Maksud Lengkap Untuk Mimpi Mengandung Dan Bersalin - Abang Rock

Friday, 3 January 2020

Maksud Lengkap Untuk Mimpi Mengandung Dan Bersalin



Maksud Lengkap Untuk Mimpi Mengandung Dan Bersalin | Pernah tak alami mimpi mengandung? Tak kisahlah mimpi mengandung anak perempuan atau mimpi mengandung anak lelaki, yang penting mimpi mengandung dan melahirkan (bersalin). Abang yakin ramai yang pernah alami mimpi mengandung dan bersalin begini kan, cuma untuk diri abang sendiri tak adalah. Dah namapun lelaki.

Cuma hari ini saya nak kongsi beberapa maksud di sebalik mimpi mengandung ini di dalam Islam dan juga pandangan masyarakat. Walaupun ada yang menanggap mimpi ini adalah tanda peristiwa yang bakal berlaku di masa hadapan tetapi bagi saya mimpi ini tidak boleh dipandang serius. Namun tak salah untuk sekadar ambil tahu tanpa ingin percaya 100%.



Maksud Di Sebalik Mimpi Mengandung Dan Bersalin Untuk Beberapa Kategori

Pernahkah mimpi hamil atau melahirkan? Berikut ini beberapa penjelasan mengenai arti mimpi hamil dan melahirkan menurut beberapa kepercayaan.

1. Maksud Mimpi Mengandung Dan Bersalin
Bagi mana-mana perempuan yang mengalami mimpi diri sendiri mengandung sedangkan belum berkahwin itu mempunyai maksud yang diri akan bakal menemui jodoh (pasangan). Ini berdasarkan pemahaman orang Jawa.

2. Maksud Mimpi Mengandung Anak Perempuan Atau Lelaki

Mimpi mengandung itu tandanya akan beroleh rezeki yang lebih daripada kebiasaan. Anak itu adalah rezeki yang Allah kurniakan. Maka mimpi mengandung untuk anak perempuan mahupun anak lelaki boleh di anggap sebagai mimpi akan beroleh rezeki. 


3. Maksud Mimpi Mengandung Tapi Belum Kahwin

Jika seorang wanita mimpi mengandung tapi belum kahwin, ini berkemungkinan memberi maksud ada sesuatu perkara tidak elok. Ia mungkin dalam bentuk apa-apa ujian dalam masa yang terdekat.

4. Maksud Mimpi Hamil Dan Bersalin Selepas Menikah
Bagi wanita atau pasangan yang sudah lama menikah tetapi belum dikurniakan zuriat, pastinya mimpi ini amat membahagiakan. Mimpi hamil dan melahirkan begini tak ubah seperti sebuah berita yang baik. InshaAllah moga Allah makbulkan. Dan cara terbaik untuk situasi begini adalah dengan bersyukur kepada Allah SWT, banyakkan bertasbih pada waktu pagi dan petang dan teruskan sabar dalam menunggu.

5. Mimpi Melihat Orang Lain Hamil
Arti mimpi melihat orang lain hamil juga dikatakan mempunyai maksud yang baik. Ia juga dipercayai akan ada kaitan dengan kedatangan seseorang yang akan dapat memberikan rasa bahagia. Jika bermimpi sedang melihat ada banyak orang lain hamil juga hampir sama maksudnya. 

Walau mengalami mimpi mengandung (hamil) dan bersalin ini, namun harus diingat yang mimpi begini bukanlah sebuah petunjuk untuk masa depan. Apa yang bakal terjadi di depan hari itu semua tidak boleh di lihat dari dalam mimpi. 

Anggaplah saja yang mimpi ini sekadar sebuah mainan tidur. Jangan terlalu difikirkan sangat. Tak kisahlah mimpi hamil semasa sudah berkahwin ataupun mimpi mengandung dan bersalin saat belum bernikah sekalipun, mimpi hanyalah sekadar mimpi. 

Jika di tanya akan arti mimpi hamil dalam Islam, ia boleh dianggap ada kaitan dengan rezeki. Malah menurut bacaan yang di baca, bermimpi mengandung ini adalah sesuatu yang baik. Jadi tetapkan begitu saja dan jangan terlalu memikirkannya. Jangan terus di fikir sama ada arti mimpi hamil untuk wanita ini adakah petanda baik ataupun buruk. 




1 comment:

  1. Allahu. rasanya ada jugak penah bermimpi pasal mengandung ni :(

    ReplyDelete