Saturday, 27 July 2019

Suamiku Paling Sweet, Suamiku Encik Sotong, Suamiku Mr Perfect, Suami Sebelah Rumah, Suami Tanpa Cinta, Suami Aku Ustaz, Encik Suami Mat Salih Celup, haaa apa lagi... memang banyak betul tajuk drama tema suami ni! Abang sendiri pun tak leh nak ingat semua. Ini pun yang kebetulan abang nampak masa iklan dan yang ikut isteri tonton sekali sekala.



Bagi pendapat abang selaku suami sebenar kat dalam dunia nyata ni, kami para suami ni sama juga dengan para isteri. Kami juga mahu rumahtangga jadi aman bahagia dan kami juga mahu hidup happy suka riang gembira dengan melayan perangai lucu anak-anak. Tapi! Kami juga tak reti nak buat muka seronok tiap masa tambah-tambah kalau masa balik kerja lihat isteri dok tertiarap depan TV tanpa ada air manis sejuk mahupun panas atas meja.

Ooooo masa tu mau menyirap darah abang kalau berdepan dengan situasi ni! Bukannya apa secara tiba-tiba pula rasa macam seorang pekerja baru balik dari bekerja keras demi nak beri mem besarnya makan. Maaf cakaplah, memang benar tanggungjawab semuanya atas bahu suami dan memang benar juga soal beri nafkah makan minum pakai dan perlindungan ni tugas kami sebagai suami tapi apa susah benar ke kalau dalam masa yang sama layan kami macam raja. Bukan 24jam, at least masa balik kerja tu pun kami dah cukup bersyukur.

Abang sendiri takdelah perfect sangat! Abang ni banyak kekurangan hanya Tuhan saja yang tahu tapi syukurlah isteri abang tu seorang yang reti tentang erti sebuah kesabaran. Tapi kadangkala timbul juga naik angin kus kus dia tu... mungkin dia pun stress dengan kerja hakiki di tambah dengan kerenah anak-anak.

Yang pasti, selaku seorang suami suka untuk abang nasihatkan supaya jangan terlalu obses dengan suami-suami yang berlandaskan kisah dalam novel macam kat dalam TV tu. Jangan juga nak asyik berdating depan para 'suami' yang ada dalam skrin sampai suami sendiri naik hantu..

Abang ni saja menulis suka-suka untuk ingatkan saja... takde niat nak kata kat sapa... dannn jangan ingat juga ini yang berlaku kat abang sebabnya alhamdulillah balik rumah lepas kerja memang adalah apa saja yang boleh di makan atas meja kat rumah ni... cuma yang abang perasan kalau isteri hari tu hanya hidang biskut kering dengan teh o panas bermakna dia tengah penat yang amat sangatah tu.. no hal! Janji ada sesuatu yang abang boleh telan.. penat oiiii ... balik kerja ni memang sangat-sangat penat....

Sebab itulah, Saidatina Aisyah ada berpesan.... 
“ Wahai wanita(isteri-isteri) , jika kamu tahu (sebetul-betul) Hak-hak suamimu keatasmu, nescaya kamu akan membersihakn debu dikakinya(suamimu) dgn menggunakan pipimu"
Dan amati juga..... 
Sememangnya Rasulullah saw membasuh pakaiannya sendiri, menguli roti yang dimakannya, tetapi itu adalah untuk meringankan beban isterinya, dan kemuliaan peribadinya yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ia tidak sama sekali bermakna isteri tidak memiliki apa-apa tugas di rumah. Mengapa tidak diambil kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah yang mengadu sakit-sakit badan kerana banyak kerja rumah yang dilakukannya seraya meminta kepada Rasulullah agar diberikan seorang khadam, namun jawapan Rasulullah malah menyuruh Fatimah ra agar bersabar dan membanyakkan berzikir agar semua kepenatan itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.” – PU Rahmat Ikhsan

Selaku Suami Perlu Sedar Selalu Akan Kekurangan Diri

4 perkara Rasulullah kata yang mana kalau wanita buat, boleh memasuki Syurga dari mana2 pintu;
1. solat fardhu 5 waktu
2. berpuasa di bulan Ramadhan
3. menjaga kehormatan diri
4. mentaati perintah suami


Namun dalam masa yang sama abang selalu terbalikkan soalan ni pada diri sendiri. Bukannya apa, jika itulah perkara utama yang membolehkan para isteri masuk syurga maka seandainya abang ada terkurang apa-apa daripada perkara di atas maka sudah tentu-tentunya bau syurga itu sangat jauh dari diri sendiri. 

