Blueberry Cheesecake Lava Cake Super Sedap Dari Domino's
Terkenal di seluruh dunia kerana pizanya yang panas
dan lazat, Domino’s mengambil langkah selanjutnya dengan meluaskan pilihan menu
untuk pelanggan. Sebagai tambahan terbaru kepada senarai pelbagai sajian dalam
menunya, baru-baru ini Domino’s melancarkan manisan pencuci mulut baharu, Blueberry Cheesecake Lava Cake.

Kek istimewa ini ialah tambahan yang menarik kepada
rangkaian manisan kegemaran ramai untuk menghidupkan semangat perayaan Hari
Raya dan kemeriahan menikmati makanan lazat bersama keluarga dan kawan-kawan. Blueberry Cheesecake Lava Cake dibakar dengan
sempurna dan dihidangkan panas dan segar dari ketuhar. Setiap pencuci mulut
akan disediakan khas bagi setiap pesanan untuk memastikan pelanggan dapat
menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake
panas dari ketuhar. Kelazatan dan kelembutan rasa menjadikan Blueberry Cheesecake Lava Cake manisan
yang pasti menambat selera mereka yang gemar mencuci mulut dengan keenakan inti
leburan keju pekat dan perisa beri biru yang masam manis.
Di
majlis pelancaran manisan terbaru Domino’s, Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan,
Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Rakyat Malaysia rata-rata
meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami
menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan! Dengan
pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat
lebih tinggi. Tawaran manisan terbaru kami ini juga akan menambah kelebihan
daya saingan kami dalam pasaran dan menyokong usaha kami untuk menembusi
bahagian pasaran yang lebih besar.”
Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti
kami kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok
menikmatinya, terutama sekali pada musim Raya. Menyusuli kejayaan manisan kami,
khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang
menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang
lazat untuk pilihan pelanggan kami.”
Linda
Hassan, Pengurus Besar, Pemasaran, Domino’s Pizza
Malaysia dan Singapura, berkata, “Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami
dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan.
Kami komited untuk menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti, dengan hanya
menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini, termasuk keju
krim yang lazat dari New Zealand dan beri biru dari Perancis. Bahan-bahan
bermutu tinggi ini menambah kelazatan kek lava kami. Satu lagi cabaran dalam
menyediakan kek ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya.”

“Antara
cabaran dalam menyediakan kek ini adalah untuk memastikan keseimbangan tekstur,
oleh itu kawalan suhu yang tepat adalah penting untuk memastikan kek lava ini
dibakar dengan sempurna untuk menghasilkan leburan di tengah kek. Perhatian dan
penjagaan yang terperinci adalah kunci utama untuk menghasilkan komponen unik
pencuci mulut ini. Ini akan menghasilkan kek keju lembut yang sempurna dengan
leburan di tengah sekaligus menjadikan kek ini sebuah pencuci mulut yang tidak
dapat dilupakan. Blueberry Cheesecake Lava Cake memperlihatkan komitmen kami untuk menambah
baik pengalaman pelanggan kami, yang bakal menjadi kenangan indah. Kami
melakukan yang sebaik mungkin untuk memastikan kami dapat memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa menjadi ingatan pelanggan kami.”

Majlis pelancaran pada hari ini turut dihadiri oleh ramai
peminat manisan pencuci mulut dari seluruh Lembah Klang. Mereka adalah antara
yang pertama berpeluang menikmati Blueberry
Cheesecake Lava Cake sebelum ditawarankan secara rasmi pada 1 Julai 2018. Blueberry Cheesecake Lava Cake boleh
didapati di semua cawangan Domino’s Pizza.
promosi lain, sila kunjungi kami di laman http://www.dominos.com.my/. Layari https://www.dominos.com.my/Promotions/ViewPromotion?promoId=142 untuk promosi Blueberry Cheesecake
Lava Cake. Kunjungi Domino’s Pizza terdekat di kawasan anda di https://www.dominos.com.my/storelocator. Muat naik gambar and
video di laman sosial anda dengan hashtag #BlueberryLove #LoveIsSweet #DominosMY.
Post a Comment for "Blueberry Cheesecake Lava Cake Super Sedap Dari Domino's"