Wednesday, 18 July 2018

SERONOK NIKMATI BUFFET STEAMBOAT DI - ROYAL GUEST HOUSE, KOTA BHARU

Beberapa hari lepas Abang Rock sempat meluangkan sedikit masa untuk menjengah ke ROYAL GUEST HOUSE Kota Bharu, Kelantan. Bukannya Abang Rock ke sana untuk menginap bersama isteri dan anak-anak sebaliknya untuk menjamu selera dengan menu STEAMBOAT yang baru saja diperkenalkan oleh pihak hotel terbabit.

Pada mulanya, Abang Rock fikir ni mesti lebih kurang macam steamboat yang lain gak dengan kuah sup atau tomyam tapi dek kerana tak mahu buat andaian sendiri sebelum pergi terus maka Abang Rock buat keputusan untuk lihat sendiri.

Team Royal Guest House Kota Bharu , Kelantan
Sampai saja kat hadapan Royal Guest House tu, bau enak terus menusuk hidung. Makin tak sabar melihat pelanggan-pelanggan di meja lain yang sedang makan sambil berbual-bual sesama sendiri dengan penuh happy. Kebetulan hari tu Abang Rock bersama team Blogger Pantai Timur maka seronok juga ni dapat santai bual kosong sambil makan.

Korang jangan risau, malu dan sebagainya kerana ia bukan di buat di dalam hotel sebaliknya di buka dalam konsep terbuka di kawasan hadapan hotel terbabit. Jika takut sesat korang tanya je kat mana kedai Nasi Ulam Cikgu, haaa gerenti ramai warga Kelantan boleh bantu tunjukkan jalan dan di situ jugalah steamboat ini sedang menunggu kalian.

Untuk memudahkan pelanggan, steamboat daripada Royal Guset House ini juga di buka setiap hari tanpa cuti termasuk Jumaat dan terdapat sebanyak 80 jenis pilihan makanan kesemuanya untuk memberi lebih keseronokan kepada pelanggan dalam membuat pilihan bagi menikmatinya dalam bentuk berupa steamboat ini. Jom tengok apa yang ada di sana.
Macam-macam ada daripada sayuran, daging ayam di perap, makanan laut seperti lala, udang dan sotong malah pelbagai lagi lauk pauk yang lain. Apabila di kira semuanya ada sebanyak hampir 80 JENIS !! Nalaaaa punya banyak... jenuhhh nak pilih ni!! Semua bahan makanan yang disediakan alhamdulillah tampak segar dan bersih sepenuhnya.

Abang Rock ada sebut tadi selalunya kuah (sup) untuk masak steamboat ini sup ataupun tomyam kan? Tapi di Steamboat Royal Guest House ini ianya agak lain daripada yang lain iaitu dengan rasa buttermilk dan juga white curry. Malah ia juga ada dua lagi jenis kuah (sup) yang lain. Daripada orang dewasa, warga emas dan kanak-kanak semuanya boleh nikmati. Untuk Abang Rock kuah (sup) buttermilk tu umppphhh.... sedang elok dan cukup kena dengan pelbagai variati sos yang turut di sediakan.


Selain daripada itu, mee meehoon dan nasi goreng juga ada bagi yang inginkan penambah makanan yang lebih berat untuk berasa semakin kenyang.


Bagi Abang Rock so far so good. Dari segi soal rasa dan pilihan makanan evertyhing is okay cuma mungkin boleh di tambahbaik pada soal penyediaan suasana supaya lebih selesa seperti memperbanyakkan kerusi baby dan sebagainya.

Jika korang salah seorang pengemar steamboat, cuba luangkan sedikit masa untuk pergi rasa kerana sekarang ini pihak Royal Guest House sedang mengadakan promosi secara besar-besaran. Jadi pada korang yang benar-benar berminat dengan steamboat, haaaa inilah masanya. Bayar sekali tapi makan sepuas-puas hati. Tak ke best tu!


NAK MAKAN STEAMBOAT DI KELANTAN ? JOM KE ROYAL GUEST HOUSE KOTA BHARU !!



3 comments:

  1. sup dia dengan sos tu yg unik. memang takkan ada di tempat lain untuk setakat ni

    ReplyDelete
  2. Waaahh waaahhh!!! tengok gambar pun rasa berselera

    ReplyDelete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??