Tuesday, 27 August 2019

Cristiano Ronaldo to join exclusive Shopee Live stream on 28 August

KUALA LUMPUR, 27 AUG 2019 – The unveiling of Shopee’s latest brand ambassador, Cristiano Ronaldo, has created headlines across the globe. His dance moves in Shopee’s latest TVC are also trending online all over the region and the world. 


Keeping up the excitement, users in all markets can tune in to Shopee Live on 28 August at 9.30pm (+8 GMT) for an exclusive live stream with Cristiano Ronaldo. Direct from Italy, the stream will include a special interview with Cristiano Ronaldo, who will show off his skills and tackle questions from fans across the region. In addition, users can win signed merchandise by Cristiano Ronaldo during the stream. Stay tuned to Shopee’s app and social media platforms for the latest updates.

Shopee Live is the latest addition to Shopee’s range of popular in-app features. Launched this year to bring users closer to their favourite brands and sellers, the feature has been a huge success so far. Brands and sellers have recorded strong results on Shopee Live through a wide variety of content to engage users throughout the shopping journey, such as product guides, reviews, and demonstrations hosted by popular local influencers. To illustrate, influencer Tyra Kamaruzzaman launched her brand Beautyra’s latest lipstick on Shopee Live to huge success, with the product selling out in minutes and recording over 2,000 orders. 

Shopee Live’s success further reaffirms Shopee’s market leadership in delivering the best shopping experience for the region. According to the latest report by App Annie, Shopee is the number one shopping app in Southeast Asia and Taiwan by average monthly active users (MAU) in the second quarter of 2019. Shopee is also the most downloaded shopping app in the region during this time. This demonstrates Shopee’s consistent success in engaging its users, who regularly tune in to the platform to enjoy the best deals and a wide variety of features.

Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee said, “Online shoppers now demand more interaction and entertainment. Shopee Live is the latest addition to our collection of popular in-app features designed to meet this need. It has been very well-received, recording over 200 million views in the region since its launch. We are excited to bring users closer to Cristiano Ronaldo on 28 August as we continue to enhance the Shopee Live experience for everyone.”

The exclusive Shopee Live stream with Cristiano Ronaldo is in line with Shopee’s signature 9.9 Super Shopping Day, which will run till its grand finale on 9 September. Every day up till 9 September, users can look forward to the biggest collection of unbeatable promotions including free shipping with a minimum spend of RM9, up to 90% off the hottest products, and non-stop entertainment on Shopee Live. Some key highlights for Shopee Live are:

  • Countdown to 9 September with Shopee: Starting from 10pm on 8 September, tune in to Shopee Live for a countdown to 9 September featuring back-to-back live game shows. Users stand to win attractive prizes such as Samsung phones including the brand new Samsung Galaxy Note 10 during the stream.
  • Non-stop live shopping on 9 September: On 9 September, users can enjoy a full day of unbeatable deals on Shopee Live. There will be dedicated streams every 3 hours catered to popular product categories including Fashion, Health & Beauty, and Electronics.

Watch Cristiano Ronaldo on Shopee Live at https://shopee.com.my/m/CR7-ShopeeLive.

Find out more about Shopee 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/99 



Download the Shopee app for free via the App Store or Google Play.

Sunday, 25 August 2019

Zaman sekarang elok ada kereta.....

Beli kereta cash jika mampu......

Beli kereta hutang bank jika perlu......

Jangan cari penyakit dengan kereta sambung bayar!

Kereta Sambung Bayar Boleh Mengundang Bahaya 

Kereta sebenar di atas jalan bukannya kereta kontrol yang boleh di tukar si pemandu sesuka hati. Kereta yang ada tidak kisah dari jenama apa sekalipun, baik kereta kancil, kereta Axia, kereta bezza atau sebaliknya.... tolonglah beli dengan cara yang betul walaupun perlu mengeluarkan belanja yang lebih. 

Benar! Kereta sekarang jika mahu beli baru agak mahal tak seperti kereta control yang murah. Jika kurang mampu boleh saja beli secara hutang dengan pihak bank ataupun boleh juga beli kereta secondhand (kereta terpakai) yang sangat banyak di sana sini. Paling penting pastikan kereta tersebut ada dokumen yang sah dan bukannya kereta sambung bayar. 



NO! JANGAN CARI PASAL DENGAN KERETA SAMBUNG BAYAR..... 

