Koleksi Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki Dan Perempuan

Ayat-Ayat PickupLine / Ayat mengorat awek memang dah biasa hingga jadi trend bebudak sekarang. Tapi kalau nak tahu ayat-ayat pickup line yang power ni sebenarnya dah lama wujud. Tambah-tambah untuk lelaki yang jenis versi lawak. 

Nak bagi awek cair guna pickup line untuk tambat hati. Tapi bila dah kahwin jangan pula berhenti, sesekali lempar jugalah sepotong dua pada isteri. Ini antara koleksi pickupline yang dah pernah terlintas kat fikiran abang ni. Korang bolehlah guna kalau nak dan jika nak lagi banyak bolehlah Google 'ayat pickup line' yang lebih padu.





AYAT PICKUP LINE UNTUK PEREMPUAN

"Awak nak tahu apa beza saya dengan rumah ni?"
"Apa dia?"
"Bezanya rumah ni boleh lindung awak dari hujan panas dan saya pula boleh lindung awak dari sunyi dan sepi."


"Tinggi betul KLCC tu! Tapi tetap tak boleh lawan dengan ketinggian saya."
"Maksud awak?"
"Setinggi manapun KLCC tetap tak boleh bergerak tapi tingginya saya boleh jalan sebelah awak."


"Patutlah ramai orang tak suka kat tempat ni."
"Eh kenapa pula tak suka?"
"Sebabnya kat sini tiada sebarang perempuan lain yang boleh setanding dengan kecantikan awak"


"Saya tak sihatlah awak."
"Awak sakit kat mana?"
"Saya sakit kat hati sebab dah terkena panahan cinta dari awak."


"Hmmm... Awak dan bunga ni sangat jauh berbeza!"
"Kenapa?"
"Sebab bunga ni tiba masa akan layu tapi awak akan tetap kembang dalam hati saya"


"Nak tahu kenapa daun pisang tu lebar?"
"Kenapa?"
"Supaya bila hujan bolehlah kita jadikan payung untuk jalan bersama"


"Saya betul-betul tak sangka! Sangat-sangat tak sangka!"
"Eh tak sangka apa pulak ni?"
"Saya betul-betul tak sangka awak secantik ni!!!" (sambil renung tepat ke wajahnya)


"Jom!!"
"Nak ke mana?"
"Jom jumpa tok kadi... saya dah tak sabar nak kahwin dengan awak."


"Awak boleh janji satu perkara dengan saya tak?"
"Awak nak saya janji apa?"
"Awak janji yang awak tak akan pandang orang lain selain saya."


"Esok saya nak pergi jauh.... saya dah nekad! Saya nak pergi juga ke sana."
"Awak nak pergi mana?"
"Saya nak pergi jauhhhh ke dalam dasar hati awak dan tak nak keluar lagi sampai bila-bila."


"Awak nak tahu apa samanya awak dengan madu?"
"Apa dia?"
"Awak dan madu sama-sama manisssss...."


"Awak tahu apa beza awak dengan gula?"
"Tak tahu..."
"Gula dapat maniskan kopi yang pahit, awak dapat maniskan hati saya yang tawar."


"Saya takutlah nak jumpa doktor tu.."
"Janganlah takut... saya kan ada..."
"Sebab awak adalah saya jadi makin takut. Saya takut nanti doktor tu jatuh hati kat awak yang cantik ni."




Nak ayat pickup line sweet untuk lelaki? 

Amboi lain macam ni! Ayat pickup line untuk lelaki cair pun ada bagi versi perempuan. Cuma jangan terlajak sampai lelaki angau ikut balik rumah sudahlah! Nah abang kasi sekali ayat pickup line untuk pakwe yang juga boleh digunakan sebagai ayat pickup line untuk suami. Ayat pickup line versi perempuan ni bolehlah untuk kasi hint pada mana-mana lelaki yang disayangi.

AYAT PICKUP LINE UNTUK LELAKI

"Lepas ni awak kena jumpa saya lebih kerap lagi."
"Kenapa?"
"Sebabnya saya dah tak larat nak tanggung rindu! Sakit tau tanggung rindu ni..."


"Awak... awak boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa?"
"Awak tolong ucap terima kasih pada mak ayah awak sebab dah hadiahkan seorang lelaki yang paling baik untuk saya."


"Awak nak tahu kenapa duit kertas ni ada gambar agong?"
"Kenapa?"
"Sebab kalau ada gambar awak kat sini dah tentu saya sayang nak guna buat belanja."


"Terima kasih untuk bunga ni. Bunga ni memang wangi... tapi tak sewangi bunga yang lagi satu."
"Bunga apa yang lagi wangi tu?"
"Bunga bunga cinta dari awak pada saya"


"Saya tak sangka awak ni pencuri!!"
"Taklah... saya takde curi apa pun."
"Ada! Awak dah curi hati saya"


"Alamak... saya lupalah!!"
"Lupa apa?"
"Saya lupa nak bawa kunci ke pintu hati saya untuk serah pada awak. Takpe esok saya bagi ye."


"Saya tak suka naik kereta ni...."
"Maaflah kalau awak tak suka... tapi kereta ni je saya mampu beli"
"Sebab itulah saya tak suka! Kan lagi baik awak guna duit beli kereta ni untuk buat belanja masuk minang saya."


"Awak, raya ke dua nanti jangan lupa datang beraya rumah saya ya."
"InshaAllah... takde apa aral saya sampai."
"Jangan lupa pakai baju warna biru tau...."
"Kenapa mesti pakai baju biru?"
"Sebab mudah nak matching dengan warna baju saya.. barulah kita betul-betul nampak macam loving couple"


"Awak.. awak.. lekas lekas call polis!!!"
"Haaa.. call polis? Nak buat apa?"
"Untuk minta polis tangkap awak sebab hari ni awak dah benar-benar berjaya bawa lari hati saya."


OKAYY... dah dah... cukup dulu.. x leh banyak2 satgi bini abang marahhhh... hahahaha



6 Comments

  1. haha awal pagi lagi dah terhibur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... maknanya ayat ni sampai la kan.. haha

      Delete
  2. hamboi hamboi hamboii...hahahhaa terbaik punya pick up line xoxo

    ReplyDelete
  3. Haha, boleh tahan ayat pick up line ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa pasni mrs pip leh guna kat asben.. tengok reaksi dia camana =D

      Delete