Saturday, 27 July 2019

Penat Balik Kerja Hilang Bila Lihat Senyum Isteri

Suamiku Paling Sweet, Suamiku Encik Sotong, Suamiku Mr Perfect, Suami Sebelah Rumah, Suami Tanpa Cinta, Suami Aku Ustaz, Encik Suami Mat Salih Celup, haaa apa lagi... memang banyak betul tajuk drama tema suami ni! Abang sendiri pun tak leh nak ingat semua. Ini pun yang kebetulan abang nampak masa iklan dan yang ikut isteri tonton sekali sekala.



Bagi pendapat abang selaku suami sebenar kat dalam dunia nyata ni, kami para suami ni sama juga dengan para isteri. Kami juga mahu rumahtangga jadi aman bahagia dan kami juga mahu hidup happy suka riang gembira dengan melayan perangai lucu anak-anak. Tapi! Kami juga tak reti nak buat muka seronok tiap masa tambah-tambah kalau masa balik kerja lihat isteri dok tertiarap depan TV tanpa ada air manis sejuk mahupun panas atas meja.

Ooooo masa tu mau menyirap darah abang kalau berdepan dengan situasi ni! Bukannya apa secara tiba-tiba pula rasa macam seorang pekerja baru balik dari bekerja keras demi nak beri mem besarnya makan. Maaf cakaplah, memang benar tanggungjawab semuanya atas bahu suami dan memang benar juga soal beri nafkah makan minum pakai dan perlindungan ni tugas kami sebagai suami tapi apa susah benar ke kalau dalam masa yang sama layan kami macam raja. Bukan 24jam, at least masa balik kerja tu pun kami dah cukup bersyukur.

Abang sendiri takdelah perfect sangat! Abang ni banyak kekurangan hanya Tuhan saja yang tahu tapi syukurlah isteri abang tu seorang yang reti tentang erti sebuah kesabaran. Tapi kadangkala timbul juga naik angin kus kus dia tu... mungkin dia pun stress dengan kerja hakiki di tambah dengan kerenah anak-anak.

Yang pasti, selaku seorang suami suka untuk abang nasihatkan supaya jangan terlalu obses dengan suami-suami yang berlandaskan kisah dalam novel macam kat dalam TV tu. Jangan juga nak asyik berdating depan para 'suami' yang ada dalam skrin sampai suami sendiri naik hantu..

Abang ni saja menulis suka-suka untuk ingatkan saja... takde niat nak kata kat sapa... dannn jangan ingat juga ini yang berlaku kat abang sebabnya alhamdulillah balik rumah lepas kerja memang adalah apa saja yang boleh di makan atas meja kat rumah ni... cuma yang abang perasan kalau isteri hari tu hanya hidang biskut kering dengan teh o panas bermakna dia tengah penat yang amat sangatah tu.. no hal! Janji ada sesuatu yang abang boleh telan.. penat oiiii ... balik kerja ni memang sangat-sangat penat....

Sebab itulah, Saidatina Aisyah ada berpesan.... 
“ Wahai wanita(isteri-isteri) , jika kamu tahu (sebetul-betul) Hak-hak suamimu keatasmu, nescaya kamu akan membersihakn debu dikakinya(suamimu) dgn menggunakan pipimu"
Dan amati juga..... 
Sememangnya Rasulullah saw membasuh pakaiannya sendiri, menguli roti yang dimakannya, tetapi itu adalah untuk meringankan beban isterinya, dan kemuliaan peribadinya yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ia tidak sama sekali bermakna isteri tidak memiliki apa-apa tugas di rumah. Mengapa tidak diambil kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah yang mengadu sakit-sakit badan kerana banyak kerja rumah yang dilakukannya seraya meminta kepada Rasulullah agar diberikan seorang khadam, namun jawapan Rasulullah malah menyuruh Fatimah ra agar bersabar dan membanyakkan berzikir agar semua kepenatan itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.” – PU Rahmat Ikhsan

Selaku Suami Perlu Sedar Selalu Akan Kekurangan Diri

4 perkara Rasulullah kata yang mana kalau wanita buat, boleh memasuki Syurga dari mana2 pintu;
1. solat fardhu 5 waktu
2. berpuasa di bulan Ramadhan
3. menjaga kehormatan diri
4. mentaati perintah suami


Namun dalam masa yang sama abang selalu terbalikkan soalan ni pada diri sendiri. Bukannya apa, jika itulah perkara utama yang membolehkan para isteri masuk syurga maka seandainya abang ada terkurang apa-apa daripada perkara di atas maka sudah tentu-tentunya bau syurga itu sangat jauh dari diri sendiri. 

Sama-sama kita renung, sama-sama kita perbaiki diri dan sama-sama kita saling menghargai kerana hakikatnya bila tiba masa kita akan pejam mata dan tinggallah kita seorang hanya dengan berbekalkan amal. 


2 comments:

  1. bagusnya, semoga sentiasa jadi suami yang baik, Done follow #96, salam kenal

    ReplyDelete