Sunday, 15 July 2018

McDonald's - Bukan Hanya Sebuah Restoran Biasa-Biasa

Baru-baru ini Abe Rock sempatlah berkunjung ke McDonald's bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan dari Pantai Timur. Terkesima juga Abe Rock ni sebabnya McDonald's tu antara restoran yang paling mendapat perhatian. Bukan setakat menu tapi juga layanan. Sejak daripada mula Abe Rock jejak kaki ke McDonald's ni dari dulu hingga sekarang, so far so good!


Kali ini Abe Rock singgah ke McDonald's Jalan Gambang dek kerana kami baru je lepas menghabiskan cuti selama 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City. Selepas isi minyak perut pulak berkeroncong so cara terbaik of course McDonald's lah. Bukan sebab nak layak bagus jadi mat salleh tapi bagi Abe Rock kat situ semuanya complete! Ada toilet yang bersih, ada mainan anak-anak, ada tempat makan yang selesa dan yang paling penting ada menu-menu sedap yang kena dan boleh di terima oleh tekak Abe Rock yang sukakan pedas ni.



Sampai je kat sana. sebaik saja pintu terus di buka kami terus di sapa oleh staff dengan ucapan selamat datang sebagai tanda menghargai kedatangan kami sebagai pelanggan. Senyuman kat wajah diaorang tu jangan cerita lah, lebarrrr habis kot! Abe Rock yang tak berapa reti nak senyum ni pun boleh tersengih di sapa oleh hakak dan adik manis McDonald's. Ni kalau bini dengar mau mengamuk

Dipendekkan cerita, kami memperkenalkan diri sebagai Team Blogger Pantai Timur dan bertanyakan samada ada ruangan khas untuk kami semua duduk bersama. Alhamdulillah, memang ada! Kami telah di bawa ke tingkat atas ke ruangan khas bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang majlis seperti hari ulangtahun kelahiran dan sebagainya. Kat situ sememangnya sudah cantik dengan deko belon dan lain-lain. Anak-anak semuanya dah happy sukahati tengok belon warna warni.


Mungkin staff perasan dengan kumpulan kami yang punya adik-adik kecil ramai ni, mereka telah menghantar beberapa staff untuk membantu kami sebagai ibu ayah untuk handle anak-anak kami. Ada yang sibuk menghulurkan belon, memberi aiskrim mini dan tak lupa juga yang tolong melayan dengan membuatkan anak kami ketawa dan sebagainya.

Terdetik juga kat hati Abe Rock ni, diaorang semua ni memang telah di ajar begitu ataupun semua itu hanyalah sifat semulajadi mereka yang sukakan budak-budak?!!

SUASANA MERIAH KAMI SEMUA HARI TU

Sifat penasaran Abe Rock ni kadangakala dah mengalahkan makcik bawang pula tapi nak tanya malu.... sooooo siapa lagi yang jadi mangsa untuk bertanyakan semua itu jika bukan rakan-rakan blogger yang lain terutamanya yang perempuanlah sebabnya staff yang bantu kami hari tu adalah perempuan. Kang kalau Abe Rock tanya, payah pula... tak pasal di copnya Abe Rock ni gatal ke hapa.. Malu weh!


Selepas team perempuan pot pet pot pet tanya itu tanya ini macam penyiasat takde gaji, rupa-rupanya ada perkara yang sebelum ini memang Abe Rock sama sekali tak sangka. Hasil dari perbualan mereka, barulah Abe Rock tahu yang McDonald's ini sebenarnya ada sistem khas untuk merecruit para pekerjanya supaya menjadi antara staff yang terbaik di dalam sebuah restoran yang sangat best untuk semua golongan.

Sistem yang McDonald's telah tekankan itu di beri nama GEL yang bermaksud Guest Experience Leader dan di ketika itu kami sememangnya sedang di layan oleh staff telah pun di didik dengan cemerlangnya oleh pihak McDonalds untuk sistem GEL tersebut. Antara staff yang paling mendapat tempat di hati kami pada ketika itu adalah Kak Anisah yang sangat peramah, manis dan friendly. Bukan setakat friendly pada kami sebagai orang dewasa tetapi juga pada anak-anak kami semua.