Ini kerana telah ada banyak kes yang tidak elok melibatkan kereta jenis sambung bayar ini. Abang sendiri pernah hampir terkena bahaya dek kerana sebuah kereta proton yang abang sendiri tak berniat untuk beli sama sekali. Kes ni dah lama dan melibatkan sebuah proton wira milik salah seorang rakan. 

Nak dijadikan cerita masa tu abang baru saja berkahwin dan belum ada anak lagi. Belum juga ada kereta sendiri masa tu. Kebetulan salah seorang kenalan abang ni (bukan kawan rapat sangat) baru saja beli kereta dan tak boleh nak terus bayar. Jadi demi nak selamatkan namanya dari blacklist dan demi untuk halang kereta tu dari di tarik maka dia minta bantuan abang untuk bantu. 

Kereta baru loan kedai lagi tapi dah sangkut! Aduh! Fikir punya fikir, bincang punya bincang dengan isteri akhirnya abang buat keputusan untuk bantu tapi dengan syarat jika betul-betul dah terdesak sangat. Bukannya apa abang pun malas sebenarnya nak terlibat dengan masalah orang lain begini tapi jika betul perlukan bantuan InshaAllah. Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dia dapat bayar semula baki yang perlu dan selamatlah dari masalah. Mujur... nasib baik.. 

Beberapa tahun kemudian, sekali lagi abang terserempak dengan rakan abang ni. Kali ni dia masih lagi dengan kereta yang sama. Beliau turut minta maaf kerana hampir melibatkan abang dengan kes SAMBUNG BAYAR untuk keretanya dulu. Tak mengapalah, yang penting semua dah selesai dan mujurlah abang tak perlu terlibat dengan isu kereta sambung bayar tu. 

Kenapa kereta sambung bayar menyusahkan?

Sambung bayar kenderaan ni biasanya akan berlaku kerana penjual kereta masih lagi berhutang (membayar pinjaman) kepada bank. Apabila sudah tidak mampu untuk membayar hutang maka si empunya kereta ini akan mengambil jalan mudah dengan menjual kereta tersebut pada orang lain yang mampu untuk meneruskan bayaran kepada bank seperti biasa tiap bulan bagi mengelakkan namanya blacklist dan bagi mengelakkan kereta tersebut dari di tarik oleh pihak bank.

Sebagai contoh muda, kawan abang (A) beli kereta proton dari bank dan dia tak mampu bayar. Maka dia mahu jual kereta tersebut pada abang dan tugas abang sekarang adalah untuk meneruskan pembayaran seperti biasa pada pihak bank DAN kereta tersebut akan diserahkan pada abang selaku si pemilik yang baru. 

Tapi, dalam masa yang sama abang kena faham yang nama pemilik asal kereta tersebut sebagaimana yang tertera di atas geran masih tetap nama si A. Abang selaku empunya baru ni seolah-olah tak wujud pun dan jika si A datang ambil kereta tersebut pada bila-bila masa sekalipun abang tak ada hak untuk halang jika mengikut undang-undang. 

Selalunya si penyambung bayar ni akan termakan dengan ayat "beli kereta sambung bayar murah". Selain itu ramai juga yang termakan pujuk dengan ayat "kereta sambung bayar tanpa deposit", "kereta sambung bayar deposit rendah" dan "kereta sambung bayar direct owner". 

Nak jual kereta sambung bayar ni memanglah agak mudah kerana ramai sedang mencari kereta dengan harga murah tanpa deposit dan sebagainya tapi janganlah sampai timbul masalah di kemudian hari. 


5 Sebab Kenapa Kena Elak Kereta Sambung Bayar

1. Si Pembeli Sama Sekali Tidak Akan Dilindungi

2. Jika Kereta Masalah Dan Rosak Perlu Banyak Keluar Belanja

3. Nama Pemilik Kenderaan Masih Tetap Nama Owner Sebelum 

4. Penjual Kereta Juga Dalam Masalah Jika Pembeli Larikan Kereta Begitu Saja

5. Penjual Tak Boleh Buat Laporan Polis Jika Kereta Dilarikan Kerana Beri Secara Sukarela
6. Banyak Kenderaan Sambung Bayar Melibatkan Kereta Klon

Iklan kereta sambung bayar memang ada banyak dan sila pastikan jangan mudah terpedaya. Jika benar-benar sanggup sekalipun silalah fikir dulu berulang-ulang kali. Janganlah mudah setuju untuk perkara yang sebegini. 

