Friday, 5 October 2018

Pembikinan Rumah Ronald McDonald Semakin Menjadi Kenyataan

Bertempat di kawasan HUSM Kubang Kerian Kelantan bersamaan dengan 01 Oktober 2018 iaitu pada hari Isnin aku sempat bersama rakan media yang lain untuk sama-sama mengikuti majlis solat hajat bersempena dengan pembikinan rumah Ronald McDonald yang akan didirikan oleh RMHC.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Presiden RMHC atau Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, iaitu Encik Azmir Jaafar, Timbalan-timbalan Pengarah serta ketua-ketua Jabatan Hospital USM dan juga kakitangan McDonald's Malaysia di Pantai Timur serta kakitangan RHMC Malaysia. 


Di kesempatan itu sempatlah untuk aku intai tapak pembinaan yang telah pun sedang dimulakan projek pembinaannya dan bagi aku kawasan itu sangat sesuai dengan latarbelakang pemandangannya yang bukan hanya menyenangkan malahan juga sangat hampir dengan ward HUSM tempat pesakit akan menerima rawatan itu sendiri maka bagi aku ingin sangat bagus kerana memudahkan keluarga si pesakit untuk senantiasa berada di sisi keluarga tersayang dalam keadaan yang amat selesa.


Di majlis tersebut rata-rata ramai yang berasa sangat teruja dan masing-masing sudah tidak sabar untuk menungg saat detik terpenting paling nyata apa lagi jika bukan pada hari bangunan itu terpampang di depan mata kelak dan bangunan Rumah Ronald McDonald ini dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2019 nanti.


Di majlis ini juga tidak hanya diadakan solat hajat secara beramai-ramai oleh para hadirin yang terdiri daripada wakil-wakil McDonalds, HUSM dan rakan media malahan turut juga diadakan bacaan surah Yassin secara beramai-ramai diikuti dengan tahlil dan sedikit bacaan doa.



Selain itu aku turut diberitahu yang jumlah sebenar yang perlu diperuntukan untuk membina Rumah Ronald McDonald yang ke dua di antaranya di dalam Malaysia ini adalah sebanyak RM4juta!

Latarbelakang 2 Buah Rumah Ronald McDonald


A)     Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur





·  Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC dan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Malaysia telah dibina oleh RMHC pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.

  • Rumah Ronald McDonald yang pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999 dan juga merupakan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Asia.
  • Semenjak Rumah Ronald McDonald di PPUKM ditubuhkan kira-kira 19 tahun yang lalu, lebih 850 keluarga kanak-kanak telah menggunakan kemudahan ini dan RMHC telah membelanjakan lebih RM5.5 juta untuk tujuan ini.

B)     Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan


  • Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.
  • Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainanan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.
  • Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital USM menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Hospital USM.
  • Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak-kanak dan keluarga dengan meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM.
  • Kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pada 2 Oktober 2018

Terkesima juga aku mendengar jumlah keseluruhannya namun aku turut berbangga kerana di saat ini pihak RMHC telahpun berjaya mencapai kutipan derma sebanyak RM3.6j dan baki sebanyak RM400,000 itu masih lagi sedang diusahakan. Wang ini bukan hanya daripada badan korporat bahkan daripada para pelanggan McDonalds itu sendiri yang sudi untuk memasukkan wang ke dalam tabung-tabung derma yang ada di seluruh kaunter-kaunter McDonalds seluruh Malaysia.

Sebelum berpisah kami sempat menjamu selera dengan sedikit jamuan ringan. Siapa lagi yang menyediakan jamuan ini jika tidak pihak McDonalds itu sendiri. Terima kasih banyak McDonalds kerana kalian bukan hanya ingin berbuat amal malahan sudi juga melayan kami dengan penuh kemesraan tak ubah seperti seorang sahabat baik.





Akhir sekali, suka untuk aku maklumlah sekali lagi yang Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian ini memerlukan belanja sebanyak RM 4 juta. Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald, di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu  dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter-kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara dan kini RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 lagi untuk menyempurnakan pembinaan Rumah ini.

Orang ramai (termasuk aku sendiri) sangat dialu-alukan untuk membuat sumbangan menerusi tabung-tabung derma di kaunter-kaunter McDonald’s di seluruh negara atau menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia: 5125-3014-1938.

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di : 


1 comment:

  1. You are so cool! I don't think I have read anything like that before.
    So wonderful to find someone with genuine thoughts
    on this subject matter. Really.. thanks for starting this up.

    This website is one thing that's needed on the web, someone with a bit of originality!

    ReplyDelete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??