Tuesday, 27 August 2019

Wow! Ini Rupanya Kelebihan & Khasiat Taugeh (Betul-Betul Mengejutkan)

 Wow! Ini Rupanya Kelebihan & Khasiat Taugeh (Betul-Betul Mengejutkan) | Abang bukan seorang yang gemarkan sayur taugeh. Bila pesan makanan seperti mee goreng atau kuey teow goreng, selalunya memang wajib ada taugeh dalam menu ini dan abang antara orang yang kurang suka bila taugeh bersepah dalam pinggan. 

Abang akui Taugeh amat popular dalam masakan terutama kuetiau goreng dan seumpamanya kerana tanpa adanya taugeh rasanya kurang enak tapi apa nak buat, memang abang kurang gemar dengan taugeh ni. Mungkin disebabkan rupa bentuknya kot.... lagi satu abang rasa malas nak kunyah taugeh yang seakan bersepah di dalam mulut. Macam ganggu jer. 




Walaubagaimanapun, isteri abang seorang yang sangat sukakan taugeh. Isteri sering jadikan taugeh sebagai satu makanan yang perlu ada dalam diet beliau. Bila abang tanya kenapa suka sangat dengan sayur taugeh ni? Jawapannya kerana manfaat sayur taugeh sangat banyak dan penting untuk tubuh. Disebabkan rasa kurang yakin maka abang rajinkan diri untuk Google. Macam tak percaya je taugeh ni ada banyak khasiat! 

Lepas godek godek di internet, eh tak sangka rupanya memang betul taugeh ini ada pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu (termasuk diri abang sendiri). Tak sangka rupanya antara khasiat makan taugeh selalu boleh membantu kesuburan suami dan isteri. Jika selama ini, macam-macam usaha nak dapatkan zuriat tak berjaya maka bolehlah cuba amalkan makan taugeh selalu dalam diet seharian. Eh adakah kerana isteri suka makan taugeh maka anak abang boleh capai sampai 6 orang ni? Hahahaha... (tetiba jadi terfikir...)

Tauge ini juga bukan setakat baik untuk wanita sahaja. Tapi baik untuk semua (lelaki dan perempuan) dan elok untuk di makan oleh semua peringkat usia juga. Cuma apakan daya, bila sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak.





Inilah Khasiat Sebenar Sayur Taugeh Yang Ramai Orang Tidak Tahu


Tauge ini adalah tunas atau anak benih yang baru bercambah daripada kacang hijau. Tauge ini boleh dicambahkan dengan cara yang sangat mudah. Kerana itu ia boleh menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Taugeh ini juga sangat popular di dalam menu makanan semua negara terutamanya untuk Korea. Sedar ataupn tidak tauge ini mempunyai banyak khasiat seperti :

1. Kaya protein 
Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

2. Kaya enzim 
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

3. Kaya serat 
Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu kita mengawal berat badan.

4. Kaya antioksidan 
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

5. Kaya asid lemak 
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika kita mengambil taugeh sebagai alternatif

6. Kaya vitamin 
Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan kita sendiri. Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh?

Ternyata walaupun sayur taugeh ini ramai yang kurang gemar tapi sebenarnya sayur ini sangat bagus untuk semua. Abang sendiri nampaknya akan mula buka hati untuk makan tauge walaupun sebelum ni rasa berbelah bagi. Lepas ni kalau nampak sayur tauge yang digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan seperti kuetiau goreng, mihun goreng dan mi goreng, kenalah makan dan tidak hanya tinggalkan di tepi pinggan.



2 comments:

  1. great sharing
    fav sy ni hehe

    ReplyDelete
  2. saya suka taugeh tapi suami dengan anak2 tak suka. jadi kalau masak taugeh, saya sorang ja la yg makan. hahaha

    ReplyDelete