Saturday, 9 June 2018

LELAKI PERLU MEROKOK UNTUK NAMPAK MACHO?

Isu rokok ni sudah menjadi perkara biasa kerana rata-rata orang lelaki atas dunia ni merokok, tak terkecuali saudara dan rakan-rakan Abang Rock sendiri baik dari utara mahupun hingga ke pantai timur dan selatan. Sebenarnya, rokok ni di anggap sebagai salah satu tanda 'macho' bagi orang lelaki. Bila asap kat mulut keluar masuk keluar masuk itu dapat memberi bayangan yang situasi itu boleh menyebabkan kami ni nampak 'macho'. Betul atau tidak, itulah yang Abang Rock dapat tahu lepas tanya kat kengkawan masa belia muda remaja dulu.

Abang Rock mengaku, Abang Rock sendiri pernah cuba-cuba untuk hisap rokok tapi apakan daya tak kena dengan jiwa. Tak tau pasai apa, memang tak boleh piiii kata orang utaqa. Hisap sekali hembus, hisap sekali hembus tapi dalam kepala dok terbayang $$$ hak melayang sekali dengan asap tu. Agaknya mungkin sebab Abang Rock ni tak berasal dari keluarga senang kot, jadi nilai duit tu nampak agak 'suci' di mata dan hati Abang Rock. Akhirnya dengan sendiri Abang Rock jadi tak berapa berkenan untuk hisap. Tak berkenan untuk hisap saja tapi tak bermakna Abang Rock pulau depa-depa yang hisap rokok ni.


Rokok juga adalah salah satu cara untuk ikat persahabatan di antara kaum lelaki. Sebagai contoh, bila bertemu dengan seseorang yang tak pernah kenal, mesti akan di pelawa rokok seagai tanda untuk duduk hisap sambil sembang bersama. Part ni agak kelakar sebabnya bila orang pelawa Abang Rock rokok dan abang cakap "takpe, saya tak hisap"... terus diaorang tengok tepat ke muka abang ni dengan wajah confuse. Yelah, harap badan ja besar, rambut ja panjang tapiiiii rokok tak hisap... apa daaa....hahaha...

Walaubagaimanapun, Abang Rock tabik sebabnya depa tak terus hulur dan paksa Abang Rock untuk hisap rokok tu sebaliknya depa puji balik sebab tak hisap rokok dan depa sendiri cakap bukan depa tak da niat nak berhenti, bukan depa tak tau rokok tu tak elok tapi masalahnya depa tak mampu nak handle sorang-sorang.

Nasihat Abang Rock, pada para isteri yang suaminya merokok tu bantulah para suami ni dengan cara lemah lembut dan berhemah! Jangan pula dok pot pet pot pet macam makcik bawang memang tak jadi lah nak berhenti makcik kakak oi..... cakap cara lemah lembut sebabnya lidah lembut mulut manis gaya lentok tu lah yang boleh di jadikan senjata oleh para isteri untuk lemahkan kami encik-encik suami ni.



Pada para perokok pula, Abang Rock respect walau korang hisap rokok kerana bila bertemu orang yang tak hisap rokok macam diri Abang Rock ni korang takde la nak paksa-paksa bagai... takde la nak provok suruh hisap juga ka apa...

Cuma satu je Abang Rock nak pesan... kalau rasa sayangkan diri sendiri, sayangkan anak isteri, cuba-cuba usaha untuk berhenti.. mungkin mula-mula gantikan rokok dengan chewing gum ke sebabnya ramai di kalangan sahabat Abang Rock yang dah berjaya behenti hisap rokok. Pada adik-adik yang baru nak start tu, nak habaq bagi, orang perempuan la ni depa lebih pilih orang yang tak hisap rokok daripada orang yang hisap rokok sebabnya bagi depa la ni hisap rokok tu bukan lagi salah satu tanda untuk nampak macho.

Sebelum terlupa, time hisap tu tolong jangan tiup ke arah orang lain ya terutama kalau ada budak-budak dan baby. Kesian kat orang lain sebabnya hisap rokok yang di hidu sangat membahayakan juga. Tak adillah orang lain hisap rokok tapi orang lain turut dapat sakit juga. Abang Rock doakan moga kita semua dapat jalani hidup sihat untuk semakin happy bersama insan yang kita sayang.


SEDIKIT INFO MENGENAI ROKOK

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
  • Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
  • Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Apakah kesan-kesan jangka pendek?
Otak --
Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga --
Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata --
Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut --
  • Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak
  • Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
  • Gigi menjadi kuning
Hidung -
Mengurangkan deria bau
Kulit --
Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paruparu
- Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?
  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk
Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?



Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
  • Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
  • Menyebabkan pencemaran udara
  • Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
  • Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran





No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??