Saturday, 22 September 2018

Cheese, cheese and more cheese! And the best part is, it’s for free! Domino’s Pizza is splurging on giving free extra cheese for all pizzas to all its customers.

It is no secret that Cheese is the key ingredient to pizzas as it brings together all the flavors of the pizza toppings. Known for its promise in delivering value in exciting ways and forms, Domino’s Pizza is delighted to offer customers an enjoyable experience with one of Malaysia’s favorite ingredients. Inspired and always driven by its customers love for cheese, Domino’s is expected to give out free extra cheese from now until 7 October, 2018.




Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore, said, “Domino’s Pizza is committed to enrich the lives of our customers and we are pleased to create value by giving extra cheese on all pizzas, without any additional cost for the entire month of September. The fact that many would opt for extra cheese is a strong indication of Malaysians love for cheese. This has inspired us to create this value campaign, especially to give back to our customers.”


“With current sentiments, customers are more cautious and thrifty with their spending. We understand what they may be facing and this was at the forefront of our thoughts as we created this campaign. We are proud to offer the best deals in town for our customers and we hope our customers will enjoy this month-long free cheese for all, in celebration of our love for all Malaysians.”




Committed to ensuring high quality products for its customers, Domino’s Pizza uses a specially developed cheese for its pizzas. It’s new and improved Mozzarella cheese presents a luscious, indulgent and creamy taste, the perfect combination for cheese lovers. As appealing as the taste, is the stringy and melted cheese texture in every bite that enhances the taste of the pizza toppings, without overpowering it.

During the campaign period, all pizzas will be topped with extra cheese for items bought as ala carte or through Domino’s various value for money deals. For even greater value, order the 2 Pizza Deals with free extra cheese at only RM28.30, RM47.15 and RM66.05 for the two Regular pizzas, two Large pizzas and two Xtra Large pizzas respectively. *Surcharge applies.



Get your extra cheese at all Domino’s Pizza stores. Visit our stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order.

To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Value Campaign as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.

Sambil pantau kerja sekolah anak, aku sempat melihat pada salah satu topik di dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 3 pada tajuk STD iaitu (Sexual Transmitted Disease). Terus cakap pada anak sulung supaya jangan pandang remeh hal-hal begitu. Sambil tengok sambil belajar dan harusnya sambil di ambil pengajaran.

Berdasarkan info yang di perolehi, penyakit yang boleh di hidapi akibat daripada jangkitan seksual ada 8 jenis penyakit utama kesemuanya dan Penyakit-penyakit yang akan tersebar melalui jangkitan ketika hubungan seks dilakukan ini boleh menular di dalam diam dan akan semakin melarat sehingga boleh membawa maut jika tidak diberi perhatian. Selalu juga terjadi si pesakit telah tahu ada suatu yang tidak kena terhadap dirinya namun dia sama sekali tidak berani untuk tampil mendapatkan rawatan dek kerana perasaan malu.

Ada 8 jenis penyakit utama akibat jangkitan seksual iaitu :
  • HIV/AIDS
  • Siflis
  • Gonorrhea
  • Chalamydia
  • Herpes
  • HPV
  • Scabies
  • Hepatitis B



 AIDS / HIV

AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun.Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia setakat tahun 2012. Kini angka tersebut terus meningkat dari hari ke hari. 



Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian. Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit. 


HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV. HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks.  Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti dengan HIV. Walaubagaimanapun,
HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan sama sekali.


SIFLIS 

Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Siflis ini adalah ulser yang terjadi pada bahagian kemaluan dan selalunya ia tidak berasa sakit mahupun pedih kerana itu ramai yang pesakit siflis ini hanya membiarkan saja tanpa sebarang rawatan dari awal. Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerap dan ketara pada tapak tangan dan tapak kaki. 



Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian. 


GONORRHEA

Gonorrhea merupakan antara penyakit jangkitan secara seksual (STD Sexual Transmitted Disease) yang paling berbahaya. Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae) yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus.



Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio. Dalam kebanyakkan kes, gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.




 CHLAMYDIA

Chlamydia diakibatkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis . Jangkitan chlamydia adalah penyebab utama kepada penyakit berkaitan dengan mata dan alat kemaluan. Dianggarkan 1 juta individu di Amerika Syarikat dijangkiti chlamydia. Simptom bagi chlamydia adalah keluaran cairan putih daripada kemaluan, dan sakit ketika kencing. 




Jika dibiarkan berterusan, penyakit ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada sistem pembiakan. Chlamydia pada mata boleh mengakibatkan buta. Seperti gonorrhea dan siflis, chlamydia dapat dirawat dengan antibiotik.