Sama-sama kita renung, sama-sama kita perbaiki diri dan sama-sama kita saling menghargai kerana hakikatnya bila tiba masa kita akan pejam mata dan tinggallah kita seorang hanya dengan berbekalkan amal. 


Friday, 19 July 2019

Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Tidak Tahu | Jenis sayur kat Malaysia ni memang banyak. Kalau nak di sebut satu-satu memang tak boleh nak sebut semuanya sekali. Banyaknya sayur kat pasaran hinggakan ada yang abang sendiri tak kenal. Tapi kalau sebut sayuran hijau seperti bayam, kangkung, brokoli dan sawi, alhamdulillah memang kenal sangat-sangat.

Sawi merupakan jenis sayuran yang cukup sering di makan. Ada masa isteri masakkan dalam bentuk sayur air, sayur lemak dan letak sebagai bahan sampingan dalam bihun goreng dan sebagainya. Sawi ni setahu abang ada banyak jenis juga tapi sayur sawi hijau paling kerap di beli. Kiranya dalam banyak-banyak jenis sayur, sawi adalah antara sayuran hijau paling popular. 



Kandungan Sawi Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Jika sebelum ini hanya tahu makan saja, kali ni jom kita sama-sama ambil kisah akan khasiat dan kebaikan sawi yang pada tubuh badan manusia. Apakah manfaat sayur sawi ini sebenarnya? Sawi ini kaya dengan vitamin apa? Bagus juga jika dapat tahu khasiat dan kelebihan sayur sawi yang sering kita makan hampir setiap hari ini. 

1. Sawi mengandungi vitamin K yang sangat berguna untuk pelbagai perkara seperti :
- membantu pembekuan darah 
- penyakit serius seperti penyakit jantung & stroke 
- menjaga tulang dari proses osteoporosis menangani kanser 
- mencegah penyakit alzheimer mengawal kadar gula dalam darah 

2. Sawi mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi dan vitamin A ini bagus untuk menjaga kornea mata agar sentiasa sihat. 

3. Sawi turut mempunyai kandungan vitamin C dalam pembentukan kolagen interselular. Vitamin ini sangat penting dalam penyembuhan luka serta turut dapat meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan infeksi dan stress.

4. Sawi juga mengandungi Asam Folat yang dapat mengatasi anemia (masalah kurang darah) terutamanya dikalangan pada ibu hamil. Sawi juga ada koenzim untuk beberapa sistem enzim. 

5. Sawi kaya dengan serat dan mineral. Serat dan mineral ini dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan gula darah. Ia juga dapat mencegah diabetes dan kanser kolon. 

Diringkaskan cerita, antara khasiat yang tersembunyi di dalam sayur sawi ini adalah seperti Vitamin A, B, C, E, K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Sayur sawi ini juga boleh bantu lancarkan perjalanan darah dan mengurangkan tekanan di dalam injap jantung manusia. 




Sawi Bagus Untuk Ibu Berpantang dan Pesakit Diabetes

Sayur sawi sendiri terbukti baik digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan penyakit termasuk mengurangkan risiko kanser dan menyembuhkan luka dengan cepat. Disebabkan sayur sawi boleh bantu sembuhkan luka dengan cepat maka ia sering diamalkan sebagai salah satu menu untuk ibu berpantang lepas bersalin.

Para pesakit diabetes juga elok mengamalkan sayur sawi dalam diet makanan seharian kerana sayur sawi ini turut mengandungi antioksidan yang dikenal dengan alpha licoic acid yang bermanfaat untuk menjaga kadar gula darah. Malangnya, masih ramai yang tidak gemar untuk makan sayur sawi disebabkan rasanya yang agak sedikit pahit.


Sawi Memiliki Klasifikasi Seperti Yang Berikut

Sawi merupakan tanaman sayuran jenis daun yang paling luas ditanam di Malaysia dan paling tinggi nilai pengeluarannya diikuti dengan sayur-sayur yang lain. Sawi in English dikenali dengan panggilan mustard. Dalam perdagangan antarabangsa pula. sayur sawi ini dikenali dengan pelbagai nama lain seperti green mustard, Chinese mustard, Indian mustard dan juga sarepta mustard. Sawi termasuk dalam kategori genus Brassica, spesies Brassica juncea.


