita di Tanah Suci, kini timbul satu lagi isu baru. Isu ini dikatakan yang Sajat telah ditangkap di Mekah. 

Sekarang, banyak pihak telah mula bercerita tentang Sajat. 

Antaranya di NST dengan ayat "Muhammad Sajad Kamaruzzaman or Nur Sajat, whose gender has been a subject of debate for years, recently went to Makkah for umrah.The issue blew up on social media when videos shared by the entrepreneur showed Nur Sajat donning the telekung (female prayer attire) in Makkah."

Dari lamanweb Berita Harian pula, "Agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci."

Tidak hanya itu, melalui lamanweb HMetro, "Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, beliau sudah menghubungi Pejabat Mufti berhubung isu Sajatdari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri"




Sebenarnya pemergian Sajat untuk menunaikan umrah itu memang sudah mendatangkan resah pada banyak pihak. Ia bukan saja dikalangan nitizen malah Pencetus Ummah PU Amin turut meluahkan rasa bimbang. 

MEDIA sosial juga ikut kecoh apabila usahawan kosmetik Nur Sajat berkongsi foto dan video ketika mengikuti rombongan mengerjakan umrah tersebut. Sama macam saya sendiri, masing-masing hairan, risau dan campur resah. Ini bukan soal busy body tapi ini melibatkan soal agama yang patut kita semua ambil peduli. 



Kini isu penampilan Nur Sajat ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, sudah semakin dipandang serius oleh ramai orang. Lagi-lagi apabila keluar cerita yang Sajat ditangkap di Mekah begini. 

Pengasas Albayt Travel (M) Sdn Bhd., Sofwan Che Seman akan menemui menteri bagi memberi penjelasan mengenai isu Sajat tunai umrah. Menurut Sofwan, beliau telah diundang untuk menemui Mujahid bagi memberi penjelasan berhubung kronologi pemergian Sajat ke Tanah Suci menerusi pakej yang diuruskan syarikatnya.



Jurucakap Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan  Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana. Maka situasi sebenar masih lagi menjadi tanda tanya. 

Kalaulah betul telah ditangkap di lapangan terbang Jeddah, harap-harap janganlah sampai perkara ini boleh mendatangkan masalah pada bakal jemaah umrah yang lain untuk berada di Jeddah, Mekah dan Madinah khususnya. 


Sajat Pakai Telekung Undang Perhatian Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa



Sesudah sampai di Mekah, Sajat memakai telekung yang dikhususkan kepada wanita dan melakukan ibadah umrah di Mekah.
Perbuatan itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang kesal dengan kelakuan Sajat dan kini menunggu laporan lanjut mengenainya.
“Sudah tentu kita rasa kesal dia telah menjejaskan imej Islam. Sebagai seorang dalam IC (kad pengenalan) lelaki dan lelaki secara biologinya, pergi Mekah naik flight elok pakai lelaki dan sampai Mekah pakai telekung macam wanita dan pergerakan, tempat sembahyangnya tempat wanita dan menimbulkan rasa tak selesa,” katanya.

Allah SWT Maha Mengetahui 


Tugas kita sebagai nitizen. Walaupun terasa sedih tapi jangan sampai tahap kecam dan hina. Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. Allah SWT mengizinkan Sajat untuk jejak kaki di sana maka sama-sama berdoa semoga Sajat ini di buka pintu hatinya.

 Moga Allah SWT memberi hidayah agar Sajat dapat 'menemui' dirinya yang sebenar. 

Semoga perbuatan ini dapat memberi iktibar pada mana-mana pihak yang patut mengambil iktibar tersebut.

Aamiin....


0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100