Kan tak pasal-pasal dari rasa seronok nak ada kereta yang di beli dengan harga murah dah jadi masalah lain yang lebih susah. Jika belum mampu nak punya kereta, sabar sajalah dulu! Pakai dulu motor dan nanti bila dah ada cukup duit untuk bayar deposit belilah dengan kaedah yang betul dan sah. 


Tarikh 6 Ogos 2019 yang lalu, aku sempat meluangkan masa untuk sama-sama meraikan hari gembira penuh bahagia untuk semua. Bertempat di Kubang Kerian Kelantan daku berasa sangat teruja dengan adanya Rumah Ronald McDonald yang telah didirikan secara susah payah oleh pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia).

Pembinaan Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian, Kelantan ini adalah hasil sumbangan pelbagai pihak. Rumah penginapan sementara ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik disamping meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.



Ramai tetamu yang hadir pada hari tersebut dan aku paling tersentuh dengan kehadiran beberapa orang kanak-kanak yang juga merupakan pesakit pediatrik di Hospital USM itu sendiri. Kehadiran mereka dengan ditemani ibu bapa masing-masing membuatkan aku rasa amat bersyukur kerana tidak diberikan ujian yang berat seperti itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan entah tahap manalah dugaan mereka saat ini.

Aku lihat dikalangan kanak-kanak ini ada yang masih kecil. Aku tak salahkan takdir cuma sebagai manusia aku juga ikut turut bersimpati dengan nasib yang sedang mereka lalui. Sayangnya aku bukan insan hebat yang boleh bantu mereka semua. Menyedari perkara ini aku mulai sedar mengapa pihak RMHC sanggup bersusah payah untuk ringankan beban golongan ini. Almaklumlah rata-rata yang aku lihat bukanlah dari golongan yang agak berkemampuan.



Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini dengan selamatnya telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Ia merupakan rumah kedua seumpamanya di Malaysia. Rumah Ronald McDonald pertama telah dibina pada tahun 1999 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) Kuala Lumpur yang bakal menyambut ulangtahun ke-20. Di peringkat global, Rumah Ronald McDonald oleh RMHC kini mencecah 370 buah di seluruh dunia.


Dato’ Mohd Amar dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira melihat inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia. Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak mereka ketika menjalani sesi rawatan yang berpanjangan. Sudah pasti rumah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di bandar Kota Bahru ini.




RRM ditubuhkan di Hospital USM kerana terdapat keperluan yang amat tinggi di mana ia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Rumah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang kebanyakannya mendapatkan rawatan di sini, ia juga akan meringankan beban majoriti besar yang mengunjungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain.




Seiring dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu Hospital USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua (bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). Kewujudan Rumah Ronald McDonald di sini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “RMHC Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. Kita berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kita dapat menepati janji RMHC iaitu ‘Keeping Families Close’ atau memastikan famili sentiasa dekat bersama melalui kemudahan Rumah Ronald McDonald ini.”   




Azmir juga menekankan bahawa belanja pembinaan Rumah Ronald McDonald ini yang bernilai kira-kira RM4 juta tidak mungkin berjaya direalisasikan tanpa sumbangan ikhlas daripada pelanggan-pelanggan McDonald’s melalui tabung RMHC Malaysia di semua restoran McDonald’s di seluruh negara, syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga para francaisi McDonald’s.


“Kami berbesar hati dapat memberi kemudahan Rumah Ronald McDonald ini untuk kegunaan ramai, lebih-lebih lagi untuk rakyat Kelantan dan Pantai Timur. Diharapkan dengan adanya rumah ini, ibu bapa lebih senang hati dan selesa menghantar anak mereka untuk menjalani rawatan di hospital,” tambah Azmir.

Majlis Perasmian Rumah Ronald McDonald ini turut dihadiri oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang memaklumkan bahawa kewujudan Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini mampu mempercepatkan proses pemulihan pesakit-pesakit pediatrik. 


“Sokongan ahli keluarga sama ada fizikal atau emosi merupakan faktor penting bagi menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediatrik. Dengan adanya keluarga berada dekat dengan mereka dalam kawasan hospital, pesakit kanak-kanak ini akan lebih bersemangat dan gembira. Secara tidak langsung, kesan-kesan positif boleh dilihat sepanjang proses pemulihan.


