Monday, 21 May 2018

KEPENTINGAN INSURANS DAN KAEDAH MEMILIHNYA UNTUK DIRI DAN KELUARGA

AbangRock terus terang je... abang ni kalau dapat call bab insurans memang kurang berminat. Rasa macam nak hang up terus! Bukan sebab abang buta huruf, buta hati, buta perut, buka rambut... eh ada ko buta rambut? Suka hati abang je kan.. kiranya memang kurang gemar bila dapat call dari agensi insurans sebab rasa macam stress bila bercerita kebaikan insurans tu untuk diri abang dan famili. Abang ni bukannya pembenci insurans sebaliknya abang tahu sangat kelebihannya cuma abang lebih suka jika kaji dan beli sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan 'cucukan' dari sapa sapa.

Untuk membuktikan yang Abang Rock ni memang seorang yang sangat faham tentang kebaikan dan kelebihan membeli pakej insurans ni untuk diri dan keluarga, maka abang senaraikan apakah kelebihan-kelebihan yang boleh di perolehi daripada insurans yang di beli itu.


Abang Rock juga akan senaraikan apakah kaedah, tips dan petua untuk memilih insurans yang tepat moga-moga ianya dapat memberi panduan pada orang lain di luar sana.

5 KELEBIHAN INSURANS PADA DIRI DAN FAMILI

1- Pemayung Ketika Kecemasan
Musibah yang datang tak boleh kita nak agak dan ianya datang bukan di minta-minta. Well, siapa yang mau dapat musibah? Mesti semua cakap tak nak dapat musibah tapi itulah yang di katakan malang tak berbau. Bila ada kecemasan begini dapatlah guna insurans sebagai bantuan.

Contoh paling mudah adalah apabila berlaku kemalangan kereta. Bila berlaku kemalangan, semua sibuk cakap hal insurans cover kereta. Tapi sebenarnya, insurans ini akan lebih membantu jika ada insurans ke atas diri tuam empunya kereta itu juga. Secara tidak langsung, ianya boleh dijadikan sebagai peninggalan untuk anak dan waris sekiranya pemegang insurans itu meninggal dunia.

2- Penolong Sewaktu Darurat
Darurat di sini abang rock maksudkan dengan isu kewangan. Bila ambil insurans ketika masa umur masih muda dan sihat, bolehlah kita dapat pulangan yang lebih tinggi apabila insurans tu dah matang nanti. Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.

3- Pelindung Harta dan Aset
Insurans bukan hanya untuk diri dan keluarga tetapi juga untuk harta benda dan aset. Jika kenderaan tu bila di miliki makin susut nilai, tapi ini aset sebenar seperti rumah, barangan kemas, tanah, barang dagangan dan premis. Insurans begini boleh di mohon oleh sesiapa saja. Sebagai contoh para peniaga yang memiliki sesebuah perniagaan. Ambil insurans untuk barang dagangan dan premisnya jadi jika berlaku rompakan, kebakaran, banjir dan lain-lain maka dapatlah cover sebahagian kerugian tu dengan adanya insurans. Jadi, secara tak langsung dapat bangkit untuk berniaga semula dalam tempoh yang cepat. Kediaman juga boleh di ambil insurans sebegini.



4- Penyambung Kehidupan 
Apabila berlaku sesuatu kemalangan dan mungkin hingga menyebabkan kecederaan yang agak serius maka insurans ini dapat memberi sejumlah wang yang boleh di gunapakai sebagai penyambung kehidupan. Insurans kesihatan sbegini perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Setidak-tidaknya dengan adanya insurans ini dapatlah si pemegang insurans ini berehat untuk kembali pulih dalam keadaan yang kurang tekanan kerana adanya sejumlah wang dari pihak insurans yang boleh di gunakan di dalam situasi tersebut.

5- Penaung Pendidikan Anak
Insurans juga boleh di beli untuk masa depan anak-anak. Ramai di kalangan rakan abang rock sendiri, mereka dah ambil insurans untuk anak semasa anak masing-masing masih kecik lagi dan bila usia anak 18 tahun nanti, insurans tu matang dan dapatlah semuanya balik. Wang itu kemudiannya bolehlah di gunakan untuk membiayai pengajian si anak ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebab tu kena tahu dulu apa insurans yang di perlukan sebabnya tak semua insurans tu hanya untuk cover kemalangan jer. Ada juga insurans yang bersifat seperti tabungan untuk masa depan sebegini. Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.

LIMA PERKARA YANG PERLU DI FIKIRKAN SEBELUM BELI INSURANS

Sebelum bersetuju untuk membeli mana-mana insurans, kita perlu ambil tahu secara terperinci terlebih dahulu detail lanjut mengenai insurans terbabit supaya kita tidak silap membuat percaturan.

1. Matlamat Utama
2. Kos Premium
3. Nilai Polisi
4. Cara Menuntut Insurans
5. Hala Tuju Masa Panjang

Membeli insurans tidak bermakna kita perlu mengikat perut. Jadi kaedah yang terbaik adalah untuk mengira berapakah lebihan wang bersih yang kita ada. Lebihan wang ini daripada di bazirkan ke jalan yang kurang bermanfaat, ada baiknya di gunakan untuk membeli insurans. Tambahan pula sekarang ini sudah ada pelbagai pakej insurans dan ini termasuklah dengan jumlah bayaran yang hanya serendah puluhan ringgit saja sebulan.

PENTING!! 9 SOALAN YANG WAJIB DI TANYA SEBELUM MEMBELI INSURANS PADA AGENT


1. Majikan saya sudah menyediakan perlindungan insurans untuk saya. Perlukah saya membeli insurans sendiri?

2. Jika saya sudah mempunyai insurans hayat, perlukah saya membeli insurans perubatan?

3. Apakah usia ideal untuk membeli insurans?

4. Adakah premium insurans saya akan meningkat setiap tahun?

5. Apakah yang akan terjadi jika saya tidak dapat membayar premium saya?

6. Apakah yang akan terjadi jika saya ingin membatalkan polisi saya?

7. Bagaimana jika saya tidak mengalami apa-apa kemalangan atau penyakit kronik selama saya mempunyai insurans?

8. Selain tuntutan berkaitan perubatan, kemalangan, kecacatan dan kematian, adakah manfaat lain yang boleh saya perolehi melalui pelan insurans saya?

9. Apakah yang akan berlaku sekiranya ejen saya tidak lagi bekerja di syarikat insurans ini?


 Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info dan manfaat.... terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Bahasa itu ibarat cermin. Buruk bahasa maka...??