KingdomPlantae
Sub KingdomTracheobinonta
Super DivisioSpermatophyta
DivisioMagnoliophyta
KelasMagnoliophyta
Sub KelasDileniidae
OrdoCapparales
FamiliaBrassicaceae
GenusBrassica
SpesiesBrassica juncea L.
Terdapat beberapa jenis sawi yang ditanam di Malaysia iaitu :
1. Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum
2. Sawi Putih (Brassica chinensis var) atau disebut pak choy
3. Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut bok choy
4. Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae)
Sayur yang paling sering dijumpai di pasar dengan harga yang agak murah adalah sawi hijau dan juga sayur sawi putih. Manfaat sayur sawi putih juga hampir sama dengan jenis sawi yang lain. Sayur sawi ini bukan saja murah tapi mudah untuk dimasak dengan pelbagai jenis menu. 



Pelbagai Resepi Sayur Sawi Yang Mudah Tapi Sedap

Jom kita pelajari cara membuat resepi sayur sawi ini. Manalah tahu tiba-tiba rasa nak makan, bolehlah buat sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain. Ada pelbagai resepi dan jangan risau sebab semuanya mudah-mudah saja. 


Resepi Sayur Sawi Tumis Simple & Resepi Sayur Sawi Tumis Telur 
Resepi yang sering di masak menggunakan sayur sawi adalah resipi sayur sawi tumis yang simple. Resepi ini turut dikenali dengan nama sayur sawi tumis air. Menu ini amat popular di kalangan para ibu selepas bersalin sebagai salah satu menu dalam tempoh berpantang. Resepi sayur tumis simple dan resepi sayur tumis telur hampir sama. Cuma bezanya satu ada telur sebagai penambah rasa dan satu lagi tidak. 



Bahan-Bahan :
segenggam  sawi  (cuci bersih dan potong ikut saiz yang disukai)
2  ulas  bawang merah  (hiris nipis)
2  ulas  bawang putih  (di ketuk)
sedikit ikan bilis belah (cuci bersih & toskan)
1  biji  telur
Garam dan air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak :
1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali/periuk.
2.  Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.
3.  Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
4.  Masukkan sayur sawi, biarkan seketika kemudian pecahkan telur ke dalamnya.
5.  Bila telur dah masak, masukkan garam secukup rasa dan matikan api. 


Resepi Sayur Sawi Bersos Tiram 

Sayur sawi goreng dengan sos tiram juga sedap. Dengan rasa masin manis ianya dapat meberikan rasa baru yang best. 



Bahan-bahan: 
Sayur sawi jenis Bok Choy 
Sedikit minyak untuk menumis 
3 ulas bawang putih 
1/4 cawan air 
5 sudu makan sos tiram 
sedikit gula pasir 
sedikit air bancuhan tepung jagung (tak letak tak apa)

Cara-caranya: 
1. Didihkan air di dalam periuk dan celur semua Bok Choy, susun atas pinggan 
2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak. Masukkan sos tiram dan air. 
3. Masukkan gula pasir secukup rasa, jika rasa kurang masin boleh tambah garam
4. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung jika sukakan kuah yang pekat . 
5. Tuang ke atas sayur dan siap untuk di makan. 

Selain dua menu di atas, sawi juga sedap untuk dibuat Sayur Sawi Goreng dan juga Sup Sayur Sawi yang dipelbagaikan dengan meletakkan makanan laut, telur, fishball dan sebagainya. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Itulah serba sedikit info mengenai khasiat dan kelebihan sayur sawi yang ramai tidak tahu dan semoga dengan adanya perkongsian seperti ini kita akan lebih suka makan sayur berbanding sebelumnya. 



Thursday, 18 July 2019

KUALA LUMPUR, 19 JULY 2019 – Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss! Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee. 


Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way. With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.


Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee. Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online. 

For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100.

Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart:

Sunday, 14 July 2019

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY abang baru saja cuba beberapa hari yang lepas. Disebabkan abang ni memang dah lama menjadi pengguna Dashing maka sudah semestinya tak nak terlepas setiap keluaran terbaru mereka. Dashing ni sebut namanya siapa yang tak kenal. Sebab itu Dashing ni masih lagi walah dah lama kerana ia memang ada peminatnya yang tersendiri. Contohnya diri abang sendiri, mula-mula guna seorang tapi sekarang ni dah kena share ngan anak bujang! 



Menariknya Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, ia berfungsi secara 2 in 1. Kalau dulu perlu beli dua jenis (deodorant dan juga perfume body spray) tapi kali ni hanya perlu beli satu dah boleh guna untuk 2 fungsi. Jimat belanja ni! Tak payahlah shopping macam-macam jenis dah. 


