Saturday, 16 November 2019

Pengorbanan Isteri Di Kaca Mata Suami (Atas Pengalaman Sendiri)

Pengorbanan Isteri Di Kaca Mata Suami (Atas Pengalaman Sendiri) | Adakah aku seorang lelaki yang perfect? Jawapannya tidak. Adakah aku seorang suami yang penyayang? Jawapannya aku masih ditahap biasa saja (sendiri mau ingatlah, sapa tak sayang bini oi). Dan kalau di tanya adakah aku sedar akan pengorbanan isteri terhadap aku? Jawapannya adalah iya. Iya aku sedar! Aku sedar dia dah banyak berkorban untuk aku dan anak-anak. 

Tapi, tidak malu aku katakan yang rumahtangga aku juga tidak setiap saat bahagia. Hey come on la.. ini rumahtangga tau. Bukannya main masak-masak kat bawah rumah, kipas-kipas dengan daun konon dok bersanding. Ini real bro! REAL. 





Tapi dalam masa yang sama aku bangga sebab dah berjaya bersama isteri kesayangan aku selama hanpir 18 tahun (tetiba aku rasa dah tua, haha). Aku kahwin bulan 12/2001 dan jumlah anak kami sekarang 6 orang. Haa hebat tak hebat isteri aku tu boleh beranak sampai 6 kali. Aku sampai hari ni tabik spring kat dia. Aku sendiri tak terfikir semurah ni rezeki aku dan dia. Memang terkejut jugalah kawan-kawan aku bila diberitahu aku anak dah 1/2 dozen. 


Aku pernah bayangkan camana kalau aku jadi pompuan kena ngandung ngan beranak. Adoi tobat sakit bro! Hilang akal aku. Masa sunat dulu pun dah rasa sakit ni kan pula nak hadap sakit beranak. Lagi-lagi untuk isteri aku yang kena harung enam kali. Wooo bab ni aku salute kat dia. 

Sebab tu kalau disebut tentang pengorbanan isteri terhadap keluarga, sebagai suami aku terus nampak satu demi satu kebaikan yang isteri aku dah buat. Yang pertama of course pengorbanan isteri aku untuk soal zuriat tapi sebenarnya lebih dari tu. 


Aku dah lama hidup dengan isteri. 


Aku dah lihat perubahan fizikal dia dari awal kahwin sampai sekarang.


Aku dah nampak betapa dia sangat utamakan family


Aku juga makin ringan tanggungjawab dengan bantuan dia selama ni

Benda-benda ni yang membuatkan aku sangat rasa berterima kasih dengan segala pengorbanan isteri yang aku dah rasa. Betapa dia perlu adjust gaya hidup lepas kahwin dengan aku, betapa dia sentiasa cuba untuk dengar cakap aku dan betapa dia sanggup susah payah tungkus lumus menulis untuk bantu ringankan beban aku. Ya, isteri aku juga seorang blogger malah dia yang lebih berpengalaman dari aku. 


Bila ada terbaca kes suami tidak ambil peduli kisah isteri, mengabaikan isteri dan memperlakukan sesuka hati kepada isteri, hey apa tu? Takkan masa mula kahwin sayang bagai nak rak lepas tu anggap macam hamba pulak. Tolong la bro, tak gentle la. 

Mungkin bila dah lama kahwin ada rasa boring dengan pasangan tapi janganlah fikir macam budak-budak tabika. Bila ada rasa tidak senang terhadap isteri ada baiknya lekas-lekas ingat semula segala pengorbanan isteri terhadap kita. Setan dok bisik di telinga tu jangan nak dengar sangat. Sebagai suami kita kena ingat bro! 

Walaupun tugas kita cari nafkah keluarga dan si isteri bantu uruskan tapi bukan setakat tu saja. Apa ingat senang ke nak jadi surirumah ni? Bro, gua dah try memang susah! Mau menangis sampai menitik sebaldi air mata jantan aku kalau kena buat hari-hari. Pada pasangan yang bermasalah tu, relaks. Jangan cepat melatah. Jangan juga bertindak melulu, takut menyesal nanti! 

Ada baiknya cari satu tempat, bawa berbincang dan jangan lupa ucapkan terima kasih sekali atas segala pengorbanan yang telah isteri lakukan selama ini. Isteri yang dapat suami baik tu pulak janganlah melampau sangat! Dengar cakap suami tu.. tarik telinga baru reti.

1 comment:

  1. perkongsian yang sangat bermanfaat untuk rumahtanggah terutama mereka yang bergelar suami

    ReplyDelete