Sunday, 27 May 2018

TIPS TEMPAH HOTEL PERCUTIAN IDAMAN DENGAN MURAH MELALUI TRAVELOKA

Tidak lama lagi cuti panjang akan bermula lagi dan bagi Abang Rock and families, masa ni la yang boleh kami guna untuk bercuti beramai-ramai. Walaupun hakikatnya bercuti demi suatu perayaan tapi masa berkumpul sebegini akan kami gunakan untuk buat gathering juga. Apa taknya, masing-masing duduk jauh-jauh lepas tu kerja dan cuti pulak selalu tak seragam. Jadi suka ataupun tidak masa cuti perayaan saja yang boleh kami gunakan untuk buat aktiviti keluarga seperti family day dan lain-lain.


Bercakap mengenai cuti dan family day, Abang Rock yang selalunya berperanan sebagai si tukang tempah hotel ni memang sama sekali rasa tidak terbeban walaupun Abang Rock juga busy dengan kerja tetap harian. Ini di sebabkan adanya Abang Rock boleh memilih mana-mana hotel yang sesuai dengan destinasi yang bakal kami pergi melalui mana-man website tempahan yang melibatkan banyak hotel dan resort secara online.

Sebenarnya Abang Rock aktif membuat tempahan secara online ni masih baru lagi itupun selepas puas kena bebel dengan isteri di tambah dengan testimoni rakan-rakan. Kata mereka jika Abang Rock menempah secara online ni akan ada pelbagai kelebihan yang boleh Abang Rock dapat jika hendak di bandingkan jika terus membuat tempahan secara walk in dan book through melalui telefon.


Dengan cara ini, Abang Rock bukan hanya dapat dapat harga yang jauh lebih murah dengan pelbagai jenis diskaun tetapi juga Abang Rock dapat jaminan yang tempahan Abang Rock tu memang sah dan selamat. Kiranya walau Abang Rock tempah melalui online tetapi bilik-bilik yang Abang Rock tempah tu memang benar-benar di sediakan.

Jika dulu Abang Rock tak berani booking secara online ni bukannya sebab Abang Rock tak tahu tentang kewujudan laman web sebegitu tetapi Abang Rock sebenarnya risau. Tapi sekarang Abang Rock dah happy dan puashati kerana dah jumpa lamanweb yang amat sesuai dan boleh di percayai. Antara banyak-banyak lamanweb yang ada, Abang Rock memilih TRAVELOKA sebagai pilihan utama.



Kenapa Abang Rock pilih TRAVELOKA? Antara sebab utama adalah kerana lamanweb tersebut antara yang paling mudah untuk di gunakan dan juga harga tempahan yang terlajak murah.. Cuba bayangkan, dalam keadaan Abang Rock sedang berjogging pun dah boleh menempah hotel yang Abang Rock mahu. Tapi! Ada satu perkara yang Abang Rock nak pesan.

Sebelum membuat mana-mana tempahan tolonglah luangkan sekejap dari sedikit masa yang ada tu untuk membuat survey dan membaca segala info yang pihak Traveloka dah susah payah sediakan untuk hotel terbabit. Janganlah hanya pilih berdasarkan harga semata-mata sedangkan bila sampai nanti tak kena pula dengan tahap yang kita nak.

Sebagai contoh, dah di terangkan untuk bilik tersebut ada dua katil single sedangkan kita mahukan sebuah katil double. So bila sampai sana haaa mulalah rasa tak selesa kan? So, nak marah kat sapa? Kat hotel atau kat diri sendiri? Selain daripada tu tolong juga baca dulu review-review yang dah pernah di berikan oleh pelanggan hotel terdahulu.

Jika ada komen yang negetif maka kita boleh abaikan hotel terbabit dan cari hotel lain yang ada di lamanweb terbabit. Banyak lagi hotel lain yang boleh di tempah kat dalam website tu okay. Abang Rock sendiri gunakan penekanan yang sama. Sebab tu Abang Rock berjaya cari hotel yang sesuai mengikut keselesaan ahli-ahli keluarga yang banyak ragam ni. Jika ada komen negetif tapi still nak tempah juga, haaa mencari nahas la namanya tu..!! Sengaja cari penyakit..!!


Tips lain sebelum membuat tempahan ni, kita kena pastikan yang betul-betul tentang harga yang tertera di lamanweb terbabit.  Pastikan tiada sebarang caj tersembunyi dan jika rasa yakin untuk membayar dengan harga tersebut, cepat-cepatlah tempah. Kalau lambat-lambat takut nanti akan ada kenaikan harga di saat-saat akhir ataupun sudah habis di tempah oleh orang lain. Nanti kan, kita baru dok berkira soal harga tapi disebabkan ada orang lain yang lebih dulu tekan butang tempah maka terlepaslah peluang.

