Sunday, 8 September 2019

Cara Mudah Untuk Cari Duit Poket Lebih Untuk Jadi Kaya, Cara No 7 Paling Win!

Cara Mudah Untuk Cari Duit Poket Lebih, Cara No 7 Paling Kacang! | "Duit duit, di mana kau duitttt...." Tetiba teringat lagu 'Duit Duit' nyanyian arwah Sudirman Hj Arshad. Mana taknya, zaman sekarang ni semua perlukan duit. Nak buang air kencing kat tandas pun kena bayar oi! Ko rasa? Kalau budak-budak takpelah boleh main pancut je... ni lelaki dah baligh kot! Nak tak nak terpaksalah bayar sen masuk tandas.

("Apa benda yang kau dah merepek sampai masuk bab buang air kecil pulak ni jahanammmmm...." Hahahaha... sorry, aku terlebih emo. Tersilap makan ubat barangkali ni.)

Berbalik pada tajuk entry ni, apakah 7 Cara Mudah Untuk Cari Duit Poket Lebih yang dimaksudkan ni? Kat sini aku akan kongsikan beberapa cara atau tips paling mudah untuk buat duit.



1. Buat Laman Web / Blog
Anda sudah semestinya banyak habiskan masa di internet bukan? Daripada habiskan masa melayari laman web orang lain, apa kata anda bangunkan laman web atau blog sendiri; dan biar orang lain pula yang layari laman web anda. Tapi bagaimana nak bangunkan laman web? Konsep apa pula yang sesuai? Pertama sekali, anda boleh guna aplikasi percuma seperti WordPress untuk bantu anda bangunkan laman web.

Kedua, anda perlu mempunyai hosting, search mana-mana hosting yang percuma atau murah sebagai permulaan. Paling senang pakai je blogspot! Habis cerita. Ketiga, apa yang anda minat untuk baca ketika di internet? Adakah isu kekeluargaan? Kereta? Smartphone? Apps? Apa yang penting anda tulis ikut hobi anda atau minat, barulah tak terasa penat untuk bangunkan laman web anda tadi. Dah ada laman web, barulah boleh masukkan iklan. Dah ada iklan, barulah boleh buat duit sambil tidur. Lagi ramai pelawat ke laman web anda, lebih banyak anda akan dapat. Antara penyedia perkhidmatan ini adalah Google Adsense, Innity dan Nuffnang.


2. Daftar Akaun Youtube Dan Buat Video
Samada anda sedar atau tidak, YouTube telah berjaya mencipta ramai jutawan. Anak-anak kecil pun cukup suka menonton video di YouTube, apatah lagi orang dewasa macam kita. Kalau #1 tadi anda perlu tahu serba sedikit teknologi IT untuk bangunkan lawan web, hosting, menulis dan sebagainya; kini anda hanya perlu ‘berlakon’ dan kemudian upload ke YouTube.

Anda suka nampak cantik? Cuba buat tutorial memakai make up supaya orang lain boleh belajar daripada anda. Anda suka buat kek? Cuba buat video mengenai langkah-langkah untuk buat kek moist tangkap leleh. Konsepnya sama saja, semakin ramai yang menonton video YouTube anda; lebih banyak dapat buat duit sambil tidur. Nasihat kami, janganlah diambil atau bahasa kasarnya curi video orang lain dan upload di YouTube tanpa rasa berdosa


3. Melabur Dalam Pasaran Saham
Pasaran saham Bursa Malaysia adalah merupakan lubuk emas yang tidak diketahui ramai. Tapi alhamdulillah sejak banyak seminar pelaburan saham dianjurkan oleh badan berautoriti di serata Malaysia, masyarakat mula celik dan memulakan langkah untuk melabur dalam saham. Sebagai pemegang saham, walaupun anda tidak memainkan peranan dalam syarikat yang anda labur, anda tetap menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan buat duit menerusi kenaikan harga saham dan dividen.

4. Jual Barang Online
Trend online shopping semakin mendapat tempat di Malaysia, dengan adanya laman web seperti Lazada, 11Street, Lelong, Mudah, Carousell dan sebagainya. Cakap je nak apa, mesti jumpa punya. Daripada anda menjadi seorang pembeli, apa kata anda menjadi seorang penjual online pula.

5. Berniaga Vending Machine
Anda biasa nampak mesin jual air? Jika anda dapat cari lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai, pastinya ianya sangat menguntungkan. Selain daripada air kosong, ada juga mesin jual air tin, jual keropok dan sebagainya.

Dan untuk pengetahuan, di negara maju seperti Jepun – nak beli apa pun boleh menerusi vending machine ini. Cuma pilih apa yang anda nak, bayar melalui telefon, dan ianya akan dihantar terus ke pintu rumah anda.

6. Sewakan Bilik Kosong Yang Ada
Anda beli rumah 3 bilik tapi duduk bersendirian? Atau sememangnya beli rumah untuk pelaburan? Daripada menyewa rumah dengan harga RM700 sebulan, lebih baik sekiranya sewakan kepada 3 orang dengan harga RM300 sebilik.

Master Bedroom biasanya boleh sewa mahal sikit, RM400 ke. Jadi dapatlah RM1,000 sebulan untuk 3 bilik. Tapi tengok tempat jugalah, tapi kalau dah beli rumah untuk pelaburan; anda pasti dah buat homework dulu kan sebelum beli?


7. Cari Pasangan Yang Kaya Dan Terus Ajak Kahwin
Haaa nak kaya cepat? Dah pening kepala tak tahu cara dan kebetulan pulak muka ensem dan masih bujang? Mudah je bro! Ko cari je mana-mana pompuan kaya yang baik lepas tu ajak dia kahwin. Gerenti hidup ko terus berubah total 360 darjah! Bukan setakat duit poket lagi dah, holiday sana sini hingga tahap tinggal dalam rumah besar pun dah boleh.

Tapi jangan pula kahwin sebab nak kikis harta. Kahwin dengan ikhlas untuk setia sampai ke jannah la bro. Duit gaji yang ada walau tak setanding income dia tapi tetap juga kena bagi sebagai nafkah setahap yang termampu. Barulah dia boleh hormat ko sebagai suami dan barulah juga dia pun rasa ikhlas dan happy nak tumpang kesenangan dia dengan kita. Biarlah kalau umur dia lebih sikit dari kita sekalipun yang penting perkahwinan tu di pasak dengan nilai keIslaman dan bukannya dek kerana godaan syaitan dan kemewahan semata-mata.


Usaha Dan Doa Tetap Perlu Ada Untuk Berjaya 

Okay sekarang dah tahu kan apakah cara-cara untuk cari duit poket lebih hingga jadi kaya raya. Namun suka untuk aku ingatkan yang sebenarnya kunci untuk sesebuah kejayaan tak kisahlah sama ada untuk jadi kaya atau sebagainya adalah USAHA.

Selain tu DOA. Mohon pada Allah SWT supaya dapat diringankan segala masalah dan supaya dapat dimurahkan rezeki yang mencurah-curah. Bila dah makin senang tu pula jangan lupa kasi sedikit pada yang memerlukan kerana hakikatnya di dalam setiap rezeki kita itu sebenarnya akan turut terselit rezeki orang lain.




2 comments:

  1. Teringin nak buat kerja parttime on9 tp x tahu di mana nak mula.

    ReplyDelete
  2. baru kali pertama singgah sini, banyak artikel menarik. done follow #111

    ReplyDelete