Inilah Senarai Khasiat Daun Sup Yang Tidak Kita Sedari - ABANG ROCKERS

Sunday, 17 March 2019

Inilah Senarai Khasiat Daun Sup Yang Tidak Kita Sedari

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daun Sup yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat. Daun sup in English dikenali sebagai Apium graveolens. Daun sup ini sememangnya memang sering digunakan dalam masakan. Baunya yang semerbak dengan rasa yang agak sedap memang membangkit selera. Paling sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti sup dan juga sebagai hiasan tambahan kerana baunya yang amat istimewa tersebut.



Khasiat Air Rebusan Daun Sop

Kebaikan Daun Sup Untuk Kesihatan memang ada banyak. Fungsi air daun sup yang pelbagai inilah telah menyebabkan ramai orang mengamalkan minum rebusan daun sup sebagai minuman tambahan yang dibuat sendiri di rumah. Apakah rahsia khasiat daun sup ini sebenarnya? Inilah senarai kebaikan daun sup untuk kesihatan kita.

  • Sistem Imunisasi - 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.

  • Penawar buah pinggang - Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. 

  • Merawat kencing manis - Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.

  • Sistem perkumuhan - Biji benih daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.

  • Menurunkan kadar kolestrol - Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

  • Mencuci buah pinggang - Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil

  • Penawar ubat batuk - Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah

  • Mengubati mata kering - Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minun tiga kali sehari.


Kalau nak tahu, aku pernah tersilap masuk daun ketumbar masak sup. Kes tersalah rupa daun punya pasal. Apa nak buat, nampak semacam jer.. Sejak itu, kalau di minta beli daun sup mesti kena cubit sikit dulu daun untuk ambil bau. 

1 comment:

  1. kalo makan saja tak lalu hehe kalo buat masak okla. pejam mata telan =P

    ReplyDelete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??