Monday, 16 July 2018

ALL-YOU-CAN-EAT D24 Durian Mcflurry - Sempoi dan best !

Assalamualaikum... sejak dua menjak ni Abe Rock dok terpandang pakat pergi ke McDonald's beramai-ramai... tersentak juga  dalam hati. Bakpe? Ada menu best ke ape? Dan disebabkan anak-anak dan isteri Abe Rock ni antara peminat yang suka menu-menu McDonald's maka kami ambil keptusan untuk ke sana.

Sampai je kat sana. macam biasa terus belek-belek menu besar yang terbentang kat kaunter tu. Tengok punya tengok hati dah terpaut kat Durian Mcflurry. Perghhh macam sedap jer. Makin teruja sebabnya manager kat situ sendiri promote minta kami cuba sebab menu terbaru yang tengah viral katanya.

Viral? Eh kalau viral semestinyalah sedap kan? Kalau tak sedap macamana boleh sampai tahap famous tu. Maka, sudah semestinya Abe Rock nak tumpang sekaki untuk rasa sendiri. Lagipula durian memang salah satu favourite.


Macam biasa, mula-mula kasi anak-anak dulu try...  then try sendiri pulak.. memang sedapppp pun... siap ada isi durian jugak. Bila tengok detail rupa-rupanya di buat sepenuhnya menggunakan durian D24. Patutlah best! Bukan takat Abe Rock je, anak-anak pun tumpang sekaki.




Haa tengok tu.... masing-masing dah nganga sikit punya baikkk punya! ABe Rock sendiri naik kecur airliur tengok bebudak ni makan. Tak leh jadi nih...  nak kena gi beli tambah.

Seperkara lagi, semasa kat sana Abe Rock ada terpandang satu makluman untuk sebuah event yang akan dianjurkan khas oleh McDonalds pada 17 Julai dan event ni ada kaitan dengan McFlurry.

Percaya atau tidak, korang boleh makan sepuas-puas hati non stop selama sejam pada hari tersebut khas untuk 20 orang penyertaan terawal hanya dengan bayaran RM10 sahaja! Detail lanjut boleh baca kat bawah tu.


Pendapat Abe Rock, bagus ada menu yang 'rare' macam ni sebabnya ia membuatkan kita rasa sukahati sebab dapat makan makanan kesukaan ramai orang tempatan dengan cara baru. Moga-moga McDonald's akan terus memikirkan menu-menu baru yang lain seperti ini.

Terima kasih juga sebab sanggup adakan event makan dengan puas seperti ALL-YOU-CAN-EAT D24 Durian Mcflurry jugak!

- TUNGGU APA LAGI TU??? JOM MAKAN DURIAN D24 DI MCDONALD'S -



No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??