Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

McDonald's sumbang lebih RM 480,000 kepada golongan kurang bernasib baik menerusi Program Komuniti McDonald's 2018 - Peringat Negeri Kelantan

Assalamualaikum. Siapa sini suka makan McDonald's kita geng! Haaa AR dengan McDonald's ni mmang dah lama kamcing sebabnya dari kecik sampai ke besar ini tak pernah tak singgah ke McDonald's terutama kalau tiba masa special dengan adanya mainan baru untuk koleksi Happy Meals. Ntah la apa kenanya dengan AR ni tapi McDonald's memang sudah lama di hati.

Sebab tu bila AR dijemput untuk bersama di dalam majlis Program Komuniti McDonald's 2018 - Peringat Negeri Kelantan oleh team McDonald's , AR dah rasa teruja yang amat sangat. Tak sabar rasanya nak tahu apakah sebenarnya misi McDonald's dan apakah info yang amat sangat ingin di sampaikan dengan para penghuni negeri Kelantan yang AR sedang menetap sekarang ni. Maka pada 13 Disember yang lalu, AR cuba juga luangkan masa untuk mendengar apakah sebenarnya yang ingin di kongsikan oleh pihak McDonald's ini pada masyarakat setempat termasuklah diri AR sendiri.

AR tiba sudah jam 10 pagi dan masa tu para hadirin sudah mula membanjiri booth yang telah di sediakan bertempat di kawasan McDonald's cawangan Pengkalan Chepa pada hari tersebut. Makin teruja tatkala dapat bertentang mata dengan rakan bloggers yang lain. Antaranya Puan Siti Awadah aka Sis Hawa yang sememangnya sudah agak aktif di Kelantan ni. Bagi yang belum mengenali Sis Hawa bolehlah membaca artikel di blognya mengenai majlis ini di sini.

Setelah mendaftarkan diri, AR sempatlah melihat suasana sekeliling majlis dan hati ni makin tertarik dengan adanya pelbagai golongan di kalangan para tetamu pada hari tersebut. Antaranya ada yang hadir dari kalangan VVIP, rakan media, adik-adik sekolah, ibu bapa malah staf McDonald's itu sendiri yang hadir dengan pelbagai tujuan masing-masing.

Tepat dengan masa sebagaimana yang telah dirancangkan, majlis pun terus dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu negeri , bacaan doa dan juga persembahan istimewa daripada beberapa orang adik-adik yang comel dan cantik dengan tarian tradisional yang sangat mengasyikkan. Kalau minta AR yang menari macam tu memang ke laut dalam la dik oi... keras kaki tangan nak lentok macam tu.


Setelah selesai bahagian persembahan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada hadirin di kalangan VVIP. Antara tetamu kehormat yang ada pada majlis komuniti ini adalah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad. Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald's Malaysia yang bernama Encik Azhar Darbi juga turut ada bersama.

Upacara Pembayaran Zakat Oleh Pihak McDonald's Untuk Negeri Kelantan

Ketika mendengar ucapan daripada Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi , daku rasa terpampan tatkala dimaklumkan melalui ucapan beliau yang merakamkan jutaan terima kasih di atas segala keprihatinan yang telah di tunjukkan oleh pihak McDonald's yang sentiasa sedia membayar zakat demi untuk menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat setempat.

“Kami berterima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan hari ini. Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang diumumkan hari ini juga menunjukkan komitmen McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik," kata Dr Haji Nik Mohd Azlan.
Oh rupa-rupanya di majlis komuniti ini turut ingin berkongsi berita bahawa pihak McDonald's juga adalah antara pembayar zakat dengan jumlah yang agak besar di Kelantan. Alhamdulillah... syukurnya rasa hati aku yang selama ini telah menjadi pelanggan setia untuk restoran segera McDonald's ini.

"McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu," kata Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald's Malaysia, Azhar Darbi.


Azhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, turut berkata bahawa McDonald’s akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.

Terpegun Dengan Program Perantisan McDonald's Malaysia

Siapa yang tidak terpegun jika diberitahu yang McDonald's juga sedang membuka peluang selebar-lebarnya untuk mana-mana anak belia remaja yang lahir di dalam keluarga golongan asnaf untuk bersama-sama bersatu di dalam komuniti kerja yang besar bersama pihak McDonald's yang sangat terkenal ini. Daku sendiri rasa bagai ingin turut sama memohon untuk mengikuti Program Perantisan McDonald's Malaysia namun apakan daya daku sudah terlepas taraf usia yang sepatutnya.
Berdasarkan info yang AR terima , Program perantisan McDonald’s adalah sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pensijilan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) yang merupakan salah satu usaha restoran khidmat segera ini untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta memupuk bakat baharu.

"Kami mengalu-alukan para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai program perantisan kami. Tempoh latihan adalah selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima latihan praktikal dan pembelajaran teori di dalam kelas. Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Azhar.

Selain mendapat manfaat dari penajaan penuh program latihan, setiap perantis juga diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Gembira Melihat Wajah Adik-Adik Untuk Program "Kembali Ke Sekolah "

Majlis yang berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Pengkalan Chepa ini turut menyaksikan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” yang merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program "Kembali ke Sekolah" mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Keseluruhan sumbangan di bawah program "Kembali ke Sokolah" tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta.  Di Kelantan, seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.
Menurut Azhar, program "Kembali ke Sekolah" adalah amat penting untuk McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.
“Kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan negara, dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah sesuatu yang amat penting bagi kami. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, kami berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan,” tambah Azhar.

Tak Sabar Tunggu Pembinaan Rumah Ronald McDonald Yang Ke-2
Menurut Azhar lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) turut meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu.

RMH yang dijangka siap pada awal tahun hadapan merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka.

Tindakan Baik McDonald's Memang Patut Dipuji !!
Bagi AR , apa yang dilakukan oleh pihak McDonald's ni memang patut dicontohi oleh semua pihak. Yelah, walaupun ianya berperanan sebagai salah sebuah restoran yang agak popular namun dalam masa yang sama ia tetap ingat akan jasa baik masyarakat yang sering mengunjunginya dengan bersama meringankan beban masyarakat yang lain dari golongan kurang upaya. AR sendiri rasa makin happy nak ke McDonald's nanti kerana AR tahu pihak mereka akan turut gunakan apa yang AR sumbangkan melalui tabung kecil merah di kaunter mereka tu ke jalan yang baik.
Semoga McDonald's Dapat Meneruskan Usaha Murni Ini Untuk Jangka Masa Yang Panjang.. ameen


Post a Comment for "McDonald's sumbang lebih RM 480,000 kepada golongan kurang bernasib baik menerusi Program Komuniti McDonald's 2018 - Peringat Negeri Kelantan"