Saturday, 9 June 2018

Masjid Al-Falah USJ 9 Melangkah ke Alam Digital Bersama Homegrown e-wallet Boost dan RHB Islamic



Subang Jaya, 8 Jun – Awal bulan ini, Masjid Al-Falah USJ 9 telah mencatat pencapaian baharu sebagai masjid pertama untuk melangkah ke alam digital dengan menerima sumbangan tanpa tunai. Pencapaian ini dilakukan di bawah Kempen SyuQR RHB – satu inisiatif untuk membawa gaya hidup digital kepada konsep 'Memberi' dan / atau 'Sadaqah' - melalui Boost, aplikasi e-wallet yang dikendalikan oleh Axiata Digital.


“Ini merupakan kerjasama pertama antara RHB Islamic dengan Axiata Digital ke arah sadaqah digital bersempena bulan Ramadhan. RHB Islamic berbesar hati menjadi rakan kongsi dalam usaha untuk mendekati golongan kurang bernasib baik dengan menggalakkan umat Islam membuat sumbangan digital kepada Kempen SyuQR.” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.



Aplikasi e-wallet Boost menyediakan platform dimana sumbangan boleh dilakukan dengan mudah melalui pengimbasan kod QR yang dipaparkan di masjid dan semua sumbangan akan dipindahkan terus ke akaun bank RHB Masjid Al-Falah tanpa risiko kecurian atau kehilangan.

Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Apabila kami bekerjasama dengan RHB Islamic dalam Kempen SyuQR, kami hanya ada satu matlamat, iaitu untuk memudahkan pengguna berbakti kembali dan berkongsi rezeki mereka kepada masyarakat”.

Tiffin juga menyatakan, “Malaysia mempunyai 20 juta pengguna telefon pintar dan terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan pengunaan aplikasi e-wallet. Kami yakin dengan kerjasama ini ia akan menjadi contoh terbaik untuk menggalakkan penggunaan tanpa tunai dalam kalangan masyarakat. Kami juga menjangka institusi sosial lain akan menyambut baik langkah ini dan melaksanakan transaksi tanpa tunai,”

Kempen tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Sri Zainal Abidin, Pengerusi Masjid Al-Falah USJ 9, Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Axiata Digital Services Sdn Bhd dan Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost. Mereka disambut meriah oleh kariah masjid dan berpeluang berbuka puasa bersama-sama penduduk sekitar Subang Jaya.


 

Kerjasama Boost dan RHB Islamic membangunkan inisiatif tanpa tunai di Masjid Al-Falah selari dengan Blueprint Bank Negara membabitkan Sektor Kewangan serta ia merupakan sebahagian daripada matlamat ke arah negara tanpa tunai menjelang tahun 2050.


Mengenai Boost
Boost adalah aplikasi mobile wallet gaya hidup yang bertujuan merevolusi cara pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital masa kini, Boost berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih pantas, lebih selamat & memberi lebih manfaat kepada pengguna secara keseluruhan.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit prabayar mereka. Dengan Boost, pengguna boleh memulakan pengalaman mereka dengan menambah wang ke dalam aplikasi sama ada melalui kad kredit, kad debit atau mana-mana 17 rakan kongsi perbankan dalam talian kami.

Seterusnya, mereka boleh memilih jumlah prabayar yang diingini & ia selesai. Ia sememangnya mudah! Semua pengguna prabayar termasuk semua rangkaian boleh menambah tambah nilai kredit pada bila-bila masa, di mana sahaja, dalam beberapa saat. 


Tidak perlu lagi ke kedai dan memasukkan pin 16 digit. Pengguna prabayar turut akan menikmati rebat tunai! Hanya goncangkan telefon untuk mendapatkan pulangan tunai. Pengalaman ganjaran ini membezakan Boost dengan aplikasi tambah nilai lain.

Pada bulan Jun 2017, Boost lancar “Kedai Digital”. Pengguna Boost berupaya membeli baucar digital daripada mana-mana jenama kegemaran pada tawaran hebat/diskaun daripada rakan kongsi Boost. Terdapat pelbagai pilihan baucar meliputi beberapa segmen seperti:


Pemain – Boost menawarkan tambah nilai kredit permainan untuk Steam Credits, Garena, MOL Points, PlayStation, Asphalt8 dan A-Cash
  
Kaki Membeli-Belah Online – 11Street, Lazada, Zalora dan Shopee untuk baucar tunai sehingga 20%.


Penggemar Makanan – Tealive, Boost Juice, myBurgerlab, KGB (Killer Gourmet Burgers), Inside Scoop, The Chicken Rice Shop, La Juiceria, Krispy Kreme. SushiQ, Nelson’s, DOME
  
Muzik, Drama & Kaki Wayang – dapatkan langganan bulanan daripada Spotify, Joox, Dimsum, dan Tonton, baucar MBO cinema. Untuk hiburan - Kami ada Sunway Lagoon, RedBox, Aquaria KLCC dan Legoland
Fesyen & Kecantikan – SimplySiti, SASA, Fashion Valet




Di samping membeli baucar, pengguna Boost juga boleh menghantarnya sebagai hadiah digital kepada orang tersayang. Kami memperkenalkan ciri baharu yang menarik ini bersempena Hari Raya sebagai alternatif pemberian “Duit Raya” dalam bentuk baucar berbanding kaedah tradisional. Baucar-baucar ini juga boleh dihantar sebagai hadiah kepada rakan-rakan & keluarga dengan pembalut khas & mesej.

Boost turut membolehkan pengguna membayar menggunakan telefon pintar di lokasi-lokasi terpilih dengan mudah tanpa perlu menggunakan kad atau tunai. Anda boleh membayar dengan Boost di lebih dari 12,000 lokasi seluruh negara seperti pasar malam, medan selera, trak makanan, membeli-belah online dan peruncit berjenama.

Sebagai tambahan, pengguna Boost juga boleh menghantar wang kepada pengguna lain tanpa perlu membayar caj antara bank dan tidak mengira rangkaian mudah alih mereka. Misi kami adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja tanpaa tunai, dan kami berhasrat untuk mencapai matlamat ini dengan menjadi Boost sebagai pilihan aplikasi e-wallet gaya hidup di Malaysia.

Pengguna Andriod boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau
‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram
(https://www.instagram.com/myboostapp/).





No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??