“Pembinaan RRM Hospital USM ini menjadi pemangkin kepada USM khususnya Hospital USM dalam menzahirkan teras USM sebagai Universiti APEX di mana antara fokus yang diutamakan adalah aspek kesejagatan, kesejahteraan dan kemanusiaan khususnya golongan sasaran B40,” kata beliau.



Tidak hanya terikat dengan Rumah Ronald McDonald semata-mata, pihak RMHC turut berusaha untuk kempen yang lain juga. Antaranya ialah ‘Gift of Smile’ dan Pek Kembali ke Sekolah. Malah RMHC juga turut sama memainkan peranan untuk membantu kanak-kanak istimewa dengan menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang boleh digunakan di dalam Rumah Ronald McDonald. Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan juga Kebajikan.




Bagi yang ingin mengetahui info lanjut mengenai Rumah Ronald McDonald ini, ia adalah sebuah rumah yang di bina dengan kos yang agak tinggi dengan rupa bentuk yang sangat cantik. Luaran dan dalamannya turut di jaga rapi demi untuk memberikan keselesaan yang tinggi pada para penghuni. 


Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, Hospital USM, Kelantan

  • Bilangan bilik tidur: 18 (boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu-satu masa). 
  • Bilangan katil: 72 katil
  • Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald: Lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa
  • Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan


Rumah Ronald McDonald kini telahpun berjaya dirasmikan. Ia juga telah mula beroperasi untuk semua yang memerlukan. Dan sebagai salah seorang warganegara daku turut rasa terpanggil untuk memberikan bantuan sedaya termampu. Mujurlah di setiap cawangan McDonalds ada tabung merah maka dapatlah daku memberi sedikit derma setiap kali singgah menjamu selera bersama keluarga di McDonalds. Jika kalian punya hajat untuk memberi sumbangan secara terus juga amat dialu-alukan. 




Untuk sebarang info lanjut, sila hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Saturday, 10 August 2019

REALME LAUNCHED ITS MERDEKA ROADSHOW IN KOTA BHARU, KELANTAN
 With a range of exciting activities and prizes for Malaysians

KOTA BHARU, 7th August 2019 – realme Malaysia, a global technology brand today kicked off its realme Merdeka roadshow in Kelantan and introduced its new tagline ‘Dare to Leap’ as a brand that dares to take a leap forward. realme Malaysia is introducing its latest tagline to Kelantanese with a range of exciting activities and prizes from 7th until 12th August 2019 at Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan. 



“realme believes that everyone who dare to leap will create a change to the world. The younger generation who has adopted the attitude of “Dare to Leap” usually are the ones who break those boring rules which eventually lead to innovation and progress. Here at realme Malaysia, we will leap forward and bring our innovative technology to our young fans in Kota Bharu as we celebrate Merdeka month with realme Merdeka roadshow,” said Tiffany Teh, Brand Manager, realme Malaysia.

The tagline represents realme’s passion and spirit to provide fans with leap-forward experience in terms of performance, design and quality. The performance of our products will overwhelm users through powerful performance and superior configuration. Our products are designed for fashion and design lovers through our engagement with global design masters setting international design standards. 



“realme Malaysia is giving back to the community through realme Merdeka roadshow as we want to show our appreciation to the fans who have supported us throughout our journey in Malaysia. Hence, we will be offering our fans a huge variety of prizes and exciting activities to spend their time at the realme Merdeka roadshow. There will be a variety of activities available for fans to participate and win amazing prizes like smartphones and many more,” Tiffany added. 

Malaysian fans can warm up their muscles with Leap with Accuracy! where they get three chances to toss a ring and win some prizes. It might sound easy to you but accuracy is key at this stage. Fans who ‘like’ realme Malaysia’s Facebook page and follow its Instagram will get two additional ring tosses for this challenge. 



Participants who prefer something more challenging can participate in our intermediate level challenge called Leap with Speed! where they will compete in a car racing game. Participants who emerged as winners will receive limited edition realme pouches or bottles. 

Kids who love their soft toys will be given an opportunity to win a Pikachu toy by playing realme’s claw machine. Lastly, fans who purchased any realme smartphone at the roadshow will stand a chance to win a free unit of realme 3 Pro worth RM999. 

To find out more about our events and promotions, do follow us on our Facebook page as well as Instagram at @realmemalaysia.