Anak Lelaki VS Anak Perempuan | Mana Lagi Best ?

ANAK LELAKI VS ANAK PEREMPUAN | Sebagai seorang ayah pada 5 cahayamata lelaki, terus terang aku dah rasa bagaimana perasaan masa jadi seorang bapak pada anak-anak lelaki ni. Di tambah pula dengan bini aku sorang saja perempuan dalam rumah , perghhh gugat jiwa beb! Apa taknya dialah queen.. dialah segalanya... semua nak kena fikir hal dia. Mentang-mentanglah dia sorang permaisuri dalam rumah tu kannnnn...

Tapi aku mengaku bukannya mudah nak jadi seorang perempuan dalam rumah aku ni. Bini aku tugas dia bukan hanya setakat nak jaga ehemmm.. of courselah jaga aku! Tapi juga nak kena jaga anak-anak aku yang sangatlah tak mau duduk diam macam bapaknya ni juga! Haha... well, namapun budak lelaki mestilah kena aktif ! Takkan budak laki nak duduk bersimpuh kottt.... kan di kata nyah plak.

Akhirnya, bertahun menunggu alhamdulillah lahir juga anak perempuan idaman. Bini aku orang yang paling happy pastinya sebab dia dah lama teringin nak ada geng. Aku ni? Mestilah happy juga sebab dah ada buah hati pengarang jantung baru yang sweet sawit.

anak sulung dan anak ke dua dengan satu2nya anak dara dlm famili


Secara fizikal dan emosinya, lelaki dan perempuan memang berbeza. Perbezaan antara mendidik anak lelaki dan perempuan pun ramai cakap lain. Mempunyai anak lelaki, mempunyai anak perempuan aku dah rasa ke dua-duanya.

Part paling aku perasan masa bini aku tengah mengandung. Perghh dasyat! Makan tak mau, minum tak mau. Bukan main-main ni... sehari suntuk dia tak sentuh nasi ke apa. Dia keja dok berkurung ja dalam bilik. Lepas tu hal kecik dia boleh teriak macam orang baru lepas hilang handphone. Mati akai jugalah masa tu. Sensitif sungguhhhh... tapi aku tak pulak terfikir dia tengah mengandung anak perempuan masa tu. Bagi aku biasalah sebab tengah dok ada perubahan hormon.

ratu hati yang sudah 16 tahun bersama

Apa yang aku perasan dalam diri aku ni... anak lelaki dan anak perempuan dengan sendirinya aku layan cara berbeza. Tak tau la nak kata lagu mana tapi aku tak sampai hati nak marah anak dara ni sorang. Tapi aku tetaplah juga main lasak dengan dia sebabnya aku nak dia membesar dengan fizikal sihat dan kental macam abang-abang dia. No manja manja!! No princess princess sampai keja nak teriak tiap masa.. Ooo tak mau tak mau... 

Akibatnya, anak dara aku la ni walau baru genap setahun tapi dia punya main perghhh sama naik dengan abang-abang. Barang bertukang aku semua dia nak pegang! Laptop bini aku buat kerja tiap masa dia nak ketik keyboard. Sakan sungguh anak dara ni sorang.. Bini aku punyalah ikat rambut dia lepas mandi nak bagi nampak comey lotey hmmm tak sampai 5 minit habis semua dia cabut! Hahaha.. 

Kesimpulannya, jika di tanya mana lagi best.. anak lelaki vs anak perempuan.. bagi aku dua-dua.... well dua-dua bestlah... tanpa anak-anak sunyilah hidup aku suami isteri. Tanpa anak-anak mana mungkin rumah aku riuh dengan suara budak-budak. Korang punya pendapat pula macamana? Anak lelaki vs anak perempuan mana lagi best? Ke sama je... 


1 Comments

  1. huuhu kalau tak kisah sangat anak laki ke anak perempuan..

    ReplyDelete