 

Apabila di tanya bagaimana Kak Anisah boleh terlibat dengan McDonald's, jawapan beliau membuatkan kami berasa sedikit terharu.

Beliau mula bertugas di McDonald's  Jalan Gambang sejak 6 Apr 2015, telah dinaikkan pangkat menjadi GEL pada 1 Oktober 2015 selepas bertugas selama 6 bulan, kira-kiranya Nik Anisah sudahpun lama bertugas di McDonald's selama 3 tahun.

Beliau berasal dari Kelantan dan hobinya memang suka bercerita, bersembang dan pandai mengambil hati terutamanya pelangan cilik yang sememangnya pelbagai ragam dan kerenah dan dia tetap melayannya dengan ikhlas hati dan penyanyang. Nik Anisah bercerita bahawa sejak bertugas sebagai GEL di McDonald's, kenangan paling manis sejak bertugas di situ ialah apabila tibanya sambutan Hari Lahir dan Hari Kanak-Kanak di McDonald's.

Malah McDonald's sentiasa memberi peluang kerja kepada semua stafnya yang inginkan peningkatan dalam kerjaya masing-masing walaupun sudah berusia dan juga kebajikan pekerjanya sentiasa terjamin terutamanya pekerja Islam yang bekerja di McDonald's akan menerima zakat pada musim Perayaan Aidilfitri. Dan satu lagi Nik Anisah sebagai pekerja di McDonald's sentiasa menganggap pelanggan sebagai tetamu VIP dan mengalu-ngalukan kedatangan mereka dengan sambutan yang penuh mesra.

 

Bagi Kak Anisah, beliau berasa seakan sentiasa muda dan ceria di restoran McDonald’s tempat beliau bekerja. Ini kerana beliau berpeluang bertemu dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat yang hadir di situ. Tidak kira peringkat umur, lapisan masyarakat ataupun status, semua pelanggan memberi kegembiraan dan pengalaman baru kepada beliau. Hubungan sesama pekerja di restoran juga tidak ubah seperti hubungan keluarga dan mereka sentiasa saling membantu antara satu sama lain. 

 

Kalau korang nak tahu juga, Kak Anisah ni dulu merupakan salah seorang kontraktor elektrik dan mekanikal yang pernah menjalankan projek kerajaan dan swasta bernilai RM1 juta. Tetapi takdir telah membawanya sehingga berkerja dengan McDonald's yang kini tak ubah seperti sebuah keluarganya sendiri.

Apa yang penting, jika korang ke Bukit Gambang Resort City ataupun mungkin ke Kuantan secara umumnya, apakata korang singgah sebentar di McDonald's Jalan Gambang ni kerana Abe Rock yakin korang pasti akan teruja dengan layanan mereka semua. Jika tiada masa ke McDonald's Jalan Gambang, boleh saja untuk ke mana-mana cawangan restoran McDonald's yang terdekat dengan korang. 




Untuk restoran McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan ini, ianya dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City. Restoran yang juga mempunyai McCafe itu dibuka 24 jam, memberi kemudahan dan kelapangan buat pelanggan untuk datang pada bila-bila masa.

Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. 



Opsyen untuk mengadakan sambutan hari jadi kanak-kanak di McDonald’s Jalan Gambang ini juga menjadikannya lokasi yang tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir. Tidak kiralah jika anda sekumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir di McDonald’s Jalan Gambang, staf-staf dan juga perkhidmatan terbaik menanti anda tidak kira masa!


 

Korang pun sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada TEAM MCDONALD'S di mana-mana cawangan seluruh Malaysia. Korang boleh terus terjah ke WEBSITE MCDONALD'S dan kat sana ada lebih banyak cerita daripada ramai kakitangan MCDONALD'S seperti Kak Anisah yang boleh memberi inspirasi kepada kita semua. 

  

JOM KE MCDONALD'S

No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??