Tonton Cerekarama Dia Kembarku Di TV3

Thursday, 9 January 2020

Tonton Cerekarama Dia Kembarku Di TV3

Tonton Cerekarama Dia Kembarku Di TV3 | Pada 11 Januari 2020 pada pukul 10 malam melalui siaran TV3, peminat drama melayu boleh menonton drama Dia Kembarku. Drama Dia Kembarku ini diterajui oleh Emma Maembong sebagai watak utama di samping Lisdawati. 

Cerekarama Yang Ku Cinta (TV3) Dia Kembarku ini turut dibintangi oleh pelakon hebat yang lain dengan watak masing-masing. Telefilem ini diarahkan oleh Isma Yusoof dan terbitan dibawah Kembara Sufi Production Sdn Bhd. 




JUDUL : DIA KEMBARKU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 11 Januari 2020, 10 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Yuswaisar & Zhamida
PENGARAH : Isma Yusoof
PRODUKSI : Kembara Sufi Production Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Lisdawati, Norman Hakim, Raja Azmi, Baiq Balqis, Lalu Putera, Nadhif Sazali


Dia Kembarku akan ditayangkan dalam bentuk siaran penuh dan bolehlah di tonton pada waktu yang telah ditetapkan. Sedikit sinopsis mengenai drama ini, ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amina. Amina ini mempunyai raut wajah yang sedikit kekurangan 'ada juga yang anggap wajahnya buruk' namun Amina tidak pernah menyalahkan takdir.

Walau di kata apa sekalipun Amina sentiasa bersikap positif dengan tidak menyalahkan takdir itu walaupun sering di minta untuk menutup bahagian wajahnya yang agak kurang elok di pandangan mata dengan sapu tangan atau tuala kecil ketika berada di khalayak ramai.

Mungkin ada yang akan menganggap cerita ini seumpama kisah 'cinderella' namun hakikatnya ia lebih dari itu. Nak tahu apa jadi dan bagaimanakah kisah watak Amina ini sebenarnya, kenalah tonton sendiri di TV3 nanti. 


0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100