Sunday, 25 August 2019

Sila Elak Kereta Sambung Bayar, Jangan Cari Pasal Bro!

Zaman sekarang elok ada kereta.....

Beli kereta cash jika mampu......

Beli kereta hutang bank jika perlu......

Jangan cari penyakit dengan kereta sambung bayar!

Kereta Sambung Bayar Boleh Mengundang Bahaya 

Kereta sebenar di atas jalan bukannya kereta kontrol yang boleh di tukar si pemandu sesuka hati. Kereta yang ada tidak kisah dari jenama apa sekalipun, baik kereta kancil, kereta Axia, kereta bezza atau sebaliknya.... tolonglah beli dengan cara yang betul walaupun perlu mengeluarkan belanja yang lebih. 

Benar! Kereta sekarang jika mahu beli baru agak mahal tak seperti kereta control yang murah. Jika kurang mampu boleh saja beli secara hutang dengan pihak bank ataupun boleh juga beli kereta secondhand (kereta terpakai) yang sangat banyak di sana sini. Paling penting pastikan kereta tersebut ada dokumen yang sah dan bukannya kereta sambung bayar. 



NO! JANGAN CARI PASAL DENGAN KERETA SAMBUNG BAYAR..... 

Ini kerana telah ada banyak kes yang tidak elok melibatkan kereta jenis sambung bayar ini. Abang sendiri pernah hampir terkena bahaya dek kerana sebuah kereta proton yang abang sendiri tak berniat untuk beli sama sekali. Kes ni dah lama dan melibatkan sebuah proton wira milik salah seorang rakan. 

Nak dijadikan cerita masa tu abang baru saja berkahwin dan belum ada anak lagi. Belum juga ada kereta sendiri masa tu. Kebetulan salah seorang kenalan abang ni (bukan kawan rapat sangat) baru saja beli kereta dan tak boleh nak terus bayar. Jadi demi nak selamatkan namanya dari blacklist dan demi untuk halang kereta tu dari di tarik maka dia minta bantuan abang untuk bantu. 

Kereta baru loan kedai lagi tapi dah sangkut! Aduh! Fikir punya fikir, bincang punya bincang dengan isteri akhirnya abang buat keputusan untuk bantu tapi dengan syarat jika betul-betul dah terdesak sangat. Bukannya apa abang pun malas sebenarnya nak terlibat dengan masalah orang lain begini tapi jika betul perlukan bantuan InshaAllah. Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dia dapat bayar semula baki yang perlu dan selamatlah dari masalah. Mujur... nasib baik.. 

Beberapa tahun kemudian, sekali lagi abang terserempak dengan rakan abang ni. Kali ni dia masih lagi dengan kereta yang sama. Beliau turut minta maaf kerana hampir melibatkan abang dengan kes SAMBUNG BAYAR untuk keretanya dulu. Tak mengapalah, yang penting semua dah selesai dan mujurlah abang tak perlu terlibat dengan isu kereta sambung bayar tu. 

Kenapa kereta sambung bayar menyusahkan?

Sambung bayar kenderaan ni biasanya akan berlaku kerana penjual kereta masih lagi berhutang (membayar pinjaman) kepada bank. Apabila sudah tidak mampu untuk membayar hutang maka si empunya kereta ini akan mengambil jalan mudah dengan menjual kereta tersebut pada orang lain yang mampu untuk meneruskan bayaran kepada bank seperti biasa tiap bulan bagi mengelakkan namanya blacklist dan bagi mengelakkan kereta tersebut dari di tarik oleh pihak bank.

Sebagai contoh muda, kawan abang (A) beli kereta proton dari bank dan dia tak mampu bayar. Maka dia mahu jual kereta tersebut pada abang dan tugas abang sekarang adalah untuk meneruskan pembayaran seperti biasa pada pihak bank DAN kereta tersebut akan diserahkan pada abang selaku si pemilik yang baru. 

Tapi, dalam masa yang sama abang kena faham yang nama pemilik asal kereta tersebut sebagaimana yang tertera di atas geran masih tetap nama si A. Abang selaku empunya baru ni seolah-olah tak wujud pun dan jika si A datang ambil kereta tersebut pada bila-bila masa sekalipun abang tak ada hak untuk halang jika mengikut undang-undang. 

Selalunya si penyambung bayar ni akan termakan dengan ayat "beli kereta sambung bayar murah". Selain itu ramai juga yang termakan pujuk dengan ayat "kereta sambung bayar tanpa deposit", "kereta sambung bayar deposit rendah" dan "kereta sambung bayar direct owner". 

Nak jual kereta sambung bayar ni memanglah agak mudah kerana ramai sedang mencari kereta dengan harga murah tanpa deposit dan sebagainya tapi janganlah sampai timbul masalah di kemudian hari. 


5 Sebab Kenapa Kena Elak Kereta Sambung Bayar

1. Si Pembeli Sama Sekali Tidak Akan Dilindungi

2. Jika Kereta Masalah Dan Rosak Perlu Banyak Keluar Belanja

3. Nama Pemilik Kenderaan Masih Tetap Nama Owner Sebelum 

4. Penjual Kereta Juga Dalam Masalah Jika Pembeli Larikan Kereta Begitu Saja

5. Penjual Tak Boleh Buat Laporan Polis Jika Kereta Dilarikan Kerana Beri Secara Sukarela
6. Banyak Kenderaan Sambung Bayar Melibatkan Kereta Klon

Iklan kereta sambung bayar memang ada banyak dan sila pastikan jangan mudah terpedaya. Jika benar-benar sanggup sekalipun silalah fikir dulu berulang-ulang kali. Janganlah mudah setuju untuk perkara yang sebegini. 

Kan tak pasal-pasal dari rasa seronok nak ada kereta yang di beli dengan harga murah dah jadi masalah lain yang lebih susah. Jika belum mampu nak punya kereta, sabar sajalah dulu! Pakai dulu motor dan nanti bila dah ada cukup duit untuk bayar deposit belilah dengan kaedah yang betul dan sah. 


No comments:

Post a Comment