HERPES
Herpes adalah penyakit yang diakibatkan oleh virus Herpes simplex virus type 1 (HSV-1) dan type 2 (HSV-2). imptom yang jelas kelihatan adalah jangkitan ulser pada mulut atau muka yang dikenali sebagai Herpes Oral. Simptom akan mula kelihatan sehingga hampir 3 minggu. Semasa jangkitan virus diangkut sepanjang saraf deria ke sel badan. 




Rawatan kepada penyakit ini belum dimajukan. Sekali anda dijangkit, bermakna virus tersebut akan selamanya berada dalam badan anda.

HPV

HPV berasal daripada sejenis virus (human papillomavirus). Seperti virus papillomavirus yang lain, HPV menjangkiti keratin pada kulit atau membran bermukus.Antara simptom HPV adalah tumbuh ketuat pada kemaluan. Jangkitan yang berterusan akan membawakan kepada penyakit kanser. HPV boleh dirawat dengan menggunakan vaksin HPV, iaitu Cervarix dan Gardasil.



SCABIES 

Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan. Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit.



Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.Tiada vaksin bagi penyakit ini, tetapi penjagaan kesihatan yang baik adalah perlu. Rawatan boleh juga menggunakan permethrin dan ivermectin.


HEPATITIS B
Hepatitis B adalah jangkitan penyakit pada hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Dikatakan bahawa 1 per 3 penduduk dunia, telah dijangkiti penyakit ini pada satu ketika dalam hidup mereka.
Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.


Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 - 100 kali ganda berbanding HIV.

Tolonglah Jaga Tingkahlaku! Hindarilah Seks Bebas!!

Kerana inilah kita perlu jaga tingkahlaku. Tidak bergaul bebas dan tidak menjadi manusia 'nakal' yang hanya sukaria nak lepaskan nafsu. Mula-mula mungkin seronok tapi setelah tersedar telah mula dijangkiti salah satu penyakit di atas, siapa yang susah? Tika tu dah takde sapa nak sayang, dah hilang semua kenalan dan akan mulalah episod gelap tanpa sebarang lagi sukaria.

Kesimpulannya, Allah SWT dah melarang untuk kita melakukan perkara-perkara sebegini dan kenapa masih hendak mencuba? Yang pasti, walau topik ini tampak sedikit 'dewasa' dan agak sensitif namun ianya perlu dibahas dan diterangkan terutama pada anak-anak yang telah merangkak ke alam remaja. Almaklumlah zaman dulu dan sekarang tidak sama. Jika dulu masih main police entry di halaman rumah tapi budak sekarang main games sniper dalam handphone. Handphone itu juga wajib di kawal supaya tidak tersalah penggunaan.

Moga kita semua dihindari perkara ini... ameen



Wednesday, 19 September 2018

Apakah tipu sunat itu benar-benar wujud dalam agama? Jawapannya adalah YA! Namun sebelum menggunakan istilah berbohong sunat ini, kita perlu tahu dulu batas-batasnya supaya tidak tersalah membuat penggunaan antara bohong sebenar yang akan mendatangkan dosa dengan bohong sunat.

Meskipun bohong sunat ini dibolehkan namun kita harus faham terlebih dahulu yang berdusta atau berbohong ini merupakan suatu perbuatan yang dibenci dan dikeji oleh Allah SWT Malah dikatakan amalan berdusta atau berbohong merupakan perbuatan yang membawa seseorang itu hampir ke neraka.


Dari Ibnu Mas’ud r.a., ia bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kebenaran itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga, dan sesungguhnya orang yang membiasakan dirinya benar akan dicatat oleh Allah sebagai siddiq (Yakni orang yang selalu benar); sedang kedustaan itu membawa kepada penyelewengan dan penyelewengan itu membawa ke neraka, dan orang yang membiasakan berdusta itu akan dicatat oleh Allah sebagai pendusta.” [Bukhari dan Muslim].

Bahkan, mereka yang tidak suka berdusta dan gemar berkata benar diberi kedudukan yang tinggi di sisi Allah, ini jelas disebutkan dalam Quran, menerusi firman-Nya:

“….Dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” [Al-Ahzab, 3: 35]


Walaubagaimanapun, masih juga diselitkan perbuatan berbohong yang turut dibenarkan di dalam Islam ini. Sebagai contoh, pernah pada suatu ketika dulu Nabi Muhammad SAW telah di beri makan oleh seseorang dan tatkala itu Baginda sedang berada bersama beberapa para sahabat yang lain namun Rasulullah SAW sama sekali tidak mempelawa mahupun memberi makanan terbabit pada para sahabat sebaliknya Baginda hanya makan seorang diri dengan wajah penuh senyuman sambil diperhatikan oleh si pemberi tanpa di beri pada sahabat lain di sebelah.

