Sunday, 22 September 2019

Pendapatan Pasif dan Aktif (Patutlah Ramai Orang Mahu Jadi Blogger)

Setiap pekerjaan yang dilakukan adalah dengan impian untuk menjana pendapatan yakni duit. Orang yang rajin akan bertambahlah incomenya dan orang yang malas pula sudah tentu tidak akan boleh menandingi pendapatan mereka yang rajin. 

Rajin dan aktif tidak bererti perlu kerjakan tulang empat kerat tu sepanjang masa berpeluh dan behujan panas semasa berkerja. Kalau nak tahu income ini ada dua jenis pendapatan iaitu pasif dan juga aktif, maka jika ada rajin berkerja tidak dinafikan dua jenis income ini boleh datang dengan sendiri tanpa perlu di paksa-paksa. 



Perbezaan Antara Pendapatan Pasif dan juga Aktif

Apa beza pendapatan aktif dengan pendapatan pasif? Aku percaya ramai yang dah tahu maksudnya tapi tak mengapalah, untuk yang masih samar-samar, pendapatan aktif menghendaki dan memerlukan masa dan tenaga untuk mengerjekannya. Antara pekerjaan yang tergolong di dalam pendapatan aktif ini ialah :


  • Gaji bulanan daripada majikan setiap bulan
  • Kerja lebih masa / ovetime
  • Elaun perjalanan, makan minum, pakaian dan lain-lain yang ada kaitan secara langsung dengan pekerjaan yang dimiliki.
  • Hasil komisen daripada jualan amanah saham
  • Hasil komisen daripada perniagaan takaful
  • Hasil komisen daripada jualan sesuatu produk



Manakala income pasif pula adalah sejenis pendapatan yang memerlukan pelaburan awal kemudian boleh duduk saja kutip hasil. Rahsia orang kaya atau bebas kewangan mereka lebih mengutamakan pendapatan pasif daripada pendapatan aktif. Antara pendapatan pasif tersebut adalah seperti yang berikut :


  • Dividen daripada pelaburan saham amanah yang dimiliki
  • Faedah daaripada simpanan tetap
  • Dividen daripada simpanan tetap di bank-banak Islam
  • Dividen dan bonus dari simpanan bank dalam akauan Tabung Haji
  • Sewa rumah, kedai, apartment, tanah dan lain-lain
  • Bayaran royalti daripada penulisan atau muzik
  • Dividen perniagaan 
  • Hasil iklan di blog daripada Adsense dan sebagainya 



Kerjaya dalam bidang penulisan yang melibatkan royalti sering menjadi pilihan dan kerjaya penulisan ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti:

1) Penulis buku –menghasilkan karya yang diterbitkan dalam bentuk buku
2) Kolumnis – menghasilkan artikel untuk majalah dan juga e-majalah
3) Blogger – mempunyai blog yang memuatkan hasil tulisan sendiri
4) Penyunting – menjalankan tugas menyunting hasil tulisan penulis lain
5) Penterjemah –melakukan tugas menterjemah sesuatu hasil tulisan/karya

Manakala pendapatan aktif ini pula adalah bayaran atau upah yang diterima mengikut sesuatu jenis pekerjaan yang dilakukan pada waktu tersebut,. Tidak kisahlah sama ada aktif mahupun pasif. Apa yang lebih penting hasil pendapatan tersebut harulah suci bersih dan halal sepenuhnya.  Gagal uruskan kewangan dengan baik boleh mendatangkan masalah yang besar dalam hidup. Setuju? Masalah ni takkan habis kalau kita

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi manakala penglibatan secara terus daripada pemilik bisnes makin berkurangan. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.




No comments:

Post a Comment