Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Kembali Lagi - RM5,000 Cash Menanti - ABANG ROCKERS

Saturday, 23 March 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Kembali Lagi - RM5,000 Cash Menanti

Tarikh 16 Mei bakal menjelma. Waktu masih di bangku sekolah dulu, tarikh inilah antara yang sering di tunggu-tunggu kerana dapat melihat persembahan rakan-rakan seangkatan. Sejak menjadi bapa ni, nampaknya persembahan anak murid sekarang bertambah hebat dengan melakukan gimik dan sebagainya.
Tiap tahu, asal tiba saja Hari Guru anak-anak aku akan sibuk ajak ke bandar nak beli hadiah untuk guru. Waktu itu juga pasaraya dan kedai cenderama turut mula mempersembahan barangan yang sebelum ini sememangnya tidak ada khas untuk hari istimewa tersebut. Tapi terus terang aku tak perasan pula yang selama ini sudah ada contest yang agak besar khas untuk hari tersebut. Contest yang aku maksudkan ini adalah Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Apa yang menariknya, contest Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Bayangkan para pemenang yang berjaya boleh membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan penganugerahan Guru Inspirasi itu akan dilakukan di sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru kekal. Inilah sebahagian daripada wajah penuh gembira para guru yang telah berjaya. 




Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak.

Program Menarik Untuk Guru Yang Elok Untuk Dikekalkan
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.  

Cara Untuk Menyertainya

1. Terus ke wesbsite utama dengan klik link ini >> https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate


2. Masukkan detail peribadi berkaitan diri anda di Bahagian 1




3. Masukkan detail berkaitan diri guru yang ingin anda calonkan di bahagian 2



4. Masukkan link dari video youtube yang ada kena mengena dengan guru yang ingin dicalokan JIKA ADA. Bahagian 3 ini TIDAK WAJIB. Klik setuju unttk dua kotak kecil yang disediakan kemudian terus tekan HANTAR.


Sesiapa Saja Boleh Membuat Percalonan

Anda seorang isteri/suami kepada guru? Anda anak kepada seorang guru? Atau mungkin juga anda punya jiran dan kenalan yang juga seoran guru. Tidak kisahlah asalkan kerjaya orang yang anda kenali itu sememangnya adalah seoran guru. Jika ada, anda boleh buat percalonan sebagai guru yang terbaik untuk sama-sama mendapat hadiah yang lumayan bersama kenangan yang sama sekali tidak berjaya untuk dilupakan.


Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

No comments:

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??