Setelah si pemberi berlalu pergi, para sahabat yang sememangnya sangat suka bertanya demi untuk belajar dan memahami akan situasi tersebut terus bertanyakan soalan. Tambahan pula para sahabat berasa pelik kerana selalunya Baginda sama sekali tidak pernah mengamalkan sikap sebegitu.

Jawapan yang di beri oleh Baginda untuk soalan tersebut adalah.....

"Aku tidak mahu kamu memaparkan wajah hingga si pemberi berasa sakit hati."

Rupa-rupanya Rasulullah SAW makan dengan wajah senyum manis sedangkan makanan tersebut sangat masin demi untuk menjaga hati si pemberi makanan terbabit.


sekadar gambar hiasan


Terdapat 3 Jenis Bohong Yang Dibolehkan Dalam Islam



Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.).


Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan :


1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)

Contoh-contoh berbohong sunat boleh di lihat melalui video di bawah ini :




 Secara kesimpulannya, kita kena faham yang berterus-terang tentang segala hal itu tidak semestinya boleh digunapakai di dalam segala-gala situasi. Meskipun diri kita sendiri seorang yang sukakan situasi terang dan jelas untuk semua hal namun berbohong itu juga perlu apabila ianya melibatkan hati orang lain yang boleh terluka sehingga menyebabkan kemudaratan ke atas orang lain seperti berkecil hati, pergaduhan dan sebagainya.

Jika dikupas secara lebih tepat, maksud sebenar untuk istilah 'bohong sunat' ini adalah perlu memberitahu perkara yang tidak benar kerana andainya jika berterus-terang maka akan mendatangkan masalah lain yang lebih besar sehingga boleh terputus hubungan dan memecah belahkan.



Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info untuk kita semua dan silalah berhati-hati di dalam penggunaan Bohong Sunat ini. Pastikan juga digunakan pada situasi yang  benar-benar perlu dan tolonglah tahu dasar-dasar tahap 'terlalu berterus-terang' itu supaya situasi perhubungan dengan orang-orang lain di luar sana dapat terjaga.


Monday, 10 September 2018

Assalamualaikum korang semua.

BioXcellent GTXcid (GoutXcid) Pencegah dan Perawat Penyakit Gout Yang Terbaik? Ya inilah yang ingin aku kongsikan dengan korang semua hari ini sebabnya pada aku benda yang baik seharusnya dikongsikan tambahan pula semakin hari sudah semakin tenat keadaan masyarakat kita termasuk aku sendiri yang boleh berisiko dengan pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya adalah GOUT.


Awas! Jangan Pandang Remeh Pada Penyakit Gout !!


Untuk pengetahuan korang semua (termasuk aku sendiri), penyakit gout ini berlaku disebabkan keadaan sendi kita yang semakin dipenuhi dengan asid-asid urik dan aku sendiri selaku seorang lelaki dewasa yang telah menginjak usia 40 tahun semestinya berasa sangat risau kalau-kalau tetiba saja diserang gout yang boleh datang pada bila-bila masa jika tidak diberi perhatian pada perubahan tubuh badan sendiri.


Cara Terpantas Untuk Menghalang Penyakit Gout 

Disebabkan baru-baru ini aku berasa agak sakit pada bahagian jari kaki maka aku tak hendak tunggu masa lama sehingga berlaku sesuatu yang tidak elok. Dek kerana aku risau kalau-kalau di serang penyakit gout maka aku terlebih dulu mengambil langkah awal dengan mengambil makanan tambahan khas untuk membantu penyakit ini. Produk yang aku maksudkan di sini adalah BioXcellent GTXcid yang juga di kenali sebagai GoutXcid.




Kelebihan Mengamalkan BioXcellent GTXcid Sebagai Rutin Pemakanan   

  • Menghilangkan sakit dan denyut2 
  • Meredakan bengkak 
  • Mengelakkan perbentukan asid uric 
  • Membaiki penapis buah pinggang 
  • Melancarkan perkumuhan 
  • Perbanyakkan urine 
  • Membaiki saluran darah 
  • Mengurangkan keletihan 
  • Mencuci darah dari toksid yang merbahaya 
  • Merawat atritis 
  • Bahan Organik Tanpa Larangan Berbahaya



Seharusnya apa yang perlu dilakukan tiap kali memilih sebarang makanan tambahan seperti ini adalah pada bahan-bahan yang digunakan. Aku tegaskan supaya korang jangan sesekali main makan asal saja orang cakap produk tu best.