Antara abang dengan anak bujang, dialah yang lebih happy. Sebabnya dia memang sangat aktif dalam sukan. Salah seorang pelari wakil sekolah ni.... jogging tiap minggu dah jadi rutin cuma bapaknya ni je tak larat nak lari macam dia. semput dah oiii... dah tua kot! Jadinya bila ada Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, abang lihat dia lebih yakin untuk bersukan. 



Kalau nak tahu, Dashing Deo + Perfume Body Spray ni dibuat khas dengan tema bolasepak. Terdapat 4 (empat) jenis bauan kesemuanya yang dinamakan supaya ada kaitan dengan bola sepak ni. Abang rasa cara ini cukup unik sebabnya memang kaum lelaki macam abang ni ramai yang hantu bola. Walau tak main sekalipun mesti akan tonton juga bola sekali sekala. 


4 (Empat) Jenis Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY tersebut adalah : 


HATTRICK
Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK
Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.



SPEED
Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN
Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di:

DASHING MALAYSIA

Friday, 12 July 2019

Ayat-Ayat PickupLine / Ayat mengorat awek memang dah biasa hingga jadi trend bebudak sekarang. Tapi kalau nak tahu ayat-ayat pickup line yang power ni sebenarnya dah lama wujud. Tambah-tambah untuk lelaki yang jenis versi lawak. 

Nak bagi awek cair guna pickup line untuk tambat hati. Tapi bila dah kahwin jangan pula berhenti, sesekali lempar jugalah sepotong dua pada isteri. Ini antara koleksi pickupline yang dah pernah terlintas kat fikiran abang ni. Korang bolehlah guna kalau nak dan jika nak lagi banyak bolehlah Google 'ayat pickup line' yang lebih padu.





AYAT PICKUP LINE UNTUK PEREMPUAN

"Awak nak tahu apa beza saya dengan rumah ni?"
"Apa dia?"
"Bezanya rumah ni boleh lindung awak dari hujan panas dan saya pula boleh lindung awak dari sunyi dan sepi."


"Tinggi betul KLCC tu! Tapi tetap tak boleh lawan dengan ketinggian saya."
"Maksud awak?"
"Setinggi manapun KLCC tetap tak boleh bergerak tapi tingginya saya boleh jalan sebelah awak."


"Patutlah ramai orang tak suka kat tempat ni."
"Eh kenapa pula tak suka?"
"Sebabnya kat sini tiada sebarang perempuan lain yang boleh setanding dengan kecantikan awak"


"Saya tak sihatlah awak."
"Awak sakit kat mana?"
"Saya sakit kat hati sebab dah terkena panahan cinta dari awak."


"Hmmm... Awak dan bunga ni sangat jauh berbeza!"
"Kenapa?"
"Sebab bunga ni tiba masa akan layu tapi awak akan tetap kembang dalam hati saya"


"Nak tahu kenapa daun pisang tu lebar?"
"Kenapa?"
"Supaya bila hujan bolehlah kita jadikan payung untuk jalan bersama"


"Saya betul-betul tak sangka! Sangat-sangat tak sangka!"
"Eh tak sangka apa pulak ni?"
"Saya betul-betul tak sangka awak secantik ni!!!" (sambil renung tepat ke wajahnya)


"Jom!!"
"Nak ke mana?"
"Jom jumpa tok kadi... saya dah tak sabar nak kahwin dengan awak."


"Awak boleh janji satu perkara dengan saya tak?"
"Awak nak saya janji apa?"
"Awak janji yang awak tak akan pandang orang lain selain saya."


"Esok saya nak pergi jauh.... saya dah nekad! Saya nak pergi juga ke sana."
"Awak nak pergi mana?"
"Saya nak pergi jauhhhh ke dalam dasar hati awak dan tak nak keluar lagi sampai bila-bila."


"Awak nak tahu apa samanya awak dengan madu?"
"Apa dia?"
"Awak dan madu sama-sama manisssss...."


"Awak tahu apa beza awak dengan gula?"
"Tak tahu..."
"Gula dapat maniskan kopi yang pahit, awak dapat maniskan hati saya yang tawar."


"Saya takutlah nak jumpa doktor tu.."
"Janganlah takut... saya kan ada..."
"Sebab awak adalah saya jadi makin takut. Saya takut nanti doktor tu jatuh hati kat awak yang cantik ni."




Nak ayat pickup line sweet untuk lelaki? 

