Thursday, 22 August 2019

Bro, Segera Ajak Kahwin Kalau Jumpa Gadis Dengan Sifat Begini

Zaman sekarang ni orang lelaki nak cari calon isteri mudah saja sebab banyak anak dara dan janda. Mana yang suka boleh masuk meminang. Cuma nak buat keputusan betul ke tidak tu bukan satu kerja senang. Lagi-lagi zaman sekarang yang harga hantanah dah macam nak beli tanah buat rumah!

Tapi Bro, suka untuk abang nasihatkan supaya ko segera tangkap nikah dengan mana-mana gadis yang ada ciri-ciri kat bawah ni. Abang tak suruh ko terus bawak dia nikah di Siam! Weh nak mampus?! Ini cuma sekadar nak ingatkan.

Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama. Lepas tu ko perhatikan sikap dia. Kalau dalam DNA calon isteri tu ada 7 sifat ni, haa jangan tunggu lama-lama lagi dah!! Laju-laju masuk meminang kan tak pasal terlepas ke tangan orang lain. Payah weh nak cari gadis macam ni zaman sekarang. 

Antara 7 Sifat Gadis Yang Ko Patut Cepat Buat Isteri ialah :

1. Tak Kisah Bila Di Bawa Makan Kat Gerai Tepi Jalan

2. Tak Malu Bila Di Ajak Naik Kereta Kancil SecondHand

3. Tak Pernah Buka Mulut Minta Hadiah Mahal

4. Tak Pernah Arah Kita Itu Ini Konon Untuk Kita Tunjuk Tanda Caring

5. Selalu Pesan Pada Kita Supaya Jangan Boros Dan Membazir

6. Nak Buat Kenduri Majlis Kecik Kecik Pun Dia Okay

7. Terima Kita Seadanya Walau Kita Kerja Biasa Dan Gaji Kecil Dari Dia


Zaman sekarang banyak yang pandang material. So nasihat abang kalau ko tu keja besar ada keta mewah ke hapa sekalipun, JANGAN BAWA KETA MAHAL masa keluar dating! Biar gadis tu ingat ko orang biasa saja takpe. Nanti dah settle test semua barulah ko bongkarkan siapa ko yang sebenar di depan mak pak dia masa meminang nanti. Gerenti terkebil biji mata bakal isteri!

Okay bro, goodluck! Semoga misi bertemu pasangan yang baik akan terlaksana... Ameen...



1 comment: