Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY - Wangian Menarik Untuk Lelaki Aktif

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY abang baru saja cuba beberapa hari yang lepas. Disebabkan abang ni memang dah lama menjadi pengguna Dashing maka sudah semestinya tak nak terlepas setiap keluaran terbaru mereka. Dashing ni sebut namanya siapa yang tak kenal. Sebab itu Dashing ni masih lagi walah dah lama kerana ia memang ada peminatnya yang tersendiri. Contohnya diri abang sendiri, mula-mula guna seorang tapi sekarang ni dah kena share ngan anak bujang! 



Menariknya Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, ia berfungsi secara 2 in 1. Kalau dulu perlu beli dua jenis (deodorant dan juga perfume body spray) tapi kali ni hanya perlu beli satu dah boleh guna untuk 2 fungsi. Jimat belanja ni! Tak payahlah shopping macam-macam jenis dah. 


Antara abang dengan anak bujang, dialah yang lebih happy. Sebabnya dia memang sangat aktif dalam sukan. Salah seorang pelari wakil sekolah ni.... jogging tiap minggu dah jadi rutin cuma bapaknya ni je tak larat nak lari macam dia. semput dah oiii... dah tua kot! Jadinya bila ada Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, abang lihat dia lebih yakin untuk bersukan. 



Kalau nak tahu, Dashing Deo + Perfume Body Spray ni dibuat khas dengan tema bolasepak. Terdapat 4 (empat) jenis bauan kesemuanya yang dinamakan supaya ada kaitan dengan bola sepak ni. Abang rasa cara ini cukup unik sebabnya memang kaum lelaki macam abang ni ramai yang hantu bola. Walau tak main sekalipun mesti akan tonton juga bola sekali sekala. 


4 (Empat) Jenis Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY tersebut adalah : 


HATTRICK
Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK
Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.



SPEED
Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN
Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di:

DASHING MALAYSIA

2 comments for "DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY - Wangian Menarik Untuk Lelaki Aktif"

  1. nak jugak hidu bau dia macam mana tapi nak belikan utk sapa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli je utk diri sendiri cik itah... apa ada hal... habis2 wat spray dlm bilik.. ok what!

      Delete