Panduan Lengkap Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah

KELAHIRAN adalah satu anugerah. Tapi terfikir juga aku tentang nasib wanita yang melahirkan anak luar nikah. Makin sedih jika wanita tersebut mengandung dan bersalin anak luar nikah akibat dirogol. Bagaimana Dengan Kelahiran Anak Tak Sah Taraf / Anak Luar Nikah? Bolehkah dibuat surat beranak supaya si bayi itu juga berhak untuk terus hidup dengan status warganegara seperti orang lain. 


Gambar sekadar hiasan

Sejujurnya surat beranak itu penting. Tidak kisah anak tak sah taraf / luar nikah atau biasa. Surat beranak adalah penentu untuk kanak-kanak ini bersekolah kelak.

Surat beranak untuk kelahiran kanak-kanak yang berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah) ini sebenarnya sama saja dengan cara buat surat beranak kelahiran kanak-kanak yang biasa. Cara buat surat beranak anak luar nikah lebih kurang sama sahaja prosesnya seperti pendaftaran anak yang lahir dalam pernikahan. Bacalah artikel ini kalau ingin tahu cara buat surat beranak anak luar nikah beserta proses dan langkah-langkah yang perlu dilakukan.


Cara buat surat beranak anak luar nikah - Ini proses dan langkahnya



1. Di manakah tempat untuk membuat surat beranak?
Pendaftaran kelahiran semua bayi yang dilahirkan di Malaysia boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Terdapat banyak cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Malaysia dan anda boleh pergi ke mana-mana cawangan yang terdekat.

Untuk memudahkan urusan dan mengelakkan daripada anda perlu pergi beberapa kali, pastikan anda membawa semua dokumen yang berkaitan dan memenuhi kesemua syarat yang seterusnya.


2. Siapa yang boleh membuat surat beranak anak luar nikah?
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, pendaftaran kelahiran bayi bagi tujuan mendapatkan surat beranak boleh oleh salah seorang daripada senarai yang berikut:
  • Bapa kepada bayi tersebut
  • Ibu kepada bayi tersebut
  • Orang yang tinggal serumah di alamat di mana bayi tersebut dilahirkan
  • Sesiapa yang menyaksikan kelahiran bayi tersebut
  • Sesiapa yang menjaga bayi tersebut ( penjaga )

3. Bila pendaftaran kelahiran bayi dan permohonan surat beranak boleh dilakukan?
Pendaftaran kelahiran bayi perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran. Pendaftaran selepas 60 hari dianggap sebagai pendaftaran kelahiran lewat dan denda akan dikenakan.

Pendaftaran kelahiran lewat hanya boleh dilakukan oleh:

  • Ibu dan bapa bayi
  • Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang tahu tentang kelahiran bayi tersebut. Penganjur perlu berumur sekurang-kurangnya 15 tahun daripada bayi yang didaftarkan. Penganjur hanya boleh digunakan sekiranya ibu atau bapa bayi tidak dapat dikesan atau sudah meninggal dunia
  • Dua orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran bayi tersebut. Umur kedua-dua penganjur perlu 21 tahun ke atas dan kedua-dua penganjur berumur 15 tahun lebih tua daripada bayi yang didaftarkan. Penganjur jenis ini hanya boleh digunakan untuk mendaftarkan bayi di mana kedua-dua ibu bapanya tidak dapat dikesan atau sudah meninggal dunia
  • Dua orang penganjur yang merupakan Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dua orang individu yang diberikan hak penjagaan bayi tersebut mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penganjur jenis ini boleh digunapakai bagi kes bayi yang dijumpai terdampar dan tidak diketahui asal-usulnya

Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia. Bayaran denda yang akan dikenakan ialah:

  • Bayaran carian daftar kelahiran : RM5.00
  • Bayaran proses Permohonan Daftar Lewat Kelahiran: RM10.00
  • Bayaran denda : Tidak melebihi RM50.00
  • Walau bagaimana pun, sekiranya kelewatan mendaftar berlaku disebabkan oleh masalah atau kes serius yang tidak dapat dielakkan, anda tidak perlu membayar denda tersebut. terdapat beberapa kelonggaran yang akan diberikan kepada anda.

