Friday, 27 July 2018

Blueberry Cheesecake Lava Cake Super Sedap Dari Domino's

Terkenal di seluruh dunia kerana pizanya yang panas dan lazat, Domino’s mengambil langkah selanjutnya dengan meluaskan pilihan menu untuk pelanggan. Sebagai tambahan terbaru kepada senarai pelbagai sajian dalam menunya, baru-baru ini Domino’s melancarkan manisan pencuci mulut baharu, Blueberry Cheesecake Lava Cake


Kek istimewa ini ialah tambahan yang menarik kepada rangkaian manisan kegemaran ramai untuk menghidupkan semangat perayaan Hari Raya dan kemeriahan menikmati makanan lazat bersama keluarga dan kawan-kawan. Blueberry Cheesecake Lava Cake dibakar dengan sempurna dan dihidangkan panas dan segar dari ketuhar. Setiap pencuci mulut akan disediakan khas bagi setiap pesanan untuk memastikan pelanggan dapat menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake panas dari ketuhar. Kelazatan dan kelembutan rasa menjadikan Blueberry Cheesecake Lava Cake manisan yang pasti menambat selera mereka yang gemar mencuci mulut dengan keenakan inti leburan keju pekat dan perisa beri biru yang masam manis.

Di majlis pelancaran manisan terbaru Domino’s, Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan! Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi. Tawaran manisan terbaru kami ini juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran dan menyokong usaha kami untuk menembusi bahagian pasaran yang lebih besar.”



“Kami teruja untuk merangkumkan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake


Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok menikmatinya, terutama sekali pada musim Raya. Menyusuli kejayaan manisan kami, khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang lazat untuk pilihan pelanggan kami.”



Linda Hassan, Pengurus Besar, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Kami komited untuk menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini, termasuk keju krim yang lazat dari New Zealand dan beri biru dari Perancis. Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah kelazatan kek lava kami. Satu lagi cabaran dalam menyediakan kek ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya.”



“Antara cabaran dalam menyediakan kek ini adalah untuk memastikan keseimbangan tekstur, oleh itu kawalan suhu yang tepat adalah penting untuk memastikan kek lava ini dibakar dengan sempurna untuk menghasilkan leburan di tengah kek. Perhatian dan penjagaan yang terperinci adalah kunci utama untuk menghasilkan komponen unik pencuci mulut ini. Ini akan menghasilkan kek keju lembut yang sempurna dengan leburan di tengah sekaligus menjadikan kek ini sebuah pencuci mulut yang tidak dapat dilupakan. Blueberry Cheesecake Lava Cake memperlihatkan komitmen kami untuk menambah baik pengalaman pelanggan kami, yang bakal menjadi kenangan indah. Kami melakukan yang sebaik mungkin untuk memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa menjadi ingatan pelanggan kami.”

Dapatkan tawaran hebat dengan pelbagai pilihan daripada Domino’s Pizza. Dari 1 Julai 2018 dan untuk tempoh terhad sahaja, pelanggan boleh menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake terbaru pada harga pengenalan RM7.10 (harga tanpa GST) sahaja. Sempena pelancaran tambahan terbaru dalam pilihan kek lava, Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake juga ditawarkan pada harga RM7.10 sahaja. Mereka yang ingin memeriahkan musim perayaan bersama keluarga dan kawan-kawan boleh memilih Buddy Combo yang menawarkan satu Regular Pizza (piza saiz biasa), satu Garlic Twisty Bread, satu Blueberry Cheesecake Lava Cake, satu Stuffed Cheddar Bites, dan dua tin minuman ringan pada harga RM42.90 (harga tanpa GST) sahaja. Untuk kumpulan lebih besar, pelanggan boleh memilih Super Combo yang merangkumi dua Regular Pizza, satu Garlic Twisty Bread, satu Blueberry Cheesecake Lava Cake, satu Chocolate atau Peanut Butter Chocolate Lava Cake dan satu botol minuman ringan pada harga RM59.50 (harga tanpa GST) sahaja.

 


Majlis pelancaran pada hari ini turut dihadiri oleh ramai peminat manisan pencuci mulut dari seluruh Lembah Klang. Mereka adalah antara yang pertama berpeluang menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake sebelum ditawarankan secara rasmi pada 1 Julai 2018. Blueberry Cheesecake Lava Cake boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza.

Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat tempahan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Blueberry Cheesecake Lava Cake Domino’s Pizza Malaysia dan juga
promosi lain, sila kunjungi kami di laman http://www.dominos.com.my/. Layari https://www.dominos.com.my/Promotions/ViewPromotion?promoId=142 untuk promosi Blueberry Cheesecake Lava Cake. Kunjungi Domino’s Pizza terdekat di kawasan anda di https://www.dominos.com.my/storelocator. Muat naik gambar and video di laman sosial anda dengan hashtag #BlueberryLove #LoveIsSweet #DominosMY.

 

No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??