Sepertimana yang difahamkan, produk ini hanya mengandungi bahan organik berasaskan tumbuhan semata-mata seperti guar gum, buah delima, buah nenas, buah lemon, ekstrak pandan dan asid sitrik. Kerana itu aku tidak teragak-agak untuk membenarkan anak sulungku untuk turut merasanya.

 

7 Tips Terbaik Untuk Kesan Yang Terbaik Semasa Pengambilan

1. Kurangkan atau hentikan pengambilan gula putih termasuklah susu pekat manis dalam minuman seharian.

2. Kurangkan Makan Nasi putih , atau ubah ke beras perang (brown rice).

3. Bersenam 2-3 kali seminggu.

4. Anda tak perlu jogging dan berlari untuk kekal sihat, cukup sekadar berjalan kaki pun dah OK sebagai senaman harian.

5. Elakkan makanan berkarbohidrat proses seperti roti dan biskut.

6. Elakkan fast food dan juga junk food.

7. Kurangkan makanan daging dan lebihkan pengambilan sayuran.


Campur 1 skop (20 grams) ke dalam 200ml/250ml air suam, kacau/goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.

Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. (Amalkan 30 min sebelum makan tengahari)

Sedap Dengan Rasa Masam Manis

Pada mulanya risau juga kalau-kalau tak kena dengan tekak tapi setelah di cuba alhamdulillah sedap sangat-sangat. Tambah-tambah aku dan anak sulung memang suka rasa masam manis jadinya produk ni memang sangat sesuai untuk kami berdua. Anak sulungku sendiri tersengih selepas minum kerana katanya memang superb sedap macam sedang nikmati jus!


 

 Mahu Elak Dan Hilangkan Penyakit Gout? BioXcellent GTXcid (GoutXcid)!!


Dengan harga serendah RM66 sahaja dengan beratnya sebanyak 700 grams! Kita boleh mengatasi masalah gout pada tubuh badan supaya diri sendiri akan kembali aktif, segar dan sihat seperti sediakala semula. Bagi korang yang belum pernah menghadapi penyakit ini, sila jangan pandang remeh dan apalah salahnya jika dipersiapkan diri kita dari awal untuk menghindari penyakit ini daripada muncul.




Kat mana nak beli? Mudah sajaaaa..... produk BioXcellent ada terjual di semua cawangan Watsons seluruh negara dan sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut,sila hubungi :







Thursday, 6 September 2018

Lelaki mana tak pernah crush, aku sendiri pun pernah crush! Bohonglah kalau korang cakap tak pernah patah hati melainkan kalau korang memang seorang yang memang telah memasang niat untuk tidak bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum bergelar bini (isteri).

Tapi 'awek' (kekasih) ni tak semestinya yang bertepuk pada ke dua belah pihak. Aku dah pernah jumpa di kalangan kawan-kawan yang sukakan sorang perempuan tu bagai nak gila tapi rupa-rupanya declare jadi awek pakwe pun tak.... aisehman! 


Tak kisahlah yang penting seandainya di ketika ni korang sedang bermuram durja berduka cita tahap frust kena panjat pokok kelapa ( tolong jangan terjun!), aku nak kongsikan 20 cara paling ampuh bagaimana untuk melenyapkan gambaran wajah awek lama tu di dalam kepala otak.

10 cara untuk lupakan awek lama adalah :

1. Rajinkan lagi diri ke masjid

2. Makan angin

3. Buang semua gambar dan pemberian

4. Lepak dengn kawan-kawan

5. Lakukan aktiviti kesukaan yang sihat

6. Kuatkan semangat

7. Sibukkan diri dengan kerja overtime

8. Sambung belajar ke lain negeri / /luar negara

9. Yakin akan jodoh yang ditakdirkan Ilahi

10. Cari kekasih baru


Masih tak menjadi juga??? Haaaa senang ja... suruh mak ayah cari calon bini dengan segera untuk terus nikah! Aku gerenti terus terlupa tentang awek lama... mana tau nasib badan, mak ayah ada contact baik punya hingga boleh carikan bakal menantu yang bukan hanya solid dan lawa tapi juga lemah lembut dan beriman. Makin beruntung kalau dapat yang bercakap dengan nada rendah selalu sambil tersenyum.



Kesimpulannya :

Untuk apa yang frust menonggeng lama-lama. Wanita ni bukannya hanya dia sorang je bro! Kalau dah takde jodoh dengan dia, kau cari yang lain. Kalau boleh cari yang jauh lebih bagus dari yang sebelumnya. Yakinlah! Jodoh ajal maut itu kat tangan Allah SWT so kenapa sampai nak susah hati sampai tak lena nak makan tak lelap nak tidur. Dont worry, be happy... tak guna frust ni buat merana badan je.