4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar kelahiran bayi dan membuat surat beranak anak luar nikah?
Untuk melakukan pendaftaran kelahiran dan membuat surat beranak untuk anak tidak sah taraf, anda perlu membawa dokumen berikut:

Dokumen Bayi ( Salinan Dan Asal ):

  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang siap diisi 
  2. Borang Pengesahan Kelahiran dari hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor untuk mereka yang bersalin di rumah
  3. Kad Pranatal (Buku Merah)

Dokumen Ibu Bapa ( Salinan Dan Asal ):

  1. Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa bayi
  2. Sijil Kematian ibu dan bapa bayi ( jika berkaitan )
  3. Sijil Perkahwinan atau Perceraian
  4. Dokumen Pemaklum / Wakil Ibu Bapa ( Salinan Dan Asal )
  5. Kad Pengenalan / Pasport pemaklum

5. Berapakah bayaran untuk mendaftar kelahiran dan membuat surat beranak?
Pendaftaran dan permohonan surat beranak adalah PERCUMA jika dilakukan dalam tempoh 60 hari dari kelahiran.


6. Bagaimana proses untuk menamakan ayah kandung sebagai bin atau binti anak luar nikah?
Proses pendaftaran dan permohonan surat beranak adalah sama seperti yang kami nyatakan di atas. Bezanya, semasa surat beranak dikeluarkan, pada ruang bapa tidak akan ada sebarang maklumat yang dicatatkan. Dan anak akan dibin atau bintikan dengan Abdullah.


Mahkamah: JPN tiada hak tambah 'Abdullah' pada nama anak luar



'Anak lahir luar nikah boleh bin nama bapa' merupakan satu langkah yang baik. 'Penggunaan 'bin Abdullah' tindakan munasabah JPN' yang patut dari dulu dilakukan. Bagi pasangan yang telah bertaubat dan ada rasa tanggungjawab ke atas bayi tersebut, kalian boleh pergi ke Mahkamah Rayuan untuk memohon nama ayah kandung dimasukkan sebagai bin atau binti dalam surat beranak anak luar nikah tersebut.

Syarat bagi permohonan tersebut ialah:

  • Permohonan dibuat oleh ibu dan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung bayi tersebut
  • Lelaki yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak
  • Bayi berumur dibawah 6 bulan
  • Bayi lahir tidak kurang daripada 6 bulan daripada tempoh perkahwinan

Jika Hamil Segera Buat Buku Merah ( Tak Berkahwin Akan Dirahsiakan)

Tak berkahwin jangan risau, tetap juga ke Klinik Kesihatan Ibu Anak untuk buat buku merah. Jangan bimbang beritahu saja perkara yang sebenar dan segala info akan dirahsiakan. Keselamatan ibu dan anak yang menjadi keutamaan. Masa depan bayi yang bakal lahir yang dipentingkan. Bukannya dosa silam si ibu dan ayah bayi tersebut yang pernah berzina sebelum ini.


Itulah info lengkap cara buat surat beranak untuk anak tak sah taraf / anak luar nikah. Yang penting, anak tersebut sama sekali tidak bersalah apa-apa. Lahirnya suci bersih tanpa ada sebarang dosa. Yang berdosa adalah si ibu dan ayahnya yang telah berzina. Bukannya si kecil tersebut yang sememangnya tidak pernah di minta untuk lahir dalam keadaan itu.

ANAK ITU TAK BERSALAH!!! JANGAN DIBUANG!! KAHWIN DULU UNTUK SELAMATKANNYA 

Pada pasangan yang telah berzina dan si perempuan tersebut disahkan hamil. Jangan sesekali di buang anak itu. Lahirkan saja ia dan berilah ia nama yang elok. Korang telah berbuat dosa maka jangan lagi ditambah dosa yang ada. Kesian kat baby yang tak tahu apa-apa tu. Kalau benar tak nak anak tersebut, lahirkan saja ia dan beritahu pada pihak hospital untuk tindakan lanjut. Susah-susah, sebelum ia lahir segera kahwin. Jika rasa tak serasi terpulang sama ada mahu bercerai atau sebaliknya. Yang penting anak kalian itu perlu diselamatkan dulu.

Untuk masyarakat, cuba korang bayangkan jika kita sendiri di tempat kanak-kanak itu. Apakah kita rasa adil terus dipandang serong walaupun salah bukan punca dari kita? Kerana itu jangan pandang rendah pada kanak-kanak sebegini kerana mereka sama sekali tidak berbuat apa-apa kesalahan. 


No comments

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??