Amboi lain macam ni! Ayat pickup line untuk lelaki cair pun ada bagi versi perempuan. Cuma jangan terlajak sampai lelaki angau ikut balik rumah sudahlah! Nah abang kasi sekali ayat pickup line untuk pakwe yang juga boleh digunakan sebagai ayat pickup line untuk suami. Ayat pickup line versi perempuan ni bolehlah untuk kasi hint pada mana-mana lelaki yang disayangi.

AYAT PICKUP LINE UNTUK LELAKI

"Lepas ni awak kena jumpa saya lebih kerap lagi."
"Kenapa?"
"Sebabnya saya dah tak larat nak tanggung rindu! Sakit tau tanggung rindu ni..."


"Awak... awak boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa?"
"Awak tolong ucap terima kasih pada mak ayah awak sebab dah hadiahkan seorang lelaki yang paling baik untuk saya."


"Awak nak tahu kenapa duit kertas ni ada gambar agong?"
"Kenapa?"
"Sebab kalau ada gambar awak kat sini dah tentu saya sayang nak guna buat belanja."


"Terima kasih untuk bunga ni. Bunga ni memang wangi... tapi tak sewangi bunga yang lagi satu."
"Bunga apa yang lagi wangi tu?"
"Bunga bunga cinta dari awak pada saya"


"Saya tak sangka awak ni pencuri!!"
"Taklah... saya takde curi apa pun."
"Ada! Awak dah curi hati saya"


"Alamak... saya lupalah!!"
"Lupa apa?"
"Saya lupa nak bawa kunci ke pintu hati saya untuk serah pada awak. Takpe esok saya bagi ye."


"Saya tak suka naik kereta ni...."
"Maaflah kalau awak tak suka... tapi kereta ni je saya mampu beli"
"Sebab itulah saya tak suka! Kan lagi baik awak guna duit beli kereta ni untuk buat belanja masuk minang saya."


"Awak, raya ke dua nanti jangan lupa datang beraya rumah saya ya."
"InshaAllah... takde apa aral saya sampai."
"Jangan lupa pakai baju warna biru tau...."
"Kenapa mesti pakai baju biru?"
"Sebab mudah nak matching dengan warna baju saya.. barulah kita betul-betul nampak macam loving couple"


"Awak.. awak.. lekas lekas call polis!!!"
"Haaa.. call polis? Nak buat apa?"
"Untuk minta polis tangkap awak sebab hari ni awak dah benar-benar berjaya bawa lari hati saya."


OKAYY... dah dah... cukup dulu.. x leh banyak2 satgi bini abang marahhhh... hahahaha



Thursday, 11 July 2019

Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat MalaysiaNak beli kereta bukan semudah nak beli ikan kat pasar. Nak beli kereta ni kena tahu dulu apakah tujuan dan kegunaan kereta tersebut. Berapa ramai juga yang akan jadi penumpangnya nanti? Jangan nanti dah beli baru rasa menyesal sebabnya tak boleh nak guna sebagaimana yang diharapkan. 

Saya sendiri masa mula nak beli kereta dulu, saya check habis macam-macam perkara. Kalau nak kata saya ni cerewet sekalipun katalah janji saya dapat belanja duit cara puashati! Paling penting nak beli kereta ni jangan nak fikir apa orang lain kata. Lantak kalau jiran sebelah dan adik beradik punya kereta besar sekalipun, itu duit diaorang bukannya duit kita. 


Antara kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sebuah kereta ialah penjimatan minyak lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak tak menentu sekarang ni. Kereta paling jimat minyak turut menjadi satu kriteria utama sebab nanti saya tak nak hanya boleh beli tapi nak guna ke mana-mana trpaksa pula fikir ulang kali. Paling saya risau time nak balik kampung, masak weh! Kan tak pasal ada kereta baru bukan main tapi balik kampung naik bas. Kan dah jadi keja bodoh tu? 

Bagi yang berhajat untuk beli kereta dalam masa terdekat ni saya nasihatkan tolonglah fikir masak-masak dulu sebelum beli. Buat perbandingan dengan bijak dan jangan terpedaya dengan design kereta semata-mata. Untuk perempuan plak, kalau tak arif bab enjin sila bawa mana-mana lelaki yang korang percaya dan reti bab kereta untuk berdiri kat sebelah sebagai si tukang penasihat. 

Inilah Antara Jenis Kereta Paling Jimat Minyak Mengikut Pendapat Ramai

Tak nak cakap banyak jom tengok sama-sama senarai kereta kereta jimat minyak di Malaysia yang boleh kita pertimbangkan. Salah satu dari jenis kereta dalam senarai ini adalah kereta yang saya pakai sendiri dan memang betul ia adalah antara kereta paling jimat minyak yang pernah saya guna.


