Manfaat Sayur Bayam Yang Patut Kita Semua Ambil Tahu

Tuesday, 31 December 2019

Manfaat Sayur Bayam Yang Patut Kita Semua Ambil Tahu

10 Manfaat Sayur Bayam Yang Patut Kita Semua Ambil Tahu | Apakah sayur bayam? Apa kandungan dan manfaat sayur bayam? Apa manfaat makan sayur bayam? Macam-macam soalan muncul untuk sayur bayam ni. Biasalah dulu hanya tahu yang bayam ni adalah sejenis sayuran yang mudah di beli di mana-mana. Bayam juga sayuran yang senang untuk tumbuh tapi tak pernah pula terfikir akan kandungan dan manfaatnya. 


Bayam atau sayur bayam atau daun bayam (Spinacia oleracea) adalah tanaman berbunga, sayuran berdaun hijau gelap berasal dari Asia. ayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran dan bayam ini ada banyak jenis sebenarnya. Ada bayam kampung, ada bayam merah, bayam brazil dan sebagainya. Paling penting ramai memberitahu yang bayam ini ada banyak khasiat dan manfaat. Sebab itulah bayam sering dipilih sebagai makanan tambahan bersama dengan hidangan nasi putih. 

Senarai 5 Manfaat Sayur Bayam 

#1 - Turunkan Kadar Glukosa
Manfaat bayam yang pertama adalah sebagai penurun kadar glukosa dalam darah. Ini kerana bayam mempunyai kandungan antioksidan.

#2 - Menjaga Sistem Kekebalan Tubuh
Manfaat sayur bayam yang seterusnya ini memang bagus. Siapa sangka dalam sayur bayam yang berwarna hijau ini turut ada kandungan vitamin C, A, folat serta magnesium. Semua kandungan yang ada dalam bayam ini dipercayai dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

#3 - Mencegah Anemia
Masalah anemia atau kekurangan darah sering berlaku dikalangan ibu hamil. Tak mengapa lepas ni boleh makan sayur bayam banyak-banyak. Ini kerana sayur bayam turut bermanfaat untuk mencegah anemia disebabkan oleh sumber zat besinya yang baik. 

#4 - Mencegah Asma
Terdapat kajian yang mendapati kanak-kanak yang sering diberi makan sayur bayam menunjukkan risiko yang lebih rendah untuk masalah asma berbanding dengan kanak-kanak yang kurang makan bayam.

#5 - Menjaga Kesihatan Kulit

Manfaat bayam yang satu ini pasti disenangi kaum wanita kerana makan bayam juga boleh bantu menjaga kesihatan kulit. 



Antara manfaat lain yang ada pada sayur bayam ini adalah :
  • Menurunkan Berat Badan
  • Mencegah Kanser
  • Baik untuk Kesehatan Mata
  • Menjaga Kesihatan Tulang
  • Mengatasi Hipertensi
  • Membuat Tubuh dan Fikiran Menjadi Lebih Rileks
  • Meningkatkan Kesihatan Gastrointestinal
  • Mempertahankan Fungsi Otak

[ Baca Juga : ]
+ Senarai khasiat daun sup untuk kesihatan 
+ Kelebihan dan Khasiat Taugeh yang mengejutkan
+ Khasiat dan kelebihan Sayur Sawi


0 Comments


:) :( hihi :-) :D =D :-d ;( ;-( @-) :P :o -_- (o) :p :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (y) (f) x-) (k) (h) cheer lol rock angry @@ :ng pin poop :* :v 100