Selain daripada tu, kita juga boleh memeriksa detail lain seperti sarapan, tarikh masuk (check-in) dan tarikh keluar (check-out), jenis katil, bilangan yang boleh muat untuk bilik terbabit dan macam-macam lagi. Rupa bilik tersebut pun ada di tunjukkan. Semua info lengkap sudah pun pihak Traveolkan siapkan kat sana, sekarang ni atas kita je samada nak baca betul-betul semua info tu atau terus main redah je klik butang tempah. Tapi Abang Rock yakin, korang pasti akan baca semua info tu kan sebabnya siapalah yang nak sia-siakan hari percutian yang penuh bermakna tu dengan menempah bilik hotel secara terburu-buru. Simpan duit susah payah untuk bercuti, last sekali spoil sebab salah pilih hotel? Memang tak patut...

Sejujurnya, bagi mereka yang berada di negara lain, membuat tempahan secara online ini adalah satu perkara biasa yang sudah sering mereka lakukan. Cuma tak dinafikan di negara kita ni perkara sebegini masih lagi agak asing. Mungkin juga masih ramai di antara rakyat Malaysia yang belum punya debit card online untuk membuat bayaran tempahan atau besar kemungkinan juga ianya disebabkan sikap terlalu ingin berhati-hati yang sangat tinggi kerana takut di tipu. Jangan risau, tahap security sekarang ni tinggi so korang boleh gunakan kad debit dan kad kredit untuk membuat tempahan dengan selamat.


Payment boleh di buat menggunakan kad debit dan juga kredit, mudah kan? Tak ubah macam shopping online je semua ni. So at the same time, tak payah la nak bersusahpayah cari mesin ATM semata-mata untuk keluarkan cash bagi buat bayar duit hotel. Sebab tu, sebelum menempah mana-mana hotel pastikan ada pelbagai kemudahan asas yang kita nak seperti wifi, seterika, iron board, cerek elektrik dan lain-lain lagi. Macam Abang Rock kena makesure ada iron kalau tak mau membebel isteri Abang Rock tu nak iron tudungnya tak boleh.

 Abang Rock juga kena makesure ada cerek elektrik supaya mudah nak buat susu untuk anak. Kiranya, sebelum kita membuat tempahan kita kena check semuanya supaya berbaloi dengan wang ringgit yang akan kita belanjakan untuk hotel terbabit. Kalau tak naya la, takkan bayar mahal-mahal pastu nak beronline kena guna data handphone sendiri kot... mau bertukar badan Abang Rock ni jadi Mr.Rock betoi!

Ohya, seperkara lagi  yang Abang Rock suka, pihak TRAVELOKA ni turut termasuk dengan hotel-hotel di south east asia. Pendekata, bukan hanya untuk bercuti di Malaysia je tapi satu muka bumi dunia ni kita boleh jelajah dengan menggunakan website Traveloka ni. Senang gila kan? Takyah susah payah boleh book online je walau sampai ke Paris! Eh kenapa Paris eh? Entah... dah itu negara yang terlintas kat kepala masa tengah menaip ni.. hahaha..

Kesimpulannya, korang boleh cari hotel yang murah di Traveloka dan kita boleh bercuti dengan mudah walau hotel yang nak di tempah berada beribu kilometer jauhnya dari kita. Inilah salah satu kebaikan daripada teknologi yang ada dan dengan adanya lamanwebs seperti TRAVELOKA yang selamat dan mudah ni, kita dapat gunakan kuasa sebagai pengguna dengan bijak.


Buat perbandingan harga, baca semua info berkaitan yang disediakan, semak maklumbalas pelanggan terdahulu dan secara tidak langsung kita selamat dan terjamin untuk mendapatkan hotel yang bagus, cantik dan selesa dengan kadar yang paling rendah dan murah.

Bagi Abang Rock, misi Traveloka untuk memudahkan pengguna supaya setiap percutian pelanggan berbaloi adalah sangat tepat sekali. Abang Rock sarankan korang cuba sekali guna website Traveloka ni supaya tidak menyesal di kemudian hari.











2 comments:

  1. I used Traveloka to book both flight and hotel for my trip. and I still do. the best tips is to make sure and read all the review if you're booking for a hotel. it'll help a lot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes same with me... must read all the review 1st before so that we can make a great choice

      Delete

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??