Model Kereta Dan Fuel Consumption
Proton Bezza 1.0 (Manual) 4.4 L/100 km
Proton Bezza 1.0 (Auto) 4.7 L/100 km
Perodua Kancil 600 4.7 L/100 km
Mitsubshi Attrage 1.2 4.8 L/100 km
Perodua Viva 660 4.8 L/100 km
Perodua Myvi 1.3 (Manual) 4.9 L/100 km
Perodua Kelisa 1.0 5.0 L/100 km
Perodua Myvi 1.3 (Auto) 5.0 L/100 km
Ford Fiesta 1.0 Ecoboost (Auto) 5.3 L/100 km
Proton Saga 1.3 (Manual) 5.4 L/100km
Perodua Kenari 5.5 L/100 km
Volkwagen Vento 1.2 TSI 5.5 L/100 km
Honda Jazz 1.5 (Auto) 5.6 L/100 km
Proton Persona 1.6 (Manual) 5.6 L/100km
Proton Saga 1.3 (CVT Auto) 5.7 L/100 km
Proton Savvy 1.2 5.7 L/100km
Forst Fiesta sport 1.5 (Auto) 5.8 L/100 km
Kia Picanto 1.2 5.8 L/100 km
Proton Persona 1.6 (Auto) 6.1 L/100km
Nissan Almeera 1.5 (Manual) 6.3 L/100 km
Volkswagen Polo 1.6 6.3 L/100 km
VW Vento 1.6 6.5 L/100 km
Toyota Vios 1.5 (Manual/Auto) 6.7 L/100 km
Nissan Almeera 1.5 (Auto) 6.7 L/100 km
Suzuki Alto 1.0 (Auto) 6.7 L/100 km
Mazda 2 (Auto) 6.7 L/100 km
Proton Waja 1.6 (Manual) 7.3 L/100km
Proton Waja 1.6 (Auto) 7.6 L/100km

9 MODEL KERETA JIMAT MINYAK TERATAS 

Ini pula antara 9 jenis kereta paling jimat minyak di Malaysia yang boleh di beli dengan mudah. Soal harga saya tak nak sentuh kat sini. Nak tahu harga bab tu kena survey sendirilah ya. Apapun kalau betul nak beli kereta, saya sarankan cuba selidik dan intai-intai cadangan yang ada. 

Kita boleh trend penghasilan kereta, jenama jenama kereta sekarang banyak tertumpu kepada teknologi menjimatkan minyak kereta. Dan untuk senarai ranking, nampaknya jenama Perodua dan Proton menggunguli senarai kereta jimat minyak di Malaysia untuk 10 ranking teratas.


#9 - PROTON IRIZ - 14.5 km / liter


#8 - VOLKSWAGEN POLO SEDAN - 15.4 km / liter


#7 - PEUGEOT 208 - 16 km / liter


#6 - MYVI 1.3 - 17 km / liter


#5 - HONDA CITY 016 - 17 km / liter


#4 - HYUNDAI i10 - 18.9 km / liter


#3 - MITSUBISHI ATTRAGE - 21 km / liter


#2 - MITSUBISHI MIRAGE - 21 km / liter


#1 - PERODUA AXIA - 21.6 km / liter


Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia berdasarkan jumlah kilometer yang boleh diperoleh mengikut jumlah pengisian minyak... Ada yang tertanya-tanya apakah kereta mpv paling jimat minyak, susah nak jawab sebab tak ada pengalaman memiliki SUV.

Apakah ada langkah yang boleh diambil untuk menjadikan kereta jimat minyak ke atas kereta sedia ada? . Hmmm rasanya kalau untuk ini mungkin boleh diamalkan sikap yang lebih baik untuk cara pemanduan dan juga tips yang sering disarankan ketika melakukan pengisian minyak ke kereta. 


Kereta paling jimat minyak di Malaysia ini hanyalah sekadar cadangan bagi mereka yang ingin mendapatkan kereta yang lebih murah perbelanjaannya selepas di beli. Jika telah di beli jenis yang lain tak payahlah susah hati. Yang penting kereta idaman dah ada kat tangan so enjoy je. Kalau betul tengah pening kepala lepas dah beli, petua paling win korang beli je motor sebiji buat guna gi kerja! Kereta yang ada guna time hujung minggu sekali sekala bawa anak bini pergi jalan. Apa ada hal.