Telemovie AYAH - Lakonan Fahrin Ahmad, Rita Rudaini & Azar Azmi Di TV3
Telemovie AYAH - Lakonan Fahrin Ahmad, Rita Rudaini & Azar Azmi Di TV3 - Cerekarama AYAH hasil gandingan lakonan mantap Fahrin Ahmad, Rita Rudaini dan Azar Azmi boleh meruntun jiwa terutama pada mereka yang masih belum mengerti kasih sayang seorang ayah yang sanggup berbuat apa saja demi anak isterinya.
Bila lihat cerekarama AYAH ni terus teringat pada ayah sendiri. Ayah tak macam ibu. Ayah ni tak reti nak tunjuk kasih sayang cara lembuttttt macam ibu tapi ayah sentiasa sayang, sentiasa rindu dan sentiasa ikhlas mencari rezeki untuk anak isteri. Walaupun penat tapi tiap kali lihat anak-anak makan dengan sukahati dengan wajah gembira sehingga kenyang rasa hilang segala penat lelah. Rasa kering segala keringat. Rasa berbaloi segala titik peluh yang jatuh.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang ayah walau susah bagaimana sekalipun namun rezeki yang di beri pada anak isteri haruslah bersih dan halal.
Telemovie Ayah mengisahkan
kehidupan seorang ayah yang berusaha membesarkan anak-anaknya. Telemovie Ayah ini juga menampilkan Dato Rahim Razali, Adik Duerra Mitilda, Faiz Fathullah, Mak Jah, Ali Reza, dan Syed Shafiq.
SINOPSIS AYAH
Bebanan seorang ayah yang menanggung tanggungjawab untuk menjaga
isterinya yang terlantar sakit dan perlu mencari mata pencarian yang
lebih demi menanggung kos perubatan. Sehinggalah si ayah cuba untuk
merompak rumah, tetapi dihidu oleh penduduk kampung. Si ayah lari masuk
ke hutan demi menyelamatkan diri lalu terdengar tangisan bayi. Si ayah
terjumpa bayi di dalam satu kotak kosong lalu membawanya pulang dan
menjaganya. Ia menimbulkan suatu kebahagiaan buat si ayah selepas
kematian isterinya beberapa minggu kemudian. Anak angkatnya itulah yang
menjaga ayah hingga nafasnya terakhir, sewaktu darah dagingnya sendiri
tidak menghiraukannya.
Sumber : myinfotaip.com
Bila lihat cerekarama AYAH ni terus teringat pada ayah sendiri. Ayah tak macam ibu. Ayah ni tak reti nak tunjuk kasih sayang cara lembuttttt macam ibu tapi ayah sentiasa sayang, sentiasa rindu dan sentiasa ikhlas mencari rezeki untuk anak isteri. Walaupun penat tapi tiap kali lihat anak-anak makan dengan sukahati dengan wajah gembira sehingga kenyang rasa hilang segala penat lelah. Rasa kering segala keringat. Rasa berbaloi segala titik peluh yang jatuh.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang ayah walau susah bagaimana sekalipun namun rezeki yang di beri pada anak isteri haruslah bersih dan halal.
sebak betul tengok cerita ni
ReplyDeletejemput join ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html