Koleksi Ayat Deep Sentap Untuk Ex / Bekas Kekasih

Friday, 3 January 2020

Koleksi Ayat Deep Sentap Untuk Ex / Bekas Kekasih

Koleksi Ayat Deep Sentap Untuk Ex / Bekas Kekasih | Dok sesaja sambil tonton TV tetiba terdetik hati nak tulis contoh ayat deep sentap untuk ex (bekas kekasih). Eh, tak bermakna abang tengah ingat bekas kekasih ke apa, takde maknanya.. kan mengamuk bini kat sebelah! Ini sekadar perkongsian mengikut apa yang abang dapat fikirkan saja. Manalah tahu ada dikalangan korang yang memang tengah pening kepala dengan sikap teman lelaki / teman wanita yang tetiba naik hantu.

Pendapat abang kalau dah nampak bermasalah, baik putuskan saja. Soal jodoh ni Allah SWT boleh bantu! Tak payah nak pening kepala susah hati bagai. Ada jodoh, adalah... tak ada, ye tak adalah. Tapi tak dinafikan juga yang ada dikalangan bekas kekasih ni dengan sengaja nak buat kita sakit hati.


Koleksi Ayat Deep Sentap Untuk Ex / Bekas Kekasih 

Koleksi ayat-ayat Deep atau ayat-ayat sentap makan dalam ni hanyalah rekaan sendiri saja.. takde kaitan dengan sesiapa dan maaflah kalau ada yang rasa boring ye. Ayat status power abang kurang terror, kalau ada yang lebih terror silakan share kat ruangan komen di bawah tu nanti ok. 

Contoh #1 :
Maaf tanya, awak ni terlajak rindukan saya ke sampai hari-hari nak tunjuk muka depan saya?

Contoh #2 :
Terima kasih sudi datang berceramah depan saya tapi rasanya kalau saya dengar ceramah ustaz kat masjid lagi bagus kot!

Contoh #3 :
Saya tahu saya tak baik... saya tahu saya jahat... sebab tu jodoh kita dah tak ada. Tapi sekurangnya saya tak lah sejahat awak yang sengaja call ulang kali macam ni.

Contoh #4 :
Dalam banyak-banyak perempuan, awak antara orang yang saya sayang. Tapi! Itu dulu... sekarang saya dah buang nama awak jauh-jauh. Dah malas nak ingat lagi dah.

Contoh #5 :
Awak! Awak tahu tak saya rindukan awak. Eh silap... itu dulu... sekarang saya dah mula rindukan orang lain.. sorry

Contoh #6 :
Nama awak siapa ya? Kita pernah kenal ke?

Contoh #7 :
Kejap! Sebelum awak cakap banyak, saya rasa baik tahu yang saya akan kahwin hujung tahun ni.

Contoh #8 :
Saya sedih lihat awak ni! Sedih sangat sangat! Saya tak sangka seteruk ni awak angau kat saya.

Contoh #9 :
Nombor yang anda dail bakal ditamatkan perkhidmatannya... bye!

Contoh #10 :
Awak bukan jodoh saya dan saya bukan jodoh awak. Tak payah nak buang masa.

Contoh #11 :
Eh awak dengan saya ada apa-apa ke? Rasanya tak kan!

Contoh #12 :
Jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik-baik... saya bukan orang baik. Jadi tak payahlah nak susah payah datang jumpa saya lagi!

Contoh #13 :
Kekasih baru ke ni? Mangsa yang ke berapa agaknya ya? Tak kisahlah, goodluck!

Contoh #14 :
Dari bawa kekasih tengok wayang, baik saya bawa diri pergi solat. Terima kasihlah sebab sedarkan saya hari tu!

Contoh #15 :
Perempuan yang hebat tak akan menangis untuk lelaki dan saya adalah perempuan itu! 

Pernah rasa geram dan sentap dengan bekas kekasih? Pernah sengaja di cari pasal dengan kita konon sebab nak buat kita rasa sakit hati? Kalau ada, mungkin lepas ni boleh kasi ayat-ayat sentap untuk bekas kekasih yang sengaja suka cari pasal tu. Moga-moga dia akan berhenti menganggu.



Contoh-Contoh Ayat Sentap Yang Lain 

Contoh Ayat Sentap Untuk Perempuan Gedik 

"Perempuan tu Allah jadikan cantik-cantik dan lemah lembut bukan untuk nampak murah"

"Lelaki kalau dia nak kahwin bukannya dengan perempuan yang macam gini. Ingat tu!"

"Maaf saya tak berminat dengan perempuan yang mudah di ajak ke sana sini."


Contoh Ayat Sentap Untuk Perampas 

"Ingat ya! Hari ini awak rampas dia dari saya dan esok lusa mungkin akan ada orang lain yang rampas dia dari awak pula!"

"Mungkin pada mata kasar awak nampak macam perampas tapi di mata saya awak nampak macam penyelamat. Saya tumpang simpati kerana awak bakal akan lalui apa yang saya dah lalui dulu lepas ni."

"Awak boleh rampas dia dari saya tapi awak tak boleh rampas perasaan saya pada dia. Jaga-jaga! Takut nanti, esok lusa dia kembali semula pada saya."

Contoh Ayat Buat Lelaki Menangis

"Awak adalah orang yang paling saya cinta. Tapi sayangnya saya dah tak boleh cinta awak lagi macam dulu. Tak apalah, saya doakan awak bahagia. Awak memang layak untuk dapat orang yang lebih baik berbanding saya."

"Awak berhak dapat dia! Sebab dia ada segala-galanya untuk di beri pada awak. Saya sedar siapa saya dan saya doakan moga awak bahagia"

"Kalaulah suatu hari nanti awak dan saya bertembung. Saya minta awak jangan sesekali panggil nama saya. Biarlah kenangan antara saya dan awak terus jadi sejarah saja. Saya redha."


Kebiasaannya ayat cinta makan dalam ini boleh digunakan untuk menunjukkan rasa marah dan dalam masa yang sama boleh juga tunjukkan perasaan sebenar yang kita tidak ingin diganggu lagi. Semoga status ayat sentap ini digunakan dengan betul ke atas mana-mana kekasih yang benar-benar tak makan saman. Tapi ingat, seeloknya bercakap dengan baik dulu dan kalau benar-benar dah tak tahan, barulah di kasi ayat sentap ni untuk memudahkan cara. 

Seperkara lagi, mencintai seseorang tidak bererti jodoh itu akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Berkahwin juga tidak bermakna akan terus kekal bersama hingga ke jannah. Dan kasih sayang yang paling setia dan kekal hingga ke akhirat adalah kasih sayang kita terhadap Allah SWT. Jika ditakdirkan kecewa sekalipun, bangkitlah dan carilah jodoh lain yang lebih layak untuk dijadikan kekasih dan juga suami. Bersyukur juga kerana Allah SWT tunjukkan sikap sebenar si pasangan di saat belum lagi ucap ijab kabul untuk bernikah.




0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100